Tuesday, July 18, 2006

Speedy Gonzales, macam SETAN!

Seperti hidup kita. Bila kita memandu, lihatlah apa yang ada diluar penglihatan kita. ~ bZz

Setakat bawak 140kmj tu dah cakap bahaya? Wakakakaka.... Kene gelak aku la... Tak bahaya pun. Tu laju saja la. Tak bahaya. Nak tahu bebetul bahaya bagi orang lain. Bawa 140 kmj, kemudian cucuh kereta depan dalam jarak 1 meter. Bagi highbeam. Taknak bagi laluan, zup terus kekiri. Mara kedepan. Potong terus depan kereta tadi. Laju lagi. Cucuh bontot kereta lain pulak. Slow. Tukar gear 4, zup... Lane 3 ke lane 1, masuk lane 2, masuk balik lane 1, masuk lane 3... Semuanya pertukaran lane dalam kelajuan 110-140kmj, dalam tempoh masa 30 saat. Tak bahaya ke? So sekarang dengarkan apa yg SETAN macam aku ni nak katakan pasal cara pemandu di Msia... Aku pun ada perasaan jugak...

Semua orang yg pernah naik kereta dengan aku tahu macam mana aku drive. Most of them kata, aku bawak kereta macam SETAN! Tak kira la sesiapa pun. Dari family aku, office mate, kengkawan, skandalism dan ramai lagi. Macam pelisit. Macam lipas kudung. Macam Speedy Gonzalez... Trademark aku bila memandu...

Tak kira, kereta lama atau kereta buruk. Tak kira van atau lori syarikat org lain. Lori syarikat mak aku yg guna gear kat tangan pun aku sebat 100kmj. Apetah lagi kereta. 100kmj adalah tahap perlahan di highway. 120-130kmj adalah tahap standard di highway. 140kmj kira laju. Kalau dah janji nak sampai 25minit lagi. Maka 150kmj pasti dlm tangan!

Mungkin kelajuan tak menjadi masalah bagi orang lain yang naik kereta yang aku pandu. Tapi yang menjadi masalah bagi mereka. Aku bawa macam SETAN! Takut... Rilex bZz member kata. But aku tetap aku la kan. Ada kisah yg menarik pasal pandu laju ni. Officemate aku. Pergi ke Bangi dengan aku. Balik dengan org lain. Alasan, nak balik cepat. Ehh... Aku le paling cepat. Adik aku pula suruh Acik duduk di depan. Dah sampai ke rumah. Dia kata kat Acik, "Tu pasal aku tanak duduk depan.". Aku juga antara pemandu yg bagi highbeam kat kereta forensik polis di highway pantai timur. Masa hujan. Aku pernah buat rekod dari Ampang ke MMU Cyber dlm tempoh tak sampai 30 minit. Ikut jalan Puchong. Pukul 730pm dari Ampang - pukul 8 sampai MMU. Aku juga pernah try dari simpang KLCC ke Taman Kosas dlm masa 2minit 20 saat. Timing baekk... Pukul 1.30 pagi. What else? Ada lagi...

Aku tahu aku bawak macam SETAN. orang lain takut. BUT DO YOU KNOW yg aku ada style aku bawa kereta sendiri. Macam kat apa yg aku kata kat atas tadi. Aku selalu melihat apa yg orang lain lihat. Look beyond what you eyes can see. Walaupun aku tak praktik 100% masa aku drive, but most of the time bila aku jadi SETAN, aku apply cara ni. That's why aku berani bawa laju. Bila aku tak yakin, sama ada pada cuaca, kenderaan, kesihatan, emosi. Aku akan bawa lebih perlahan. Tak percaya? Bagi aku kereta yg ada bunyik macam tong drum kene pecah. Aku akan bawa bawah 80kmj!

