Ya ya ya... It's VERY true!!!
Aku cepat marah... (in certain cases la). Tak sabar... But bukan semua. Mana yg aku dah set dlm kepala otak aku yg aku bersabar. Org buat la macam mana. Tetap muka toye je... Kengkadang, bukan menyirap lagi dah bile tgk org buat apa yg aku tak suke. Tapi dah tahap sirap bandung pun ada!
Apa yg aku nak cerita ni dah pernah aku cerita dulu. But aku nak cerita lagi. Dengan cara lain, kot? Mengenai Aries, kot?
ENTRY INI PENUH DENGAN XXX. SO BEWARE...
Ceritanya bermula petang semalam.
Dengan mendrive kereta baru (ala-ala baru...). Yg boleh berdesup 200kmj dengan selamba toyenya. So aku pun bertolak dari Senawang ke KLIA. So budjet, 30 minit sampai la kot? Since GTi (Go to Indonesia!) bukan iswara, so dengan yakinlah yg aku boleh sampai tepat pada waktunya (Demi waktu). Chewah. Lagipun dah test dah... 160 selamba je dier pegi. Tak gegar, tak senget... Confirm la 30 min dah sampai... Hahaha.. Macam la kete lain takleh sampai seawal tu.
Sekali aku kuar tol senawang... Hampeh... Jem... Aku pun lupe yg semalam hari ahad. Org balik dari kg. Hermm jem... Ok... Takpe... Ada radio, bukak. Dam dum dam dum.. Bergegar kete. Kuarlah My Chemical Romance, Simple Plan, Rock kapak, Peterpan, XPDC... dan Siti Nurhaliza... Layan 'Biarlah rahsia'...
Cam biasa... Aku ikut lane tepi. Slow. Jem... Skali tgk... Ni bukan jem biasa ni. Luar biasa. Lepas tol seremban still jem. Arghh mana eksiden ni? Takkan jauh lagi kot? Aku pun nak terkucil ni.
So aku gerak... Tapi yg buat aku marah. Cam biasa...
Ialah perangai org yg drive kat emergency lane. MACAM HARAM. Celaka... Buat muka toyer yg fikir emergency lane tu bapak dier punya. At least kali ni takde saper yg terima hadiah jari tengah aku la. Dan aku tak cuba utk menghalang kete lain dari lalu. Selalunya aku buat. Maybe sbb takut kete ni tercalar kot? Kot ST aku, memang aku buat... Pedulik ape aku. Perangai pentingkan diri sendiri. Di lawan perangai macam aku yg anti org macam ni. Bagus la tuh... Aku tak kire... Paklah lalu kat emergency dengan muka seposen dier tu pun aku fak kan jugak paklah tu... Ouhh dier memang macam tu... Pentingkan diri dan keluarga.
Then tengah lelalu tu. Tetiba...
Nenonenoneno... Ambulance lalu. Tapi tak boleh buat ape... Sebab kereta yg lalu emergency lane tu pun dah byk. Slow la ambulan tu... kene follow tu satu. Yg kibut dan ada sikit otak tu baru terkibut nak bagi ambulan jalan... Yg mana kepala batu. Nak kene horn baru nak blah... Dah tu... ada hati nak masuk lane aku. Memang aku tak kasik la... pedulik ape aku...
Patutnya ambulance boleh gerak 100kmj kat emergency lane. Jadi 20kmj je. Then tak lama. 2 kereta polis. 2 peronda plus... Semua slow... Ni le sebabnya bile org yg tak tahu apa maknanya Emergency Lane tu pentingkan diri sendiri. Ada otak. Letak kat lutut... Ada kepala... letak DEKAT telur...
Aku tgk ambulance. Terfikir... Kesian kan org yg eksiden tu. Ambulance lambat. Kot boleh hidup...Dah mati kot? Org lain CPR tak tahu. Comolot tahu lah... Tgk kat negara maju. Yg otaknya pun maju. Tanya org yg duduk sana. EL semua clear... Ramai yg eksiden dpt diselamatkan... Ni nama je negara kelas pertama. Otak kelas ke 4...
