Friday, August 10, 2007

50 siri - Cakap rewang

Satu perkara yg orang kita tak berubah dari merdeka sampai sekarang...


Siapa tahu pasal kisah Dato Azhar Mansur? Kononnya dia dah keluar islam. Kononnya dia nampak lembaga tuhan lain dari agama lain. Kononnya dia melarikan diri? Dan kini byk lagi tuduhan lain. Tapi... Tak ada satu pun dari email, sms, surat layang dan lain lagi yg boleh bagi bukti yg konkrit selain dari cakap rewang!

Sama ada betul dia dah keluar dari islam ke tidak tu aku tak tahu. Dan aku tak berani nak kata dier ni dah keluar dari islam. And aku harap itu cuma tuduhan yg palsu.

Bukan itu yg aku nak cerita. Aku nak cerita pasal Cakap Rewang ni. Cerita tak baik pasal org, produk atau apa saja yg disebarkan melalui pelbagai cara. Yg jadi masalah ialah segala cakap-cakap tu sekadar cakap-cakap. Tanpa bukti, tanpa fakta atau sebagainya. Dan yg malangnya... Si bodoh dan si dungu apetah lagi yg si bengap pun menyebarkan berita yg sama pada org lain. Bayangkan, kalaulah tuduhan tadi adalah fitnah semata-mata... Betapa byknya pahala yg Dato Azhar dapat kalau dia bersabar dengan dugaan tadi? Dan betapa besarnya dosa org yg menyebarkannya?

Aku tak tahu apa motif sebenar dia org nih? Adakah org yg pertama membuat cerita ni dengki dengannya? Adakah sebab dia pun sama nak belayar tapi tak dapat sokongan maka ditimbulkan cerita tadi? Ahhh.. Sangat tolol...

Fikir baik sikit. Takkanlah sebab org tadi cuma lakukan kesilapan yg kecil sampai kita nak fitnah besar? Apatah lagi kalau org tadi langsung tak kenal akan kita? Kenapa kita nak tuduh dia kafir. Jgn kafirkan org. Susah jadinya nanti. Isu ni dah lama timbul. So tutup balik. Sama ada kita kafir atau tidak, biar Allah tentukan. Tak semestinya kita alim sekarang kita dijamin akan kekal jadi penganut yg baik. Kan?

Pernah dengar kisah zaman nabi-nabi? Cerita pasal seorang yg sgt alim. Diduga oleh tuhan. Disebabkan hanya meminum arak, dia jadi perogol, pembunuh dan akhir sebelum mati dia meminta pertolongan dari syaitan. Tu alim tuh... Pun mati jadi kafir. Apatah kita yg tak alim? So jgn kafirkan org... Takut nanti balik pada diri kita semula...

Sama juga cerita macam kisah santau di satu kawasan hebat di Perak. Kononnya sebelum merdeka kawasan tu bermaharajalela dengan pengamal santau. Saper tere dier ketawa kuat2... Bukan je sebelum merdeka, tapi tahun 90an pun masih ada. Yg disantau ntah saper-saper... Apa tujuannya nak mendengki org lain yg takde kena mengena dengan kehidupan harian kita?

Balik pada cete Cakap Rewang tadi. Kengkadang aku muskil. Apa masalah org sampai dia org nak fitnah org yg tak pernah buat salah kat dia org? Dan kenapa pula nak sebarkan berita yg buruk pasal org lain? Azhar ada ke buat kita tak makan nasi 3 hari? Tak kan? So biarlah dier tahu apa yg dier buat tu betul atau salah. Lebih baik kalau kita doakan dia sentiasa dalam keadaan beriman. Kan lagi baik? Even aku yg sakit dan terseksa pasal Jai pun aku tak pernah terfikir sekalipun nak kafirkan Jai ke. Nak sebarkan cerita Jai makan babi ke... Buat ape? Nak marah, marah la... But jgn smpi fitnah dengan cerita yg takde saksi takde bukti.

So... kalau kita dapat berita atau cakap rewang macam ni. Tak payah la sebarkan. Takde faedah pun menyebarkan keburukkan org lain.. Dia org tak pernah buat salah apa pun kat kita. So biarkan dia org yg pilih. Kalau kita rasa risau pasal dia org terkeluar dari Islam, doakan dia org kembali ke pangkal jalan. Tak kira la sama ada kita kenal atau tak... Katakan tak nak kat cete macam tu.

Bukan je pasal Dato Azhar. Tapi sama juga macam hal Colgate haram, Kopi ni ada sumber babi, roti tu haram, Org ni pelacur dan itu ini. Bahaya... Bukan je kita sebabkan org atau syarikat tu merana. Tapi org sekelilingnya pun turut sama merana. Macam mana kalau syarikat tadi bangkrap? Sapa nak bagi makan kat isteri Man Drebar? Macam mana kalau Man Drebar terdesak dan akhirnya merompak? Macam mana kalau isteri Man Drebar minta cerai sebab cerita kononnya dia ada awek lain? Camne? Padahal cete tu tak betul!

Org tak nampak semua ni. Yg penting... Kononnya sebarkan yg benar. Tapi tak pernah sendiri nak siasat sama ada yg disebarkan tadi benar atau tidak... So fikirkan... Apa yg akan terjadi pada diri kita kalau kita sendiri difitnah!


... Satu lagi... Aku cukup cukup cukup benci dan menyambah pasal surat berantai. Kononnya, kalau tak sebarkan nanti ditimpa bencana la ape lah itu lancau la. Memang betul tu pasal agama. But cara nak suruh org sampaikan tu sangat salah. Bodoh sapa yg buat surat tu. Bodoh gak saper yg edarkannya. Ingat... PENYAKIT, BENCANA, KERUGIAN DAN SEGALANYA DATANG DARI ALLAH... Hanya Allah saja yg tahu kenapa ditimpanya keadaan tadi pada diri kita. So... Bagi diri kita... Anggaplah itu dugaan untuk kebaikkan diri kita.

4 comments:

jetjetsemot said...

yeh..cakap-cakap rewang..sy: cakap-cakap rambang..sama ke?apa-apa pun, itu tak baik..dan berdoalah, agar kita sama-sama terpelihara drpd memiliki mulut dan hati yang jahat..aminn!

bzz said...

Elakkan dari memakan daging saudara sendiri... Ianya tak bess...

jetjetsemot said...

yeh..tp kadang2 terbuat jugak..ter ke..mmg buat?mmm..

bzz said...

Kalau memang dah confirm akan tercedera. Minimumkan kecederaan yg berlaku sebaik mungkin...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...