Mastika, Edisi Januari 2008.
Ada satu cerita di dalamnya. Tentang seorang lelaki yg mendakwa dirinya malang akibat disumpah oleh maknya sewaktu kecil. Dan akibat dari sumpahan tadi, dirinya sentiasa mendapat musibah.
Ianya bermula apabila maknya menyumpah, memaki dan membelasah dirinya akibat salah faham. Diingatkan dia mengacau adiknya. Sedangkan dia sebenarnya membetulkan bacaan alquran adiknya. Itu dakwanyalah...
Dan dia juga turut menjadi mangsa makian, marahan, deraan oleh mak, ayah dan adik beradiknya. Kononnya dia ini juga anak malang. Dan ibunya menyesal mendapat anak sepertinya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia menjadi macam tu sedangkan dia tak berbuat apa salah. Dan adik beradik yg lain dilayan seperti anak emas.
Ketika makan pula, dia diasingkan dari keluarga yg lain. Org lain makan di depan lauk manakala dia makan di penjuru dapur. Terasing.
Hingga sekarang, dia masih lagi terkenang peristiwa lepas. Bila dia ditimpa masalah... Mulalah dia kata... Sukalah mak dia akibat sumpahan mak dia pada dirinya menjadi...
Mungkin aku boleh kata... pencerita ni tadi ingin mengatakan dia adalah mangsa korban ketidakadilan mak dan ayahnya yg tidak melayannya dengan baik. Akibatnya, bukan saja dia dibelenggu masalah dan emosi akibat kesusahan hidup malahan sumpahan mak yg menjadikannya anak yg derhaka menbuat dirinya sentiasa tertekan...
......Aku masih terfikir... Apa hukumnya kalau seorang anak disumpah dan dikatakan anak derhaka oleh maknya sedangkan dia anak yg baik dan tak pernah melakukan perkara yg menjadikannya dia derhaka. Dia dikatakan menderhaka kerana mak dan ayahnya tidak menyukai dirinya. Seperti cerita di atas, anak derhaka tadi bukan anak emas keluarganya... So apa hukumnya? Adakah anak tadi akan masuk neraka? Hanya Allah saja yg mengetahuinya...
Then aku teringat kisah2, bacaan2 mengenai anak derhaka. Bagaimana dia org ketika mati. Dengan susah untuk meninggal, terseksa, keadaan mengaibkan. Macam mana pula hidup mereka yg sentiasa malang. Sakit, miskin, penjenayah dan sebagainya... So... Aku terfikir... Apa perasaan seorang mak atau ayah bila tgk anak mereka terseksa macam ni? Adakah kesilapan mereka tadi memang tidak boleh langsung dimaafkan? Dan apa pula perasaan mak dan ayah tadi kalau mak mereka (atok budak tadi) sendiri mengatakan yg sama pada mereka.
Sbb pada aku... Certain perkara memanglah kita tak boleh bersabar pada anak2. Perkara tu memang akan hilang sabar dan sure akan menyumpah anak aku sebagai anak derhaka. Contoh mcm anak penagih lalu memeras ugut maknya ketika sembahyang utk dptkan duit. Tapi, aku rasa, walaupun aku marah, bukannya sepanjang hidup aku nak marah. Right?
Tapi... Takkanlah mak dan ayah tu boleh jadi sampai macam cerita di atas. Kalau anak tadi bukan anak kesayangan kita, takkanlah kita nak menyumpah seranah dia? Suka ke Allah pada tindakkan kita sebagai ibu bapa? Adakah tindakkan tadi memang kita tak boleh elak?
Aku pernah tahu... Pernah kenal. Kawan-kawan yg dimarah oleh mak ayah. Dikatakan anak tak berguna. Anak derhaka. Hanya kerana sebab yg sangat kecil. Kadang-kadang pada aku tak logik bila mak ayah maki hamun anak semata-mata result periksa anak bukan yg terbaik. Bukannya langsung takde yg lulus... Tak... Cuma bukan yg terbaik di dalam sekolah. Mak, memaki anak kerana anak tak dpt 8A, sedangkan dia dh mampu dpt 7A 1B. Logik ke? Boleh ke makian tadi memberi semangat utk anak?
Well, pada sesetengah mak dan ayah. Ya, itu saja cara utk ajar anak. Tegas, marah dan makian utk mendidik anak. But pada aku tidak... Aku tegas, but bertempat. Anak aku manusia, bukan kambing biri-biri utk hari raya korban.
Byk lagi cara utk ajar anak. Banyak lagi cara utk menyedarkan anak. Banyak lagi cara utk membuat anak kita kembali ke pangkal jalan dan memperbaiki keadaan. Sama ada dia bodoh tak sekolah ataupun dia sememangnya tidak sebaik yg kita harapkan. But sebagai mak dan ayah, itulah tanggungjawab kita. Membimbing anak-anak. Dan tak pernah letih utk mendidik anak. Bukannya anak buat silap sikit, kita sumpah. Silap sikit kita belasah. Bukan itu caranya... Suka ka kita kalau kita dibuat macam tu?
Maybe ada yg buat begitu sebab zaman kanak-kanaknya, dia dikenakan cara yg sama. Tak tahulah kalau ianya memang turun-temurun atau lebih pada dendam pada mak dan ayah (atok anak2).
Sedangkan nabi maafkan ummat...
