Tuesday, July 10, 2007

Bila dah sayang - Part 5

Bila dah sayang - Part 5 - Sayang vs sayang

***Arinih aku gile skek... So entry ni panjang dan merepek2... Tq

"....Sbb bila dyg frust dulu bzz slalu bg nasihat. Dyg happy pas2..."

Sms dari seorang kawan yg jauh. Rasa ... gak la bile ada org cakap camtuh. Actually kawan ni nak perkenalkan kawan dier kat aku. Dok Swak jugak kot. But asalnya orang kelantan. Baru frust... So member ni nak mintak aku tolong happykan member dier...


Bukan tu yg aku fikir...

Aku fikir... Selama ni... berapa ramai aaa...? Meh kire balik... 1,2,3,4,5,6,7,8.... Fuiiiyooo... gay gak aku nih... Hahahaha... (bukan x aaa)... Yup... lebih kurang tu le yg aku rasa aku dah bagi 'pertolongan' aku. Sama ada direct atau tak direct. Sama ada bermaksud atau tak bermaksud. Sejak dari lepas sekolah sampai le lepas aku minum teh o petang semalam.

'Kalau kita sayang orang lain. Buatlah mereka gembira. Walaupun ada masanya kegembiraan mereka itu bukan sebahagian daripada kegembiraan kita'. Lebih kurang macam tu le quote mat saleh yg aku ingat. Nak carik balik malas. So aku main ingat je...

Yup... bile ingat kat dia org balik. Ada yg sedih, terharu dan sebagainya. Ada yg aku nasihat dia org, buat dia org gelak, tolong, buat dia org happy, belanja, belikan, ... And tak kurang gak yg nasihat pakwe dia org. Iskk la... But... Itu le diri aku... Nak buat camne... Even smpi skang ni, aku rasa kalau ada kawan aku yg aku rasa dia org down... Aku akan cuba naikkan semangat dia org. But tak semua la yg aku gunakan cara yg sama. Ada masa aku guna low note, ada masa guna high note. But kalau asik guna low note pun tak jalan... high note sekali sekala apa salahnya...

Kata kawan aku yg lain... ada masanya 'Aku cuba sedaya upaya utk jadi yg terbaik utk semua org.' Ya aku tahu. Sebaik mana pun aku cuba, aku takkan mampu utk happykan semua org. Kita perlu tahu, utk happykan org lain ada masanya layanan kita pada orang lain akan pasti berkurangan... Itu realiti. Org bisnis kata... utk dptkan sesuatu, kita perlu ada kos lepas... (bukan kos melepas!)

Bukanlah aku kata aku nak jadi hero. Nak semuanya perfect. Aku pun manusia. Aku cuba mana yg aku termampu. Sama ada aku berjaya atau tak. Aku cuba. Perjalanan hidup kita yg menentukan kemana destinasi penghujung hidup kita. Well... Aku pilih utk tentukan sendiri perjalanan hidup aku. Dan salah satu jalan aku adalah untuk membesarkan jalan orang lain. So aku cuba utk buat org lain happy... Aku harap org lain boleh hormat apa yg aku pilih... Lagipun, tak ada salahnya pilihan aku kan?

Aku kata kat member aku ni... Aku akan cuba utk buat kawan dier happy. Untuk sekali ni la. Bukan sebab nak tekel ke ape. Sbb aku rasa aku patut buat. Utk buat org lain happy. At least utk beri pendapat aku. Beri nasihat aku. Macam mana aku buat kat kawan aku ni, macam tu aku boleh nasihat kat member dier. Aku tak kisah kalau aku tak pernah dengar pun nama Ani tu... kita rasa nak tolong orang, buat je lah... Kenapa nak perlu risau. Tak kurang pun zat besi budak tuh...

Maybe sejak dulu lagi. Aku dah tanamkan dalam diri aku. Org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa. Kalau kita tolong org hari ini, maybe one day org akan tolong kita balik. Bukanlah aku kata, wajib one day nanti si Ani ni akan tolong aku balik. Tak... Maybe, one day akan ada org tolong bini aku ke, anak aku ke cucu aku ke...

Aku bukan buat utk diri aku. But utk org lain. Aku nasihat org. Org rasa seronok, rasa gembira n rasa makin tabah atas apa yg aku katakan. Maybe one day dia org akan buat pada org lain. Dan kitaran ini akan berterusan. Tak salah kalau aku kata, one day keturunan kita akan merasa apa yg kita buat sekarang. Kalau kita tak tanam anak pokok durian sekarang, belum tentu cucu kita akan merasanya pada masa akan datang, kan?


