Monday, December 10, 2007

Sukan, Kawan & American

'Weekend yg padat', itu yg boleh aku katakan....

  • Sukan

Jumaat malam sabtu, kol 8 aku dah terpacak kat MGLC. Amek gambo perasmian sukan Maybank. Sayangnya, lens aku tak cukup panjang utk menzoomkan ratu2 pelikat yg lalu. Hanya cukup utk setakat paras badan. Ahhh... Perasaan melihat lens putih yg dipakai org lain membuat aku... "Kang aku beli kang... Hahhaaaaa... Padan muka aku...". Menarik jugak sukan tu. Maybe, sebab tahun ni Etiqa dah join Maybank. Nampak ramai.

Ratu Pelikat Johor


Lepas tu lepak2 minum ngan Edi ngan Arief... Borak2 smpi kol 11 lebih baru le balik. Kol 3 baru aku tidur. Lepas aku abis edit sikit gegambo mlm tu.

Bean buat perlakuan tak senonoh kat pemain Etiqa


Team Takraw Selangor... Beriya nak serve


Esok, seawal kol 9 lebih aku dh bergerak balik ke MGLC. Sempat la amek gambar basketball, takraw, volleyball, football and... netballl... Humm... Aku terlalu jauh utk focus kat sukan2 yg jauh macam bola. Maybe kalau ada lens yg panjang or at least dok kat lines tu baru la menarik. Macam sukan berpadang pendek aku takde masalah sgt la kan. Cuma... Paham2 je lah. Amek gambar pukul 11 pagi. Mood takde... Overall... Walaupun gambarnya tak sebaik yg aku harapkan (sbb masa tak cukup, equipment tak padat...), aku happy gak...


  • Kawan
Apai buat majlis kahwin. Hari sabtu petang aku ke Ikea. Membeli jam utk hadiah apai.

So smlm kol 8 dah bergerak ke Renggam, Kluang, Johor. Perjalanan yg sepatutnya ambil masa 4 jam, aku hentam 3jam lebih. Kononnya nak cepat balik. Tapi, perjalanan pergi agak ok jugak la. Walaupun masa smpi rumah apai, kereta tersangkut di tebing. Yelah, kampung Tengah Renggam jalannya 1. Sama ada jalan ditengah atau jalan ditepi2. Maka.... Terbocorlah ekzoz... (cehh, minta duit lagi la tuh)

Smpi di sana, aku bedal makan. Maka kedengaran la, makcik dan pakcik. Speaking Jawa. Aku paham. But kalau aku sebut balik, mesti satu khemah tu bantai gelak. Hahahaha... Ketibaan aku kol 12 tak membawa makna. Selain makan kerepek smpi abis, minum 2-3 gelas dan kebasahan dan kelecakan akibat hujan. Dgn memegang kamera, aku menyenap beberapa keping gambar.

Lecak... Biasalah, December, Johor...


"Bzz ek? Apai suruh tunggu. Dia lambat sikit. Kejap lagi smpi la tu.". Kata anak buah apai. Ouhhh. So dekat kol 2 baru apai sampai. Bila apai smpi, aku pun mula mengambil gambar. Snap sana dan sini. Tetiba ada brother tegur... "Awak kameraman ke? Nanti awak ambik gambar pengantin tgh suap. Buat candid". Aikk... bukan awek tu ke amek gambar? Aku ni kawan2 je...

Rupanya awek yg bawak slr tu sedara mara bini apai la. Dier pun bawak SLR, tapi yg filem. Yelah, aku tolong. Kawan punya pasal. Then... akak apai soh naik atas rumah. Jemputan khas... Utk kita org. Abis 'keje' aku kat luar, aku pun naik atas. Lepak2. Menunggu apai abis makan.

"Jgn la merajuk-rajuk... Kita makan dulu ek..." Apai pujuk bininya..


Apai naik, akulah yg menjadi kameramannya. Ye.... Aku jadi official... Sbb akulah yg menyusuh apai gelak, senyum, tegakkan kepala (kepala asik teleng je) dan dsb. Then siap masuk bilik. Amek gambar dlm bilik. Pening kepala aku. Takpelah... Apai punya pasal... Aku buat. Tak kisahlah kalau aku lmbt ke american...

Snap sana sini. Dgn gaya itu dan ini. Abis.. Aku ucap selamat tinggal kat apai. Dan kata... "Pai.. Kita org balik dulu la. Aku kene smpi awal nih. Gambo ni aku kasik ko kat sana. Aku tak print tau. Hadiah ko pun nanti. Hadiah ko tertinggal..."... Apai nampak happy... Ni tak pernah2 nk salam peluk2 nih. Macam balik haji la pulak...

Aku tinggalkan Renggam dengan kepuasan dan kepenatan...


  • American...
My Chemical Romance - Live in Malaysia.
'Superb.... Lompat2... Nyanyi2... dan basah2....'

Setakat ini aku boleh cerita. Nanti aku cerita... Dh panjang aku taip. Aku pun nak tidur. Ni pun aku taip sementara menunggu gambar apai n sukan di download ke Adobe Lightroom. Ok.. See ya...

2 comments:

jetjetsemot said...

woah..bes ha ahad anda..tak seperti ahad2 org yang sedang mengembara..di tanah gersang dubai yang harus disekelkan..adios

bzz said...

Selamat kembali ke sini. Takpelah, janji smpi ke kampong. So... smpi sini dh diberi makan ape oleh mama?

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...