Lepas nampak Ambulan... Berbakul org yg drive kat Emergency Lane (EL) tu kene maki aku. Aku dah ckp dah dulu. Aku tak suke... Gile babi macam mana laju aku bawak pun. EL bukan tempat aku. Takkan sekali aku guna.
Aku tak kire. Kalau aku marah. Time nampak ambulan tu. Bukan stakat cina, melayu, pakcik, bebudak, mat rempit pun kena maki. Even... kawan aku or family aku pun kena kutuk kalau lalu emergency lane... Nak lalu gak... pergi jauh-jauh dari aku dulu before masuk EL... Kalau tak... terima kasih kerana memberi peluang kepada aku utk angkat jari tengah ku utk mu...
Kalau nak di ikutkan apa yg aku fikirkan semalam pasal EL ni. Mau dah 3 helai A3 abis nak taip. Tu pun double sided, full page ngan Arial font 12.
Dari maki, kutuk, nasihat, kesan dsb.
Perangai... Attitude... semua sama. Org tua muda. Org macam ni blame org macam aku yg bawak kereta laju ni menyusahkan org lain. BUT THINK ABOUT THESE... Siapa yg lebih celaka?
- Org bawak laju... ada tak halang ambulan macam masa jem semalam? Bagi laluan maybe la kalau hari tak jem...
- Org bawak laju, tak menyebabkan kematian, kesusahan org yg sedang tunggu ambulan or polis tu disebabkan jem dan perlahankan ambulan. Kalau bawak laju dan eksiden dan mati. Dier je yg mati... tak kaco org lain pun... Yg bodoh sangat nak tgk dier mati apsal? Kan dah jem... Jalan la terus...
- Ada makcik, pakcik tua bongkok2, awek lesen P, ahso jual sayur dan lori bawak babi ada bawak kenderaan macam pelesit? Tak kan? Ada pun tak ramai. Tapi rerata semalam tu... Dari kecik sampai tua. Sampai yg dah nak mati pun tak sedar dier dah menyusahkan org.
- Kerajaan/PLUS or highway lain... Buat la 16 ratus lane pun. Kalau dah perangainya sama. Pentingkan diri sendiri... Still EL tu tetap penuh kalau dah semua perangainya camtu. Lane lain pun turut jem la...
- Org yg bawak laju akan highbeam org yg slow di depan. Line clear... Pecut... But org yg mencilok kat EL. Akan sebabkan lane no 1 slow dan berhenti sebab dier nak masuk lane 1. Then sebab nak elak, org lane no 1 akan masuk lane no 2. Dan seterusnya... Last2... semua lane jadi slow... Nak tgk ambulan slow? Tgk kat highway...
- Org bawa laju. Ada halang motor yg lalu kat EL tak? Tapi, bile ada kete kat EL. Motor nak gerak pun susah. Even, ada mamat yg naik motor yg kibut semacam bile ada mangkuk yg nak masuk EL tak tengok kiri dulu. Aku pernah tgk macam mana ada motor sondol belakang kereta yg nak masuk EL... Dia ingat memotong ikut kiri ni sama macam memotong ikut kanan. Hah, kena maki ngan mamat tadi..
- Tu ada lagi tu. Takkan aku nak list semua...
Sambung cerita... Aku teruskan perjalanan aku. Dekat 45 minit utk perjalanan jem dekat 20 km yg tu... So sampai di tempat kejadian...
Sebenarnya... Penyebab jem tadi... ialah ada kereta terbabas. Dah masuk dalam kebun pun kete tadi. Cari durian agaknya. Kereta nya dah takde... Tinggal makcik ngan anaknya je kat tepi jalan. Ambulan, polis n Plus... parking kat EL..
