Hidup kita penuh dengan pilihan. Dengan adanya pilihan, kita penuhi harapan dan impian kita. Tanpa pilihan, statik di hurungi kekelaman.
Ada masanya, kita pilih untuk menggembirakan semua orang. Ada masa pula, pilihan kita hanya akan buat mereka berduka. Tapi, tak akan salah kalau dikata dengan ada pilihanlah diri kita dan mereka menjadi lebih bermakna. Dengan pilihan dan pengajaran, buat diri kita lebih sempurna.
Pilihan mencorakkan hidup kita. Hitam atau putih, hanya diri kita yang menentukannya. Pilihan juga ada masanya tidak sesempurna seperti yang disangka. Ada yang suka dan ada yang duka. Namun dengan pilihan juga menjadikan setiap yang berlaku ada baiknya. Mungkin tidak dikala ini, mungkin di masa akan datang. Pilihan di tangan sendiri, tiada siapa yang menentukannya. Jadi pilihlah untuk diri sendiri.
Hari ini, kita pilih suatu yang duka lara. Mungkin esok datang pula yang suka gembira. Setiap pilihan menjanjikan harapan. Dengan tawakkal dan tabah, impian terlaksana. Jangan kita terlalu kecewa jika pilihan dibuat gagal terlaksana. Kerana ketentuan hanya dia yang punya.
Jangan kita berduka. Jangan pula terlalu gembira. Setiap yang berlaku tentu ada baik buruknya. Yang baik tak semestinya baik sentiasa. Yang buruk mungkin menjadi baik akhirnya. Harapan kita, biarlah ia yang berlaku terbaik untuk diri kita semua.
Pilihlah. Serahlah. Berdoalah. Agar setiap impian menjadi nyata. Kelak kita akan gembira. Untuk diri, sanak saudara dan semua.
Hari ini aku memilih...
ps- Inai ni pakai 30 minit je ni. Merah tak? Mak mertua sayang... Hehehehe...
0 comments:
Post a Comment