Friday, November 09, 2007

Testing : Artis Malaysia, Entah apa-apa!!!

Arini aku nak cerita pasal industri hiburan malaysia.

Drama
Tengok drama melayu? Pernah dengar dialog macam ni? "You, you dah tak sayangkan I lagi ke? Begini ke berakhirnya percintaan kita? Sampai hati you tinggalkan I. you tak sayang I, i hate you!!!" - Kata seorang aktres yg berpakaian seksi ala-ala rock... Apa yg tak kena? Tgk la ayatnya... 'begini ke berakhirnya percintaan kita?'... Ingat ni telenovela perancis ke? Dah tu, pakaian tak kene betul.. Serius hampeh.

Lagi satu, kalau ada drama yg perlukan pelakon tua. Mesti pelakon tu tak tua. Kalau ada anak, mesti nampak anaknya ngan maknya lebih kurang tua je. Walaupun secara logik akalnya, kalau anaknya umur 30 tahun, maknya mestilah dah dekat 50. Tapi, ni nak kata tua tak tua, nak kata tak tua. Solekkan macam tua. Bab solek... Yarabbi... Maybe mekap artisnya lambat datang sebab nak terberak kat stesen minyak macam yg terjadi kat ana. Tu pasal mekap macam ape je...

TV yg tak real!
Sekarang ni dah semua nak buat macam realiti tv. Tapi, sikit-sikit SMS. Yg peminat ni... Ada yg sanggup berabis beratus. Semata-mata nak menyokong artis pujaan mereka.

Tak kira la Akademi Fantasia ke Malaysian Idol ke ape ke... Ceritanya sama je. Tapi biar aku cerita pasal AF sikit.

AF 1 takde le glamer mana. AF 2 dengan Zahid. Pemenang kedua Linda yg dah hilang ntah kemana. Then ada pulak mamat yg masuk team KRU tu. Saper tu? Alah yg digembar gemburkan gay. Aku lupa la namanya.

Then muncul pulak Mawi, Marsha, Felix, Faizal, Mila etc...

Ada org sanggup bergaduh, bertekak dan sebagainya sebab rancangan yg tak real ni. Mana nak macam real. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Bosan... Zahid AF2 kengkadang tu ok, kengkadang tak bess lak. Tapi ok le sikit sebab lagu dia ada variasi. Tapi Mawi? Mawi World. Nak buat lagu yg berkonsepkan world. Tapi tak world pun? Makin tak world ada la lagu dier yg akhir nih. Aku rasa album mawi yg pertama tu lagi menarik. Sekurang-kurangnya takde le lagu world dier je. Ada gak lagu yg menarik. Yg kedua... Yg aku tahu lagu Langit Biru? Dalam bahasa orang putihnya blue sky? Aiishhh... kalau album ke 3 dier ni pun world gak.. MEmang la tak world...

Faizal AF4? Makang ikang boleh la dia. Antara juara AF yg aku kesian. Bukan tak sokong la. Tapi bila aku nak sokong faizal aku kesiang. Bile aku nak afundi, terasa kesiang kat Faizal ni. Senyum sokmo la katakan. Tapi, malangnya buat dia, dia tak boleh nak ubah personalitinya yg terlalu kekampungan. Tu pada aku la. Semua nak letak NG kat belakang. Please, jgn terlalu keTerengganung sgt. Ada video clip dia tu. Dier bawak kereta.. Wow.. takde bumbung kereta dia. Aku ckp dlm hati.. Bior betul Faizal AF4 nih? Dah ada leseng ke dier ni?

Cete AF4 nih... Kengkadang aku tgk, bebudaknya macam budak kampung baru dpt bola... "Cikgu dah tido, mari kita main bola!". Ntah ape2. Ada la sekali dua aku terperasan. Perserta perempuan yg suaranya power tu. Tgk kakinya... Ni artis ke... minah baru balik dari menoreh getah?

Tapi AF5, ada baik sikit la dari AF4. Aweknya pun ok. Kualiti pun nampak meningkat. Bukan la aku rasa Ramli Sarip tak tere... Tapi kalau dier tere tahap Ultraman pun, kalau dah muridnya semua tahap hampeh... Tak boleh fire gak dier. Betul tak?

AF ni, aku rasa kot ada lagi. Kene le ada pembaharuan. Jgn asik nangis-nangis. Jgn la asik yg mengada-ngada. Tergedik-gedik. Asal tahu situ ada kamera. Mula la buat baik. Ceh... Dah macam Felix dalam projek Runaway Malaysia pulak.

Artis Top Ten?
Anuar Zain? Aku pun muskil apsal perempuan suka sangat Anuar Zain? Ape bess? Tapi lagi muskil kalau ada lelaki yg sasa dan badan gedi-gedi (besar) yg suka Anuar Zain. Tak terasa lain macam ke? Aku? Aku tak suka dia. Kengkadang... Eeeee.. geli geleman. Especially iklan Astro yg Anuar Zain. Yg rambut dier panjang... Aku lagu dier tu boleh le nak dengar. But nak simpan mp3 lengkap dari album no 1 smpi sekarang. Mintak maaf la kan... Ehh jgn marah aku je. Marah gak lelaki lain tu yg tak suka lelaki lembut macam dia. Bak kata kawan aku. "Bukan kau tak boleh jadi lelaki biasa kalau nak dapat suara macam tu".