Panjang? Blum abis...

"Awak tak menyesal ke kalau org yg awak suka tadi jumpe orang lain. Sebab awak dah cakap kat dia yg awak nak tengok dia happy walaupun orang itu bukan awak?"

"Tak"


Aku tak menyesal. Sbb kalau aku menyesal. Aku takut nanti perasaan tu akan jadi benci, geram, marah atau sebagainya yg tak baik. Lagipun kalau dia untuk aku, walaubagaimana ceritapun sekarang ni dia akan tetap datang balik. Itu tuhan punya kuasa la kan. Kita ni hanya pelakon. Skrip dan watak tu tuhan dah tentukan. (Bak kata abg kat opis aku... "kau jgn risau... kalau kau treat perempuan baik... Dia akan tetap terima kau walaupun kau ni sape pun.")

Alhamdulillah, setakat ni... Aku berjaya untuk tak jadi musuh 'kengkawan' aku yg lepas. Walaupun ada yg aku marah2 dan geram. Lepas tu aku still treat dia org baik. Maybe tak sebaik org lain, but at least, aku tak berdendam. Tapi aku tak kata la aku tak marah kat org lain kan... Aku ckp kat dia org je... Sipolan sipolan kubur sebelah aku kecualikan...

'Lebih baik kita menangis kerana hilang seseorang demi kebaikkan mereka berbanding kita menangis kerana kita cuba untuk membenci mereka'. Betul?

Aku tak minta apa pun pada dia org. Sama ada skandal, kawan, ex or sesiapa saja. Aku nak tgk dia org happy. Lagipun, aku tak rasa aku ni secubit pun ada nilai yg baik. Tapi, kalau kita rasa kita ni tak baik, tanamkan rasa tadi. Sama gak kalau kita rasa kita ni tak hensem tak cantik... Jgn la buat muka toye... Gi la solek, berdandan, berkemas... Lelama kita akan tetap cantik... Mungkin tak cantik pada semua org, tapi akan tetap cantik juga pada seseorang...

Maybe, dalam bebanyak kawan aku. Kawan aku sorang ni yg still nak contact aku. Walaupun dier dah kawin. Still dier ingat apa yg aku buat. And... "Ckp ngan bapak bzz nak dtg. Dia sibuk tanya bila..." Still familynya ingat apa yg aku buat utk dia org... Org yg mengingat macam ni... Treat dia org baik... (macam aku tak la kan...)

Kalaulah setiap manusia ni mempunyai kelebihan untuk menghargai setiap apa yang orang lakukan. Walaupun ianya hanya nasihat. Mesti dunia ni aman...


Kita rasa kita ni tak bertuah?
Ada sebabnya. There's a reason kenapa kita dijadikan dan dicoba sebegini. Kita susah, kita sedih, kita marah atau sebagainya. Mungkin apa yg kita hadapi tu adalah sebahagian dari kebahagiaan kita akan rasa pada masa akan datang. So jgn fikir yg negatif... Selagi kita berfikiran negatif, takkan ada akan kebaikan yg akan kita perolehi kalau kita dilanda masalah.

Sekurang-kurangnya... Kita masih beruntung, kerana kita masih dilahirkan... Untuk merasa hidup di bumi tuhan... Bersyukurlah kerana dalam kekurangan kita, kita masih lagi dikurniakan akal untuk berfikir bahawa setiap yg berlaku itu ada sebabnya.

Mungkin suatu masa nanti, tuhan akan kembalikan kita ke lorong yg kita sepatutnya perolehi. Sementara itu, tetapkan dalam hati kita. Apa yg berlaku terhadap kita selama ini... Bukanlah semata-mata keburukkan bagi diri kita. Tapi, dugaan agar kita dapat terus hidup dalam situasi yang lebih mencabar....


Sekian saja pemikiran rawak aku arini... Kalau dah sayang... Kadangkala kita akan pastikan org yang kita sayang itu lebih sempurna dari kita. Itulah bakal perngorbanan seorang ayah dan ibu... Korang la tuh....

Oh ya... Selamat Hari Lahir ke 54... ke pada ayah aku.... Ajis bin Ahmad...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...