Wednesday, November 22, 2006

Berapa nih?

Aku sgt mengantuk. Dah tido di cubicle. Kroh kroh kroh... Takleh jadi. Keje byk. Kene buat something. Humm... tapi apa ye?

Ouhh ya. Smlm kawan aku tanya aku.
"Pis, agak2 kalau 20ribu cukup tak buat kawin?"
Aku jawab, "Kau nak buat ape? Nak kawin kat dewan?"
"Taklah, kawin biasa jelah. Kenduri depan umah guna khemah aje."
Aku bentes sekali otak dia "Kalau kau nak tunggu cukup 20ribu baru nak kahwin. Memang tak kawin la kau pai."

Seriously... Aku nak tanya. Berapa yg cukup nak kawin ni? Zaman sekarang ni. Ramai mak bapak yg dah pandai jual menjual nih. Dari jual hantaran, produk makan2, buffet atau anak dia org sendri. Anaknya... Harap badan je putih sikit je. Perangai takde baik mana. Ada degree sikit2 yg takat 2.02cgpa keje setakat opicer syarikat bas banting kelang, pun dah dekat RM10k. Aku ckp... hah... gi la jual sana...

Ok fine... RM10k is ok la... Ok... laa... Depend pada siapanya. Aku tak kisah kalau berbaloi. Bayar mahal, tapi jimat sebab pandai masak. But... Hmmm... tulah... Kawin bukan macam beli komputer Dell... Tanak barang tu boleh kurang harga. Nak tambah harga. Dia org ikut sedap rasa. Aku? Aku bukan nak jual anak aku. Bagilah berapa yg mampu. Yg penting korang bahagia...

Aku tanya lagi kawan aku. "Hantaran kahwin berapa kau bajet?"...
"Paling lebih 8 ribu ke?".
"Awek kau kerja apa? Ada paper ke?"
"Biasa je. "
"8 ribu? Kau memang kaya pai..."
"Abis tu baru 8ribu. Mana datang lebih 12ribu lagi bajet kau?"
"tu hadiah, belanja kawin tmpt aku, tmpt awek aku, mekap, gambar semua tu?"
"Kau memang kaya... tapi... lama lagi la kau kawin. Kot nak buat personal loan lainlah cerita."


Tulah... Bagi aku. Mekap, gambar, hantaran, mas kawin, tu aku lah yg belanja. Takkan nak pau org lain. Tapi dah namanya 'kenduri bagi meraikan perkahwinan anak kami...' secara automatiknyalah bapa kami tu yg belanja. Aku nak support sesikit oklah. Nak fully support semua. Lambat lagi la kawin. Serius. Ramai yg kawin di bandar. Bukan di kampung. Buat 'rewang'. Jimat belanja. Mak bapak... tolonglah anak. Aku tak ckp wajib utk mak bapak sponsor. Tapi tak salah bantu anak mendirikan rumah tangga cepat. Right? Kalau kedekut duit... Buat je akad nikah... Sah jugak. Boleh beromen gak lepas tu. Bukannya kena buat kenduri baru boleh nak wat dayung mendayung tu. Betul tak? (ilang ngantuk aku!)

Sebab tu pada aku, dah kawin nanti, dah ada anak, simpan duit utk anak belajar. Untuk anak kawin. Kita gembira sbb kita nak dpt cucu. Tapi jgn sebab kita nak gembira tak ingat dunia nak dpt cucu, nak dpt menantu tapi nanti akhirnya anak yg merana. Tanggung hutang kawin. Kan tak gembira utk anak tu namanya. Terasa kah diri itu sgt bodoh? Ouhh... lainlah kalau kita cuma menoreh getah. Tapi, kalau dah menoreh, buatlah gaya menoreh. Bukan buat kenduri 10 balai, panggil dj, panggil kugiran, kenduri 2 hari 3 malam. tu baru boleh kata, Dah la bodoh... sombong lak tuh!

Tempat perempuan, biarlah awek tu settle. Kawin nak. Tapi takkan la nak harap semua lelaki buat, support. Waaaa... susah la... Sekarang bukan zaman gula2 5 biji seposen. Bukan zaman minyak Seringgit dpt seliter lebih. Nak ke tengok laki tu makin kurus cekeding? Sedangkan bini makin membeso perutnya. Sok laki cari perempuan lain. Tahu marah. Tolonglah sikit. Nak buat kerja baik. Bukan nak menyusahkan org lain. Apa la salahnya tolong bakal suami. Tolong support utk belanja kawin. Utk tmpt kita gak. So kalau ada bajet lebih tu, nak amek gambo 18 ratus keping ke, mekap 2-3 inci ke... Ape ke... Sukati le... Duit kau... Laki tu suka je... Kawin tu kan utk selamanya. Untuk bahagia. Bukan sepanjang kawin nak tanggung hutang awal kawin. Right? (ingatkan diri aku sekali!)

Fikiran jgn terlalu kolot. Kawin kan nak berkongsi. Kongsi masalah. Kongsi pendapat. Kongsi gembira. Kongsi ketawa. Kongsi anak. Kongsi belanja. Kongsi katil, kongsi kondom (tak tahu le kot nak guna kondom lain2), kongsi doa, kongsi kejayaan, Kongsi itu dan ini. Tapi kalau dah asik nak mengharap 100% laki tanggung. Bini buat donno. Muka seposen. Kedekut kerang busuk. Masak tanak ape tanak. Pentingkan dirinya je... Takyah la... Bukan bini yg baik tu. Tak caya. Gi carik org camni. Ajak kawin. Berapa lama boleh tahan. :P. Bagi aku kawin free pun tanak!

So... nasihat kat kawan aku... "Memanglah kau ni lelaki. Kena tanggung keluarga. Tapi, sebagai bakal isteri kan lebih baik kalau kau dpt tolong laki kau. Dia pun kerja. Bukan jadi surirumah. Lainlah kalau dia nak duduk rumah setinggan, makan nasik dengan kicap hari hari, naik bas, naik motor. Kau pulak pai bukan duduk kat ceruk kampung. Kau duduk kl pai. Pepandailah kau bawak berbincang. Tapi kalau awek kau tanak bincang... Carik je lah awek lain. Ada bini pun camtuh. Susahlah..."

ps - Ada org ckp... "Aku nak kumpul harta. Kereta, motor dan umah b4 kawin". Aku ckp... "Tunggu abis loan la baru kau org kawin".



Left or right brain?

You Are 20% Left Brained, 80% Right Brained

The left side of your brain controls verbal ability, attention to detail, and reasoning.
Left brained people are good at communication and persuading others.
If you're left brained, you are likely good at math and logic.
Your left brain prefers dogs, reading, and quiet.

The right side of your brain is all about creativity and flexibility.
Daring and intuitive, right brained people see the world in their unique way.
If you're right brained, you likely have a talent for creative writing and art.
Your right brain prefers day dreaming, philosophy, and sports.


0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...