Bayangkan. Nabi Muhammad telah meninggal ribuan tahun lepas. Tapi nabi memaafkan umatnya. Malah kesalahan ummatnya lebih teruk dari kesalahan yg sebahagian anak-anak yg disumpah tadi. Bayangkan, pernah, malaikat bertanya pada nabi. Mahukah dia menghapuskan satu kaum ni akibat melanggar perintah Allah? Tak, nabi kata. Dia maafkan. Malahan berdoa agar satu masa nanti kaum tadi akan mendapat pedoman... Akhirnya,, muncullah alim ulamak dari kaum tersebut (aku lupa kaum apa, tapi aku tahu cerita ni ada)
Tapi kenapa kita, yg sepatutnya mengikut sunnah nabi, mengikut ajaran nabi sendiri tak pernah cuba utk memaafkan anak? Kenapa tidak mak tadi berkata.... "Mak maafkan. Jgn buat lagi. Jadilah anak yg baik. Mak ni dah tua, kalau mak mati, siapa lagi nak doakan mak? Adik kan?" --- Kenapa tak macam ni?
Pada aku yg bodoh nih... Sayang-menyayangi, kemaafan, keikhlasan, kejujuran, senyuman dan saling membantu adalah antara faktor kita sekeluarga hidup lebih gembira. Apa gunanya sembahyang lengkap dengan sembahyang sunat yg berbelas setiap hari kalau kesilapan anak yg sedikit pun kita tak maafkan? Apa gunanya berzakat dan berderma berribu ringgit kalau kita sendiri tak pernah senyum pada anak dan isteri akibat terlalu busy? Kan senyum juga satu sedekah? Kenapa? Senyum dan ketawa pada anak itu tak masuk paper dengan cek sebesar meja?
Sebenarnya byk lagi perkara yg boleh buat kita lebih sempurna. Sempurna sbg ummat islam dan juga sebagai ummat manusia. Sebab tu aku kata, tak semestinya dia itu bukan islam dia tak baik. Pada aku, aku lebih hormat seorang yg bukan islam yg menghormati dan menyayangi keluarganya berbanding org islam yg kononnya alim tapi tak pernah kisah pasal keluarganya. Family comes first!
Kengkadang fikiran aku agak extreme....
Aku tak sanggup anak aku masuk neraka, dapat dosa atas kerana aku menjadikkannya anak yg derhaka. Dan aku tak sanggup kalau aku masuk neraka dan anak aku juga dineraka sebelah akibat aku tidak memaafkan dirinya. Pada aku, biarlah aku dineraka dan aku masih lagi memaafkan anak aku. Dengan harapan dia menjadi anak yg baik dan menjadi insan yg beriman. Kalau anak aku masuk syurga. Aku rasa, pasti anak aku turut doakan keselamatan aku. Dan akhirnya aku tetap akan ke syurga. Kan Anak adalah satu 'harta' tinggalan paling berharga selepas kita mati?
Dengan itu... Aku menyeru...
Kepada mak... ayah... atau sesiapa saja. Yg terasa terkecik hati atau marah pada anak-anak. Di atas sebab mereka melakukan kesalahan kecil atau besar. Maafkan mereka... Dan aku juga meminta mereka agar tidak membeza-bezakan anak mereka. Sama ada mereka pandai atau tidak. Kaya atau miskin. Sempurna atau tidak... Mereka adalah tetap anak kamu juga.
Tidakkah kita sayang mereka. Maafkan dan bimbinglah mereka... Agar hidup kita didunia dan di akhirat lebih berkat...
Selamat Menyambut Hari Raya Korban
Jangan korbankan kebahagiaan dan kesenangan anak akibat sikap dan perasaan kita sahaja.....
Jangan korbankan kebahagiaan dan kesenangan anak akibat sikap dan perasaan kita sahaja.....
Lagu khas... (Dan komen selepas lirik)
Perfect - Simple Plan
Hey Dad look at me
Think back and talk to me
Did I grow up according
To plan?
Do you think I’m wasting
My time doing things I
Wanna do?
But it hurts when you
Disapprove all along
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good
Enough for you
I can’t pretend that
I’m alright
And you can’t change me
‘Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry
I can’t be Perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry
I can’t be Perfect
I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be
My hero?
All the days
You spent with me
Now seem so far away
And it feels like you don’t
Care anymore
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good
Enough for you
I can’t stand another fight
And nothing’ alright
‘Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry
I can’t be Perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry
I can’t be Perfect
Nothing’s gonna change
The things that you said
Nothing’s gonna make this
Right again
Please don’t turn your back
I can’t believe it’s hard
Just to talk to you
But you don’t understand
‘Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry
I can’t be Perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry
I can’t be Perfect
Kot ada yg ckp... Anak dier tu suwey... Sebab tu dier tak sayang... Maka smpikan slm kat diaorg.... Dan katakan... bZz cakap - "Anak ko tak suwey, tak sial, tak macam haram... Korang tu yg tak pandai main, Jgn salahkan anak... salahkan kote ngan lubang korang tu!"
3 comments:
Mak aih, panjangnya..
penat membaca :P
ntah la, xtau nk kata..
nk kata dari sudut Islam, xbrape nk pandai sgt..
tp bak kate Earl Hickey, "You do good things, and good things come back to you" - tp xleh percaya bulat2 ar, hehe
"Earl: You've probably askin' yourself why I decided to stay with my two-timin' wife and our two terrible kids that ain't mine. But, the way I figure, a lotta folks probably ask her why she hasn't left her good-for-nothin' husband and his brother who sleeps on her couch."
hoh..takut btol la dengan awk ni..ayat last tuh, waaa mencengkam jiwe..well,anak yang baik bermula dengan hubungan kelamin yang baik..heh..
just as a reminder, you wouldn't understand your parent until you've become one..
Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Walaupun tak selalu tapi apa salahnya...
Jett, maybe sy bukan ayah yg baik. Takkan sebaik org lain. But i treat mcm yg sy ckp. Kalau anak sy tak mcm yg saya harapkan. Dia tetap anak sy. Dan sy tetap syg dia. Yg penting kan dier gembira...
Post a Comment