Wednesday, October 31, 2007

Maybank Rompak Bonus... Kata diaorg

Hari ini... dah kali, berpuluh kali NUBE buat piket kat bawah eskelator Menara Maybank nih. Tu tak dikira yg dibuat kat branch or cawangan lain.

Macam-macam stratergi dan teknik dia org buat. Ada wisel, gendang, kompang, airhorn, sepanduk, manilacard etc. "Maybank Rompak Bonus Pekerja". Kemudian terjerit-jerit lantang menunjukkan ketidakpuashatian.

Yg diluar, bila dikata kerja di HR Maybank, sure kena tiaw. So kalau staff HR di bank, kalau kita tahu org yg bertanya tadi kerja di banking line dan ahli Nube. Jawap saja... "Saya kerja jaga kandang kuda". Dari dimaki dikutuk baik turun pangkat. Kalau tak, memang kena pangkah!

Aku bukan ape...

Niat tu memang baik. Minta naik gaji utk kebaikkan semua. But setelah berhari2 aku lalui... Aku nak menyampah pulak.. Bising dan macam org takde otak terjerit2. Aku tak tahu le budaya mana dia org nak ikut. Bukan tak boleh berpiket, but kena la ikut cara cam org ada otak. Ni macam gangster bawak kayu hoki nak pukul pemain lawan.

Entahlah... Aku tak kisah. Lantak dia org. Aku bukan ahli Nube. And... kalau aku ahli pun, buat malu aku je nak jadi macam kera-kera terkinja-kinja kat bawah tuh... Ceh...


PS - Ada tu, macam org gile dah... Dialah pejuang no 1. Tapi masalahnya... Dier le pekerja yg gi minum smpi kol 9 lebih, kol 10 minum, kol 3 balik lunch, kol 4 turun lagi... Mcm ni nk mintak lebih??? Sebab tu aku tak kisah. Sebab aku pun bukan pekerja baik... hahahaha...

4 comments:

Anonymous said...

samalah aku... dah naik menyampah tgk diorang ni

Anonymous said...

aku tengok dorang da lame da.. before raya lagi de napak.. mse aku nak p tukar kad atm maybank... aku malu tengok.. cam jual ikan kat pasar..

cuba buat bijak sikit... aku satu aje.. bila bab2 bonus ni.. aku takde melenting.. kalo bagi aku amik.. kalo tak bagi.. aku wat tak tau. suma rezeki tuhan.. tak gitu..

Anonymous said...

ooo itu kah yg dimaksudkan dgn "maybank Rompak Bonus Pekerja"? Baru2 ni ada terjumpa kereta org ada sticker tu. -wyda

bZz said...

Tz - kamu dh ditambah
Wyda - yup... Nak diceritakan, sebenarnya bank lain pun sama. But katanya, maybank la paling degil. Tu yg dia org tgh pangkah mbb... Len kali abg soh dier org bawak bungapi, perarakkan kereta berhias pulak.

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...