Monday, October 01, 2007

Happy... Time

Pernah one time. Aku mendengar cerita dari org lain. Yg mengatakan aweknya berkata, snooker itu sukan yg tak baik. Kirenya dah cam hampir2 haram la dari segi agama nih. Kononnya, siapa bermain snooker itu tak bagus tak layak dijadikan pakwe mahupun dijadikan menantu.

Ing n skillnya


Aku on d spot kata... What the ****? Yeah aku tahu, snooker kat Msia ni di tempatkan di tempat yg gelap. Dan dulu, kebanyakkan kedainya ada mesin kuda. Mesin judi. But, tak semua org yg main kuda itu main snooker. Dan tak semestinya org yg main snooker tu kena berjudi dulu baru ada kick!

Ing nak masukkan bola hijau...


Pada aku. Tak kira la kau main snooker ke, main bowling ke, main blackjack ke ape ke... Kalau dah niat kau tu memang nak buat jahat... Dan still buat jahat tetap jahat... Tapi kalau kau buat sesuatu yg org lain nampak jahat tapi kau takde sedikit pun nak niat jahat... Then kau tak jahat. Apa yg kau buat belum tentu menggambarkan apa sebenarnya yg berlaku. Cuma sesetengah org ni selalunya ter'halo' dan ter'bias' dengan apa yg mereka pernah dengar atau apa yg mereka selalu rasakan.

Masa kat aku dok kat Sabah. Aku tgk, pakcik2 bersongkok yg keluar dari masjid di Lahad Datu. Dengan songkoknya... Mereka terus ke kedai... Bukan snooker... Tapi kedai no ekor... Yupp... Siap borak2, bincang n beli apa yg mereka rasakan akan bertuah. Kot macam aku main snooker dengan jeans n tshirt tak pe la. Ini tidak, dh tua, berkopiah, ada masa berbaju melayu dan seluar slack. Rokok di tangan duduk di depan kedai no ekor. Sambil pegang tiket...

Tu sebabnya aku kata, yg nampak jahat belum tentu jahat. Yg nampak baik belum tentu baik. Kita kenal dan perhatikan dengan baik. Lelama kita akan tahu

Gangguan bunyi kamera membuatkan aku tak dpt masukkan bola merah itu!


Atok pernah tanya... "Kau malam2 pergi main snooker ape kau dapat pis? Kan tak bagus tu?". Aku dengan selamba... "Alah tok... DAri kita duduk terperuk kat rumah ni tak buat baik kita keluar. Lagipun kita main snooker. Bukan gi pergi hisap dadah ke pergi lumba motor ke... Org nak cakap ape pun pedulik ape kita. Kita tahu apa yg kita buat tu tak salah."... Atok senyap... Kengkadang jawapan aku tu keras bile jawab soalan macam ni dari atok, mak atau ayah. Tapi, kengkadang, jawapan yg tegas perlu bila soalan yg diajukan tadi boleh menjatuhkan kita. Lagipun kita tak buat masalah. Kan?

Ing - Kacang je nih...


"Man is not the sum of what he is, but the totality of what he might be." - Seseorang lelaki tak semestinya jahat dan buruk hati disebabkan apa yg dia lakukan tadi nampak keji. Mungkin apa yg dia lakukan tadi dapat mengelakkan dier lakukan perkara yg lebih teruk. Then jangan terukkan keadaannya...

That's why.. Kalau ada org yg baru keluar serenti atau penjara. Dan kita nampak mereka memang mahu berubah. Apa salahnya kita bantu dan percaya? Dengan kepercayaan kita tahu, insya-allah mereka akan terus berubah dan tidak balik ke tabiat asalnya.

Dah masuk merah. Kena masuk coklat lak...


Cuma kengkadang kita rasa terganggu. Bila kita lakukan apa yg kita suka dan minat dan apa yg kita minat tu tadi org lain tak minat. Maka kita akan rasa... kecik hati. Rasa kecewa sebab org tak trust apa yg kita buat. Dan it seem yg apa yg kita buat ni semuanya salah. Maka kita sisihkan diri sendiri dan letakkan diri kita di tempat yg rendah. Sedangkan sepatutnya, dengan kita buat apa yg kita suka tadi, kita akan mampu utk happykan diri kita di samping kita mampu utk membantu org lain diwaktu kita gembira tadi.

So pedulikan apa yg org lain kata kalau kita tahu yg diri kita tadi lakukan perkara yg betul. Snooker hanyalah satu perumpamaan dlm cerita ini. Kita nilailah pada diri kita sendiri. Kerana kita tahu yg mana baik utk diri sendiri.

Masukkkk....


Ok le... itu saja cerita bergambar dari aku... Sampai kita jumpe lagi... esok hari... Have a nice day... And take care!

Byebye




***Gegambar snooker ini di ambil pada sabtu lepas. Pukul 2.15 petang sewaktu menunggu kereta di repair dekat sejam. Makanya inilah gambar ini boleh diambil sebab kedai tu kosong n towkehnya tak ada. Kalau tak... mau kena sound nih... :p

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...