Ok, cerita tu menarik. Lawak. Cuma banyak potong la. "You toot". "She toooottt"... Apehal pun aku kasik 4 star utk cerita ni.
Ok, aku bukan nak buat review. Just nak buat pertanyaan kat org yg lebih tinggi agamanya dari aku...
...Dlm cerita ni. Ada menceritakan tentang keadaan di Pakistan. Tentang seorang perempuan yg dirogol. Tapi disebabkan di Pakistan mengamalkan undang2 dimana kalau kita dirogol, kita perlukan 4 org saksi utk membuktikannya. Kalau tiada 4 org saksi dan kita masih report kononnya dirogol. Maka perempuan yg dirogol tadi akan di dihukum. Macam buat report palsu or memfitnah. Ok, maybe itu cerita dalam cerita Charlie Wilson's War ni je.
Cuba cerita yg ini...
Few months back, aku tgk Discovery or Nat Geo. Ceritakan pasal penderitaan perempuan di Pakistan. Bagaimana seorang perempuan dikorek matanya (2 belah), oleh suami yg kejam. Then mulutnya ditoreh, dipukul oleh suami yg mabuk. Dan dakwa dia bersekedudukan. Ye... dia dan suaminya Islam. Tapi bermatian dia katakan, dia tak pernah buat mende tu. Utk bicarakan suaminya, pelbagai rintangan dia hadapi. Tapi dia dapat support dari abgnya. Dapat juga support dari media seluruh dunia. Akhirnya suaminya dipenjara. Tapi hukuman tidak setimpal dengan perbuatan. Dan kemungkinan suaminya membalas dendam bila terlepas nanti masih besar.
Ada juga kes yg mana 1 keluarga perempuan terpaksa menerima rasuah dari bekas laki arwah anaknya. Polis check kes tu. Dan iktiraf kononnya isterinya mati sebab kemalangan. Padahal, cerita asal suaminya yg bakar isterinya. Keraguan tentang kes tadi memang tak dapat dinafikan. Tapi disebabkan takut oleh tekanan dari keluarga anak lelaki menantu hantu tadi. Maka, keluarga arwah ni terima sajalah sogokkan kecik tu. Tak silap aku, sogokan tadi cuma dlm 500USD utk tutup kes dan biarkan arwah anaknya tidak mendapat pembelaan.
Byk lagi kess macam ni. Yg mana perempuan ditindas oleh lelaki or suami. Jalan lain yg lelaki ambil ialah dgn kata... Perempuan WAJIB hormat suami. Dan dia org juga gunakan undang2 yg perlukan 4 org saksi. Pelbagai lagi caranya. Yg menjadi mangsa, perempuan.
Ada dengar cerita di arab saudi dimana seorang perempuan remaja disebat akibat kes rogolnya? Tak silap kess tahun 2006 or 2007.
Persoalan aku....
Bolehkah dlm islam... Kita gunakan ahli forensik, saksi polis dan penyiasat utk dijadikan saksi yg 4 org tadi untuk menegakkan undang-undang?
Aku juga nak tahu, apakah ada cara lain untuk mengelakkan ketidakadilan ni dalam undang-undang islam. Cara utk buat undang2 ia akan dipandang adil, malah org bukan islam juga akan respek undang-undang islam. Jangan bagitahu aku, ikut Hadhari....
Aku bukan ahli agama. So anyone? Ada pendapat? Or nasihat?
Link
Pakistan woman tells of rape ordeal
CRIME OR CUSTOM?
Police Abuse of Women in Pakistan
Saudi Arabia: Rape Victim Punished for Speaking Out
Saudi lawyer in rape victim plea
Rape victim committed adultery: Saudi Arabia
Women in Pakistan - Victims of the social and economic desecration
Monday, March 03, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



1 comments:
aku rasa aku pun bkn terer sgt agama.. aku bg pendapat, tp dlm Islam pndpt xleh digunakan utk letak hukum, wpun pndpt tu menyamai hukum.
Bolehkah dlm islam... Kita gunakan ahli forensik, saksi polis dan penyiasat utk dijadikan saksi yg 4 org tadi untuk menegakkan undang-undang?
aku rasa boleh kot. sbb bila dh terbukti benar (melalui forensik cthnya), org tsebut dh jd saksi
Cara utk buat undang2 islam akan dipandang adil?
undang2 Islam mmg adil, tp klu dilaksanakan sepenuhnya, n xleh sekerat2
itu saje pndpt aku :)
Post a Comment