Look beyond... Orang selalu tengok kereta di depan. Tapi aku selalunya cuba untuk tengok kereta yg lebih di depan. Sebab tu kalau follow bus atau lori aku lebih perlahan dari orang lain. Jangan tengok bontok kereta orang. Kita cuma dapat tengok no plat dengan brek orang tu saja. Cuba tengok cermin kereta org depan. Mungkin kita nampak lampu break kereta yang lebih depan. Jangan ikut kereta on the straight line. Kekanan sedikit. So kita boleh nampak 3-4 kereta yang di depan. Perhatikan, siapa yang bawa kereta di depan kita. Kalau perempuan, nyonya tua, orang tua or org yg kita tak yakin, jangan ikut rapat. Mereka lebih suka JERIT break ke 4, dari tekan break berbanding break yang betul. Perhatikan lane 1-2-3. Ok atau tidak. Pergi ke lane lain kalau menginzinkan. Perhatikan 50 meter di depan. Agak, dan tengok apa yang kereta jauh di depan tu akan buat. Kot dari 50-100 mtr tu kita nampak kereta tu terkedek-kedek, kejap kekiri, kejap kekanan. So berhati-hati. Tengok di mana motor. Motor ni kadang-kadang ikut sukahati je. Tengok dimana lori. Lori besar, jadi kereta yg biasanya potong lori akan makan kekanan lebih sedikit. So ruang utk kita lalu fast lane semakin kecil. Tengok dimana bus, sebabnya bus ni kekadang kurang ajar. Dah tahu ada kereta lagi laju dari bus, dia akan tetap potong bus lain.

So perhatikan betul-betul pemandunya, lampu breaknya, bus, motor, lori dan lain-lain. Berhati-hati jugak dengan BLINDSPOT dekat side mirror kita. Side mirror tak nampak. So pandang bebetul, mungkin ada kereta sebelah kita. Perhatikan juga cuaca. Hujan, jangan laju. Angin kuat jangan laju. Kadang-kadang, angin lintang boleh buat kereta luar kawalan. Walaupun bawa 100kmj! Ada masa, jaga bebaik kalau kita potong lori besar atau bus yang laju. Angin dia pun bahaya jugak. Lane kiri sekali selalunya agak teruk kualitinya. Lane kanan sekali, kalau hujan, air lebih banyak. Jangan terlalu dekat dengan rumput. Air mungkin bertakung. So ikut lane tengah. Speed trap selalunya target sesiapa yang memandu di fast lane. Opss lupa. Make sure, kita betul-betul pasti yg kita kenal keadaan jalan tu sebelum bawak laju. Jalan yang aku tak pasti, jarang aku bawa lebih dari 120kmj. Sbb tak tahu di mana ada corner, ada lekuk, ada banyak bus, ada banyak lori, banyak speedtrap dan keadaan lain. Lain jalan, lain ceritanya. Kot dah faham isi hati jalan tu, boleh le jadi seSETAN aku.

Banyak lagi yang aku lakukan. Look beyond what people beside me can see. OH LUPA... TIPS KAT ATAS NI UTK DI HIGHWAY SAJA. Buat di jalan biasa... INSYA-ALLAH... PANJANG LA UMUR ANDA KAT KUBUR.

Aku kat jalan biasa masih ikut undang-undang. Jawang laju kecuali aku kenal jalan tu. Tapi... SeSETAN aku... masih ada perkara yang aku rasa aku lebih baik berbanding orang lain. Sebabnya, dengan aku bawak bahaya ni. Aku membahayakan diri aku dan penumpang aku. Tapi aku tak kacau orang lain. Jadi ni list apa yg aku tak suka... Dan aku rasa ramai pemandu patut ubah cara mereka. Sebab kesalahan ni rasanya. Jangan kata pemandu sesetan aku saja yang buat. Tapi makcik kantin pun selalu buat. Jangan buat sebab ianya tak baik untuk semua orang. Tak ADIL untuk pengguna lain. Dan menyusahkan semua orang. Just my 2cent.

1... AKU BENCI MEREKA YG PARKING MACAM HARAM
Parking sampai 2 tempat kereta. Parking bontot kereta terjulur keluar. Parking tepi jalan sampaikan jalan jem dan orang susah nak keluar masuk, orang nak berjalan kaki susah. Atau ape saja kesalahan menghalang lalu lintas yang menyusahkan orang lain. Contoh tempat, belakang Sg Wang Plaza menuju ke Lowyat. Org atau kereta macam ni patut di maki saja.
Di horn. Di fuckkan... Ludah je kereta macam ni. Pentingkan diri sendiri. Hanya kerana alasan, "Saya susah la nak cari parking". Susah atau bodoh? Biar aku parking 1 km jauhnya dari aku parking macam ni!

