Wednesday, October 03, 2007

How much is enough?


pics - Amazon



Aku fikir dalam-dalam
...dan juga kamu...

Are you a good ex or a good couple. Tak kisah la dh kawin ke, couple ke, kawan ke? Are you or aren't you? Ok, fikir dalam-dalam.... Tarik napas... kontrol penapasan... Tarik... hembus... fuhhh...

Ok... Kenapa aku tanya? Sebab aku selalu fikir. Am i? Tak kisah la yg dulu ke dulu-dulu ke, dulu-dulu-dulu ke?... Adakah ianya mencukupi... Kalau difikirkan secara malasnya... Memang tak cukup. Yelah, kita bandingkan ngan org lain yg 'nampak' sempurna, memang tak cukup.

Then aku fikir. Kalau aku jadi org lain yg dh kawin. Jadi laki jadi isteri. Cukup ke aku masak nasik, jaga anak utk jadi isteri yg baik? Cukup ke bagi nafkah, cakap i love you tiap hari utk jadi suami yg baik. Cukup ke?

So ape maksud definasi 'cukup' tadi? Ape pula definasi 'lebih dari cukup'? Kenapa kalau kita buat yg ini pada org ini ia tak cukup. Kenapa perkara yg sama bila pada si B ia lebih dari mencukupi? So pada mana kita nak letakkan senggat penilaian kita tadi?

Aku nilai balik. Dari yg lepas. Bullshit, damn... Aku ni memang buat org lain susah. But then, after a while. Selepas byk berfikir. Seburuk mana apa yg org lain katakan tentang diri aku atau apa yg aku lakukan. Kadang-kadang, penilaian mereka lebih bias pada apa yg mereka suka. Sedangkan sebenarnya apa yg aku berikan lebih baik dari apa yg mereka perolehi. Cuma mungkin, faktor tertentu yg nampak kita lebih teruk dari yg sepatutnya.

Kalau difikirkan. Seorang lelaki dipenjari 2 bulan sebab mencuri RM20 dari kereta dipandang hina oleh org ramai. Sedangkan org ramai terlepas pandang, betapa hinanya org berpangkat tinggi yg meminta rasuah atau memberi rasuah untuk mendapatkan apa yg bukan haknya.

Mungkin juga sebab perlakuan 'mencuri' tadi dah di cop lebih teruk dari rasuah. Maka, siapa yg mencuri walaupun Rm20 lebih teruk dari merasuah berpuluh ribu. Sedangkan kadang-kala kita terlepas pandang. Lelaki yg mencuri tadi kerana terpaksa utk membeli susu anaknya yg kelaparan sedangkan dia sudah 3 bulan tak bekerja. Sedangkan org yg menerima rasuah tadi pula, tujuannya menyalahi undang-undang untuk membeli kereta terbaru untuk isteri ke 2 nya.Adakah kita tidak perasan atau sememangnya kita ini bias?

Kadang-kadang aku tertanya. Adakah cukup aku layan org lain dengan baik tanpa kata-kata atau ucapan yg indah utk mereka. Sedangkan org lain... Wah, sungguh lunak bahasa hinggakan cair coklat putih di atas dada. Memang, aku dari dulu semacam itu. Aku tak suka dipuji, dan tak pula pandai memuji. Pada aku, kalau aku sesuai utk dipuji. Aku terima. But kalau aku rasa aku tak layak di puji. Org puji... Aku akan tolak. Sebab aku memang tak suka dipuji. Sebab aku takut, pujian tadi melupakan aku.

Mungkin, perkara yg sama aku lakukan pada org lain. Dari kata-kata memang susah nak di sampaikan. Tapi aku lebih suka dari cara yg lain. Aku mungkin tak kata, "Mak masak sedapn hari ini"... Sebab aku rasa aku ego utk cakap macam tadi. Tapi... Aku fikir, takkan mak aku tak faham. Kalau dah aku menambah nasi 3 kali, mestilah masakannya sedap. Tak sedap tak tambah. Then aku mungkin tak puji mak aku di depannya. Tapi aku akan cakap pada org lain. "Kalau mak aku tambah sambal belacan, sure lagi sedap gile". Apa maksudnya? Kalau ada sambal belacan, jadi sedap gile. Kalau tak tambah maknanya memang dah sedap la. Mak aku tak tahu, tapi aku beritahu pada org lain... Ohhh... yg jadi masalah, mak aku tak tahu... Begitu juga yg lepas-lepas. Mereka mahu tahu...

Jadi itu aku. My life is more than words. Words sometimes can make us fly above the sky. But maybe words that are not coming from a true feeling can make you stuck below the tree roots, one day. Always told myself. When you are good, you are good. No matter what they or she said. You are better than the other person. When they said good things about you. Say thank you, but don't stop to be a better man...


So cukupkah kita? Pernahkah kita terfikir apa yg kita berikan atau yg kita terima tadi mencukupi. Atau kita sebenarnya yg tidak pernah kenal erti puas dengan apa yg kita ada? Hinggakan apa yg di tangan terlepas dan apa yg dikejar keciciran. Adakah sememangnya CUKUP itu bermaksud ianya LEBIH DARI SEMPURNA?

...Our life will never be perfect... Unless you know where to put the boundaries between perfect and enough... ~ bZz



****huwarghhh... Siri taip-taip ngantuk... Nite.. Sok nak sahur.. zZzZzZzZz

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...