Ok, dh puas kita cete pasal family la cinta la. Apa kata kali ni kita cete pasal mende lain lak....
Ok... Saper suka kucing? Aku suka kucing. Masa kecik aku ada kucing kaler putih. dh besar sikit ada belang2 kelabu. then masa kat sabah aku ada byk kucing. So kalau nak describe susah la kan. Apepun, aku memang suka kucing, yg baik.
Kali ni kita cete pasal kucing... Kucing Hitam
Yg nih... (Klik utk tumbesaran kucing)... Comel tak?
Ok... masa kat kampung... Mlm jumaat, malam selepas hari raya korban tu. dlm kol 1 lebih. Aku, ahmed, dan ing lepak kat luar. Depan rumah atok aku. Berborak dalam gelap. Sebab malas nak bukak lampu depan. Tapi lampu jalan still ada bebetul di depan rumah atok aku.
Kita org berborak macam2 cerita. Dari kisah pasal islam dari pandangan ahmed, keluarga, life, malaysia and.... hantu.
Aku tanya kat dier, apa pandangan dier pasal Jin. Pasal makhluk halus dari segi Islam. Since aku ckp, kita org yg kat sini tahu apa yg kita org tahu le. Maybe dier yg belajar dari Arab, pelajaran tu lain. So dier pun cerita la panjang lebar ape yg dier tahu. Cerita apa dia nama jin. Cerita kalau org yg guna bomoh tu guna camne. Apa nama penolongnya. Apa beza dari segi jin. Apa yg perlu kita buat. Tanya dier pasal pendapat org-org sini yg masih lagi percaya perkara karut.
So dari situ Ahmed tahu, yg sebenarnya Islam datang ke sini cuma ratusan tahun lepas. Dier ingat sejak dari awal Islam lagi. So mula la bab cerita Parameswara la ape la....
Suddenly... Im turun join kitaorg. then dier buka Hp nya dan buka sound kucing. Aku cakap apehal. Then suddenly... aku terpandang ke arah kawasan bawah lampu. Ada seekor kucing hitam tengah memandang tajam ke arah kita org. Seakan-akan mencari suara kucing yg datang dicelah kita org.
Padangan kucing tadi agak pelik. kalau aku ibaratkan manusia ni. Pandangan dier lebih kurang macam pandangan org yg tak puashati. Tak ada kelipan mata. Dan tidak memandang ke arah lain.
Tetiba, ahmed menjerit. Memaki kucing tadi. Dia kata... dia dapat rasakan something disebalik kucing tadi. (baru tadi dia kata, kucing hitam tu petanda tak baik di sana). Dijeritkan ke arah kucing supaya pergi. Tapi kucing tadi macam tak dengar. Buat bodoh. Sekali sekala dia memandang kearah kirinya. Atau ke arah kanan kita org. Then pandang kita org semula. Kejadian ni berlaku dekat 5 minit. Aku n Ing dah senyap. Im rasa bersalah bila kita org ckp... "Tu la Im, saper suruh buka bunyik kucing".
Ahmed kata... Dia nampak something disebalik kucing tadi. (Dia dari dulu memang senang terasa memende pelik camnih). Tak tahulah aku kan. But, dia bukan berkata biasa. Siap... Dengan nama Allah dia kata membuktikan yg dia tidak menipu. Katanya, dia terasa seakan ada tangan melambai kearahnya (kitaorg) dibelakang kucing tadi. Dan kemudian tangan (lembaga) tadi berlari kearah lain. Iaitu arah dimana kucing tadi melihat.
Setelah 5 minit. Kucing tadi bergerak tanpa perasaan.
Kisah berakhir disitu. Tapi kol 2 lebih aku dan ahmed keluar semula. Melihat keadaan. tgh berborak kejap. Tetiba terdengar sesuatu jatuh. Dari kawasan yg ahmed kata 'mende' berlari. Ahmed kata kat aku, "Man, lets go"...
Mlm keesokannya....
Aku tidur awal. Akibat penat dan mengantuk. Dan juga terasa nak demam.
