Wednesday, February 27, 2008

Jerangkung Dalam Almari : Jerangkung Dalam Almari

Bile je aku membaca isen Jett, aku terus mendapat idea apa yg aku nak tulis utk siri Jerangkung Dalam Almari.. Tajuk utk siri itu still... Jerangkung Dalam Almari.

So Jett, pinjam sket aaa isen mu itu... Jangan marah ek... Sorry...

1. Terburu-buru untuk menjalin hubungan serius
2. Tidak boleh hidup tanpa anda
3. 'Moody'
4. Cemburu buta
5. Sering melecehkan pasangannya
6. Tidak dapat menerima penolakan
7. Suka menyalahkan orang lain
8. Panas baran


Aku tak kata semua yg Jett kata tu 100% betul. Or langsung tak betul... But lebih pada banyak yg betul. Depend pada apa yg dibuatnya. So berjagalah, mungkin ada jerangkung dalam almari yg anda buka.


.....Bile aku baca 8 list kat atas, aku terbayangkan cerita-cerita kawan aku. Dari kawan-kawan, bekas kawan, bekas 'kawan', kengkawan, sahabat handai, org yg aku kenal tapi buat2 tak kenal atau mungkin diri sendiri.

Pada aku, hampir semua lelaki akan ada sikit sifat yg Jett kata tu. Kalo tak 10%, at least mesti ada sikit (1%) dari salah satu sifat yg 8 yg dikata oleh Jett pada masa tertentu.. Tgklah pada cerita dan keadannya. Contohnya, aku akan cemburu pada waktu tertentu, but aku cuba minimizekan kesannya. SAmpaikan ada yg kata... "kau tahan cemburu sampai you sakitkan hati sendiri".

Well, kalo org tanya aku, aku admit, aku akan kata aku ada list yg Jett kata. Bukan setiap masa, dan sudah pasti peratusannya sedikit. Maybe org yg 'pernah' kenal aku tahu... sejauh mana sifat aku yg ada dlm list tu pada masa-masa tu.


.....Aku pernah dengar, baca, diceritakan, diceritakan tentang, diakui dan sebagainya bagaimana org yg menghadapi masalah, apabila org yg mereka 'baik' tadi mempunyai 8 sifat di atas yg terlebih-lebih.

Dari apa yg aku rasakan... Antara kesan bila dah terlebih2, melampau sifat yg 8 tadi... Ada yg perempuan yg aku kenal tadi kena penampar sulong, tumbuk abg ngah, terajang adik uda, terkongkong macam hamster, kene tinggal macam tak bayar tiket, kene tipu, cemburu macam haram, memaki macam demam pilihanraya, membabikan dan sebagainya!


....Menjadi masalah besar bila list yg 8 tadi digunakan tanpa 'belas kasihan', maka kesannya amat menyakitkan hati. Malah aku yg di pihak yg lain pun terasa kesakitan hatinya. Macam nak penampar je seko2 lelaki yg macam tu.

Dari yg aku dengar. Ada yg memula baik. Ya-allah, pijak rumput, rumput tak mati. Pijak semut, semut buat muka seposen. Tapi bila dah kenal... Macam celaka jadinya. Tu le jerangkungnya. Nampak baik pada mulanya, tapi bertukar jadi hantu yg merangkak dari Tv ke Tv macam cerita the ring. Mengikut ke mana saja. Ahhh setannya. Babi sungguh! Yg menghairankan aku. Sesetengah tu bukanlah penagih dadah yg berbandang kurus bak jerangkung. Tapi lebih pada bijak terpelajar macam pelajar keluaran oxpord. Hemah malah berbudi bahasa.

Muskil...


.....Tak semua sifat yg 8 tu tak baik kesannya. Ada gak yg sikit baiknya. Tu kalau sikit je. Kalau boleh dikawal. Ditakuti, sifat tadi tak boleh dikawal. Contohnya, cemburu itu baik bila berpasangan. Kalau tak ada pun susah. Contohnya, aku pernah ditanya. "Kau tak jeles ke dier kuar ngan org lain?"... "Aku nak jeles apa. Dah nak kuar ngan kawan. Kuar la. Takkan la aku nak halang. Bukan aku tak kenal **** tu. Dah macam adik beradik. Tu pun nak jeles melampau, susah la".... Aku terlupa, kalau aku buat camtu, perempuan mungkin terasa, aku ni tak sayang mereka.... Errmmm...

Bile aku fikir semula. Walaupun aku dah byk kali menjawab, "Ehh kite dengar la ni", "La kan kita dah kuar nih" (utk lebih paham part ni, baca Mens from Mars, women from Venus)... Aku rasa, aku masih tak smpi tahap utk menampar atau menumbuk org lagi. Aku bukanlah pencinta wanita yg setia macam lagu indon tu. But, at aku juga pencinta wanita yg terlalu cinta sampai tak nampak macam mencintai...


....Ermmm.... jaga bebaik. Jgn disangka almari tak bergoyang tu tiada jerangkungnya. Jangan pula disangka angle yg memanah baik rupanya. Mata boleh melihat. Telinga boleh mendengar. Hati boleh merasa. Cubalah elak untuk menyimpan hati dalam almari yg berjerangkung. Aku rasa, entry aku tak baik utk menerangkannya. Mungkin kena tanya Raman atau Aishah (penggemar drama melayu). Mungkin ada drama swasta yg menceritakan keadaan sedemikian.

Malah aku tahu, ayat aku di atas semacam kaplamyenge... Maafkan aku yg tengah menaham sakit gigi ini. Cehhhh

Kesimpulannya... Kalau kita sayang pada seseorang. Sayangilah mereka seadanya. Walaupun kita tak kata kita sayang, perbuatan kita yg buat mereka rasa mereka disayangi. Actions speak louder than words. Kalau kita sayang seseorang. Tak perlulah ada sifat yg 8 tadi berlebih-lebih.... Okay? "What would you say if I took those words away... Then you couldnt make things new... Just by saying I love you" - More Than Words - Extreme




Ps - Fikirkan... Kengkadang... Ada org tak pernah kata I love you kat kita. But kita suka dan sayang dier... Walaupun siapa pun dier. Maybe perbuatan dan sikap dier yg kita suka. Maybe... Jett... Again sorry la amek isenmu dan menulis tanpa kebenaran awal.

4 comments:

Anonymous said...

=)

bzz said...

:p

jetjetsemot said...

oh..no problemo bzz..anything is up for discussion..

oh..dan mekaseh la kerana membebel panjang lebar tentangnye...sgt membantu..

oh..sori gak..aritu makan2 ckp cm real je..tapi tak berkesempatan dan igtkan anda tak mengambilnya serius..so, mungkin later?bile dah grad nnt..ahahah..insyaAllah..would be honoured to meet up~

bzz said...

wokeh... No problem...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...