So... macam aku kata.
Perangai kita yg sebenarnya buat yg jem tu bertambah jem.. Sebab... Bile nampak eksiden. Kete, lori dan semua yg dari tadinya nak cepat lalu EL, nak masuk lane lain especially lane paling kiri... Takleh lalu EL, nanti kena saman pulak. Tahu takut...
Then... Additional info... ni satu lagi mangkuk... Dah tahu eksiden. Jalan la terus. Yg sibuk2 nak tengok2 tu buat ape? Ape dapat? Kalau la ada eksiden. Kita trus jalan la. Takde nak menyibuk hal org lain. Terjenguk2... Jem tu takde la teruk mana. Bukan ada apa pun. Kete pun takde kat tepi jalan. Takde darah. Takde kepala putus tergoleh tengah jalan. Takde babi berkeliaran di highway. So... Watpe nak slow? Jalan terus... Dah ada org tolong... Nk tgk no pun ketenya dah takde... (Bermain no ekor itu haram... jadi takyah tgk no plat kete eksiden...
Org Malaysia. Sungguh perihatin... Jadi...
Org patut diselamatkan, diselamatkan cepat. Tapi... Jadi lambat. Tak sedo diri. Tak belajo kat sekolah... Emergency Lane tak tahu ape kemendenya tu. Suruh ambik balik je lesen L tu. Org yg pentingkan diri sendiri camnih... Ermmm... Sendri fikir ape aku nak cakap.
Ok le... aku tahu... aku bawak macam pelesit.... Tapi tak selalu... Sungguhpun laju, aku tak kacau ambulance, polis semua. Aku tak sebabkan org yg dah eksiden tu lambat dapat pertolongan. Kalau aku lambat sebab jem tadi... Tu salah aku. Kenapa nak tunggu last minute? Kenapa tak dengar radio jalan mana jem? Kenapa tak lalu jalan biasa?
So aku janji kat sini...
Selagi takde sedara mara aku mati. Selagi takde kecemasan yg betul cemas... Bini aku tak terberanak tepi jalan... Jem macam mana pun... aku takkan sentuh Emergency Lane!
Bagitahu kawan2. Betapa pentingnya EL tu pada org yg bebetul memerlukan. Korang tak tahu... Kalau korang yg slalu guna EL ni, MAYBE one day korang sebenarnya yg amat memerlukan EL tu clear. Yelah, manalah tahu one day... yg terbaring, nazak, menunggu Ambulan yg jem di Emergency Lane kita kan? Nak salahkan siapa? Diri kita... Sebab kita tak berpesan2... So mari kita pesan2 kat org lain. Jangan guna EL. sebelum kita memerlukan. Or... sebelum kena maki org yg macam aku.
So... GUNAKAN EMERGENCY LANE HANYA BILA KITA BETUL-BETUL MEMERLUKANNYA...
ps - Aku tak kasik adik aku guna EL masa jem. Tapi, masa atok aku meninggal awal tahun ni. Aku ckp... guna jelah. Nak buat macam mana. Itu pun... bukan masa jem... Dah mangkuk2 bawak 100kmj kat lane kanan...
2 comments:
Dua perkara kenapa jammed kat M'sia tak boleh diterima dek akal,
1. Jammed sebab kereta, motor & lori tiba2 perlahan nak tgk apa jadik. Walaupun dah ramai yg berhenti. Kadang tu dah nampak ada ambulan & polis.
2. Jammed sebab mengelakkan kereta, motor & lori yang sibuk nak berhenti tgk apa jadik. Walaupun dah ramai yg berhenti. Kadang tu kereta, motor & lori dari seberang jalan pun sibuk nak berhenti jugak.
Masa kau eksiden... Ramai tak agaknya yg beli no kete kau?
Hehehe... berapa no kete kau? Takyah aku berenti tepi jalan...
**Judi itu haram...
Post a Comment