Zaman dulu, nasi dengan ikan kering pun dah ok. Zaman jepun, dapat ubi rebus pun dah sodap... Cukup susah... Bayangkan kalau anak merdeka yg mengada-ngada macam kita ni semua hidup masa zaman ditawan jepun. Boleh ke kita survive?
..............................
Tak ingat bila. Rasanya mlm tadi aku tgk berita or rancangan di TV9. Ada satu cerita ni. Ditunjukkan... Seorang perempuan yg ditinggalkan keluarganya. Org kampung tu ckp... Maknya dah tinggalkan dia dan pergi duduk dengan keluarganya di KL. So tinggal anaknya kat kampung. Mentang2lah anaknya ni agak kurang siuman. Walaupun kurang siuman... tetap jugaperempuan ni anak dia kan? Celaka punya mak macamnih...
Aku tgk... Rumahnya atapnya bocor. Lantainya berlubang. Dindingnya kopak2. Dah macam pondok tunggu durian. Rambut perempuan ni kusut masai. Pakai tak bertukar... Makanan, peralatan pun tak cukup. Harapkan bantuan kebajikan masyarakat RM80 sebulan dan bantuan org kampung. Jirannya kata... Kalau dah dia kelaparan... Apa saja dia makan. Walaupun rumput! Bayangkan, org dah jadi lembu! Aku rasa, org yg taknak bantu dier lagi lembu dan unta berbanding perempuan yg kurang siuman.
RM 80... bayangkan... apa yg kita dapat? Aku boleh abiskan RM50 sehari utk makan. Tapi dier RM80 utk belanja bulanan. Lebih kurang 2.60 sehari. Abis takkan makan je? Ingat org macam ni taknak beli lain? Kalau bukan utk dia, tapi utk org kampungnya tolong dia.
Sama juga cerita org miskin masa nak raya. Baju tak bertukar. Raya pun macam hari biasa. Berbuka nasi kosong. Anak2 kelaparan. Semualah tak betul... Tapi tak gak bantuan tiba. Jgn la salahkan dia org sebab anak ramai... Dah kita taknak bantu mereka. Dah mereka nak beli makanan pun susah. Kenapa nak fikir beli kondom yg mahal? Abis kalau kawin tak 'happy'... susahlah... Hah gelak.... Ni kisah betul...
Aku baca mastika bulan 8. Kisah pasal pusat zakat yg bengong.
Betul, pusat zakat kena siasat org yg minta bantuan. Sama jugak ngan jabatan kebajikan dan sebagainya. Sebabnya org ramai yg nak menipu. Kononnya tak berupaya lalu minta bantuan. So memende macam ni la perlukan siasatan. Ini bukan saja melambatkan proses malahan adakalanya, org yg bebetul perlukan bantuan tak dapat bantuan dengan segera...
Ok... Aku tak kisah la pasal siasatan. Kalau ianya adil. ok la kan? But... Yg bangang lagi bedul jabatan dan pusat macam ni.... Dia org gunakan duit bantuan tu utk memende yg pelik2....Yg membazir... Yg sepatutnya memende macam ni dah boleh bagi bantuan yg lebih baik pada org yg memerlukannya tu...
Contoh kebengongngan dia org ni...
Nak bagi sumbangan utk anak yatim, sumbangan pelajaran, bantuan itu ini begitu begini... Nak buat grand-grand. Kepala hotak dia org! Akal takde ke? Ada kisah dalam mastika nih. Puzat zakat buat event kat PWTC utk bagi bantuan yg nilainya cuma 1000++ utk seorang. Gile ke ape? Sewa PWTC, makan tu dah berapa ribu abis? Nak grand... Nak bagi hadiah kat VIP... Kalau event tu abis 30ribu? Dah berapa org yg boleh kita bantu. Dah berapa puluh peratus dari jumlah bantuan?
Yg aku marah... Dia org ni kononnya alim dan membantu. Tapi aku fikir kengkadang dia org letak otak kat lutut. Tak bagus utk org alim letak kepala otak kat lutut. Org-org yg patut dapat bantuan ni makin terbiar. Tak dapat yg sepatutnya. Tapi org yg jaga kebajikan tu gak la yg seronok. Makin gembira. Seronok buat event kat tempat yg menarik, seronok makan bess free... Jumpa tan sri sana sini. Dapat gelaran bagus2. Tapi... Yg habis... Duit zakat, duit derma dan duit kerajaan... Tu la... tak pelik ke... Tiap tahun zakat meningkat... Tapi... yg tak terbela pun semakin meningkat...
Gunalah otak... Tak payah nak buat majlis grand2 nih. Tak payah nak buat hias pusat zakat tu nampak macam klcc. Tak payah nak panggil VIP then bagi gift mahal2. Yg penting... Yg patut dapat bantuan dapat bantuan. Tu yg utama.... Mereka org susah... So bantulah... Kan yg susah ramai org islam org melayu... So tolonglah...
Sok... kalau dah semua org islam org melayu terbela... dan masih lagi byk bantuan dan zakat yg diterima... Sukati koranglah nak buat KLCC2 pun buatlah... Nak hias, nak decorate, nak celebrate, nak itu ini... Sukatilah... Tapi... kena ingat.. Duit zakat tu hak org lain.
Dan kita... org biasa ni... Kalau ada org susah... kita patut bantu... bantulah. Kalau kita yakin dia memang benar2 perlukan bantuan. Apa salahnya kita bantu? Bukan kita perlu belikan rumah. Even 10ringgit pun sgt bermakna bagi dia org. Right? Duit kita boleh cari... Tapi ucapan terima kasih dengan penuh kesyukuran dari org lain pada diri kita... Kita boleh dapat free ke??? DAri kita belanja kawan kita yg tak pernah nak ucap terima kasih tuh... baik kita bantu dia org... Kan???
... Org kurang bernasib baik macam ni... Lebih baik kita berikan joran. So dia org boleh tangkap ikan setiap hari utk makanan dia org. Kalau kita berikan ikan, hanya hari itu saja mereka boleh makan. Right? Maksud aku... berikan la ilmu, kerja, kemahiran etc...
0 comments:
Post a Comment