2... AKU BENCI MEREKA YG LALU EMERGENCY LANE. SANGAT BENCI!
Dah namanya emergency lane. Biarkan la sesiapa yg emergency lalu situ. Tak kira la ape alasan pun, jangan lalu. Jem cam haram sekali pun. Biarkan orang yg lebih perlu gunakan lane tu. kalau dah EL jadi JEM LANE, buat ape? Orang lain pun lambat jugak. Kenapa boleh saja nak lalu lane biasa? Then, time management. Tahu jem, jangan lalu masa jem. Balik awal pagi lepas subuh. Mungkin amek cuti lebih sehari. Alasan nak cepat tu TAK LOGIK! Dan sebab orang ni jugak la pada aku kebanyakkan org yg tak bersalah ikut jalan biasa ni makin jem. Tak percaya? Mereka nak laju. SAmpai di depan ada kereta rosak. Nak himpit ke lane kiri. Yang lane kiri nak ke lane tengah. Yg lane tengah nak ke kanan. Sebabnya? Si mangkuk nak masuk. Lepas tu dia laju balik. Adil ke? ok la. Mungkin tak logik. Bayangkan satu saja... Kalau dah emergency lane jem. Tetiba saudara kita eksiden di depan. Atau mungkin bini dalam kereta nak beranak. Kita nak pergi mana lagi? Berlari? Nak mendokong bini kita? Kalau semua org ikut jalan yang betul kan, bini kita beranak kat spital? Saudara kita pun selamat jugak. Logik cakap aku? Sbb tu aku takkan bagi org lalu EL. Aku selalu halang org nak lalu EL. Dan pernah FUCKKAN india tua yg nak marah2 aku sbb aku tak bagi dier lalu EL. What the fuck?

3... AKU BENCI ORG YG BAWA 80kmj KAT LANE LAJU.
Bodoh... Lane laju, utk orang laju. Nak slow, ikut kiri. Jangan hanya sbb kereta cantik berkilat. Or sbb kereta no plat warna merah (kedutaan), maka kita boleh bawa perlahan di lane kanan. Tak paham? Ikut kiri jika tidak memotong? Boleh buat org marah... Ada otak, guna... Tak susah nak paham ayat tadi. Lagipun, bahaya kalau bawa slow di lane kanan... Tak percaya? Cuba la...

Aku harap, org lain paham. Tak semua org yang pandu laju tu SETAN. Mereka bawa laju. Tapi pernahkan mereka cuba halang ambulan nak jemput pesakit? Pernahkah dia kacau org nak terberanak dalam kereta? Pernahkan dia sebabkan jem? Pernahkan dia sebabkan org tak boleh berjalan di tepi jalan? Pernahkah mereka sebabkan kereta dan bus yg sedang laju pada kelajuan yg dibenarkan terpaksa buat emergency break atau meluru ke tepi highway? Setakat laju saja. Tapi tak menyusahkan orang lain. Tak apelah. Ada masa yang SETAN ni la yg lebih bertimbangrasa berbanding orang lain. Be more accurate in time management. Dan jangan malas nak carik parking. Itu bukan alasan utk menyenangkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Ok? Chow....

3 comments:

Anonymous said...

Pesanan kerajaan Malaysia: Pandulah dengan cermat, ingatlah org yg tersayang.

Anonymous said...

satu lagi, don't drink and drive.

satu lagi, pakai topi keledar dengan cermat.

bzz said...

Lupa...

Aku tak suke sgt org yg kenkonon nak cepat so potong ikut kanan sbb lane kanan kosong walaupun nak belok kiri. Tiba depan. Trafik lite still hijau but sbb ke kiri dah tak boleh dengan muka cam haram dier berenti. Org horn buat tak kisah. Memang celaka punya orang...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...