Siti Nurhaliza? Ada la lagu yg aku suka. But then, sebab dia terlalu glamer makanya aku mengambil keputusan utk tak suka dia. Lelebih lagi bila aku rasa dia ni macam merampas laki org. Maybe dia kata tidak. But, legik ke kalau lakinya confirm cerai hari ni. Then tak lama lepas tu kawin ngan dier. Ada ke perceraian tu disebabkan lakinya dimarahi tok ketua kampung yg kambingnya dilanggar? Takde kene mengena kan?

Mawi? Gossip? Ina? Ntah paper...

Siapa lagi? Ntah la... Aku rasa artis dan penyanyi Malaysia ni ada je masalahnya. Maybe suara ok. But then ada yg bodoh. Dan takde kualiti tu satu la. Then hidup penuh dengan gosip, masalah dan macam-macam lagi. Kengkadang, baru je 2-3 drama or album. Tapi dah banyak masalah. Kantoi bertumbuk kat disko la. rampas laki org lain, rampas pakwe org lain. Yg dadah lain. Then tak bayo hutang. Macam-macam ada...

Apa nak jadi ngan dia org?

Filem?
Filem Malaysia bukan takde kualiti. Ada... cuma pengarah, pelakon dengan penerbit nya saja yg taknak kualiti. Buat cerita merepek-repek. Bukan kata aku taknak tengok cerita melayu. Tapi, dari aku tengak cete sedih tapi tak sedih. Lawak pun jadi tak lawak. Baik aku tengok cete apek. Memang aku tahu, cete apek walaupun lawak bodoh... Memang confirm lawak dier bodoh. Takde le buat lawak.. Tapi macam org bodoh je lawaknya. Then sikit2... Cakap penang... Tu dia no....

Macam aku ckp tadi. Pengarah yg taknak kualiti. Mak org nampak sebaya ngan anak. NAnti mula la kasik alasan yg tukang solek tak mampu dibayar mahal. Bengong... Dah tahu mak.. Ambik la pelakon yg tua. Pegi amek yg muda, nak solek. Kan susah?

Kengkadang aku muskil... Filem bajet juta-juta. Tapi... kualiti takde, ntah mana dia belanja juta-juta pun aku tak tahu. Kot ada letup-letuk byk tu ok le. Letup takde ape takde.. Juta-juta. Apehal? Yg mahal, sebab shooting kat luar negara. Well... Maybe pengarah, mekapartis pun nak gi oversea gak... Ape tempat malaysia ni tak menarik ke? Ape takde tempat yg kat Msia yg boleh nampak cam oversea ke? Dulu iklan Salem tu boleh je shoot kat UPM. Nampak gak cam oversea...


Cete banyak-banyak ni. Buah penat air liur je. Biarlah... Bukanlah aku taknak sokong industri sendri. Cuma... Itu la hakikatnya... Takde kualiti... So jgn la marah org nak dengar lagu indon, tgk wayang cete MI4, atau tgk AXN. Dah tu, saper suruh macam tuh?




.... ini suatu post testing...

4 comments:

Anonymous said...

ko biar betul bzz... kat malaysia ni ade ke industri hiburan? tak tahu pulak aku...

takpelah, tanak ambik tahulah... baik aku sambung layan kamen rider ni dulu....

Anonymous said...

saya ada album Anuar Zain. CD original.

Tapi tuh ada org kasi hadiah besday.
Boleh dikira sebagai fanatik ke?
Sila komen.

TQ

jetjetsemot said...

haha..anuar zain dikutuknye..sy takde minat pun dia..lagu die pun x bape tau..cuma muke die ensem woo..tu je ah..bile stat ckap, cm dah len siket la kan..tapi still, ensem wooo...mekaseh..

yang len2 tuh, hamba stujulah dengan tuanku..tuanku memang btollah..hamba saspek kat tuanku..smpi hamba rasa nak buat filem, suro tuanku kritik..ke tuanku nak belakon sekali..siyes ni, bukan keperlian..

Anonymous said...

bukannya kita tak der industri filem, tapi kalau saudara lihat sendiri garis panduan LPF dan kementerian, amat menyedihkan tahap dibolehkan kreativiti sesuatu filem di malaysia ini.

banyak yang tak boleh dari boleh. sampai pengarah/penulis skrip kita tak boleh berkembang dengan baik.

salahkan jugak orang orang luar bandar yang kurang pendedahan dalam cerita cerita yang berbahasa antarabangsa (inggeris, jepun, tapi tak termasuk hindustan dan tamil). jadi bila seseorang pengarah malaysia mengambil pendekatan baru, Yasmin Ahmad umpamanya dengan filem Sepet, banyak orang melayu luar bandar tak dapat terima hakikat bahawa cerita itu benar benar boleh berlaku dan telah berlaku di sekeliling mereka.

bagi mereka, cerita cerita yang bagi kita revolutionary (seperti filem afdlin shauki, yasmin ahmad, etc kecuali yusuf haslam dan prof razak mohideen) tak logik bagi mereka.

kurangnya pendedahan terhadap bidang seni di peringkat sekolah boleh disimpulkan antara punca masalah ini makin menjadi jadi. tanya lah mana mana budak sekolah zaman sekarang, apakah yang mereka tahu pasal bidang seni, pantas mereka menjawab AF dan Mawi serta Saiful Apek.

jadi permasalahan ini sebenarnya berantai ke banyak segi. tak boleh disalahkan satu satu badan atau orang.

maaf merepek panjang, saya hanya pemerhati bebas industri hiburan malaysia yang kadang kadang berharap dapat mengubah keadaan.

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...