Keesokan paginya... Esoknya... Pika (adik Im) masuk ke bilik aku. Aku suruh Pika kejut Ahmed. then pika datang semula. Katanya, Ahmed tak tutup notebook ek? Ehh mana aku tahu. Kata pika, Ahmed buka ayat alquran dari bukunya.... Aku hairan?
Then terjawab persoalan pasal notebook bila Ing dan Ahmed mula bercerita.
Semalamnya (time aku dh tidur), lebih kurang masa yg sama dengan semalam. Dier dan ahmed duduk diluar. Datang semula Kucing Hitam semalam. Dengan gaya yg sama. Tenungan yg sama. Dan ditempat yg sama kucing tu duduk semalamnya.
Dan kali ini, Ahmed terasa. Di belakang kucing tadi. Atau dikawasan belakang rumah di depan rumah atok aku (kawasan agak belukar dan ada pokok durian dan kelapa). Dia terasa ada lembaga hitam yg berlari dari satu arah ke satu arah. Dia nampak, lembaganya tidak besar tapi dia pasti hitam...
So apa lagi, dia dan ing tak tunggu lama seperti semalam. Terus masuk. So abislah cerita tadi.
Hari yg sama... Hari Sabtu... Semalam... Sebelum balik. Dan selepas Ing dan Nan bercerita pasal kisah dia org berdua malam tadi. Aku pun melepak kat luar rumah. Amek gambo bunga, makro etc. Tetiba aku terpandang. Ada seekor kucing. Hitam. then aku sambung ambil gambar. Bila aku paling semula. Kucing hitam ini duduk di tempat yg sama kucing hitam yg versi malam tu duduk. cuma kali ini siang.
Aku menjerit ke dapur. Memanggil ahmed dan ing. Tapi tak ada sorang pun datang. Kucing masih lagi kedudukkan yg sama. Bila aku panggil dia buat tak tahu. Macam2 bunyik aku panggil biar dia datang dekat. Tapi dok, buat muka toya. Aku nak ambil, gambar tapi lens tak jauh. So aku berlari ke dalam rumah untuk tukar lens zoom.
Bila aku ke luar, kucing tadi dah ketepi sedikit. Tak tahulah sebab takut aku atau sebab ada kereta lalu di jalan tadi. Aku dapat snap beberapa gambar....
Perhatikan gambar diatas dan ini. Mungkin, ada gambar 'lain' disebaliknya. Kalau malam... mungkin lain sedikit gambarnya... Klick utk besarkan....
Ok... pertanyaan aku. Kalau korang terkena yg sama, apa yg akan korang buat?
Ps- Kalau masa tu ada Nan, Awit, berani gak aku nak gi dekat masa memalam n amek gambo. Menarik tuh!
6 comments:
ush, ni kisah yg baru terjadi ke?
horror btul...
tapi kucing itam slalu mmg bermasalah :P
Baru jadi la aritu.
Kalau awit & nan ada... rasanya kucing tu la yg takut balik.
ok..ape disebalik kucing?da besakan tak nampak2 jugak..
err..horror ah gak jika berada ditempat kejadian..sebab leh rase kepanikan itu..tapi kucin itam tu gebu lagi menawan la..bukan kucing tuh makhluk baik2 ke..nabi suke kucing..
Wuishhh... jett... cuti2 kat rumah pun nak bgn cepat ke? Traning masak?
maybe gambar tu amek malam. Sebab tu la takde ape. Kalau malam, lain sket la. But, gambar yg second tu, lebih kurang itulah pandangan dier. Cuma yg malam dier terus tgk. Bukannya menoleh. But... Rasanya tgk cete hantu lagi cuak kot? Hahahaha...
Ermm... Tu lah... mana satu yg betul ntah...
oh..kne training bgun pagi..next week da nak kne gi buat prektikel..kang tak bangun2 lak..haha..
ouhhh... prektikel kat sini ke?
bagus2... Jgn silap cucuk or potong part org aaa...
Post a Comment