Tuesday, September 05, 2006

Kertas Dinding

Before aku masukkan entry aku hari ini. I think i should share something about politics first. Semalam Tun ada panggil press conference. Boleh tonton disini. Isunya... Sekarang tiada lagi demokrasi di dalam UMNO... Kesimpulan dari Jeffooi pula ada di sini. Manakala... surat terbuka dari M. Bakri Musa untuk meminta PakLah meletakkan jawatan ada disini. Kalau berminat, bacalah... Sekarang, bukan saja semua naik, malah, yg ada juga sudah tiada. Mungkin, suatu masa nanti, kita undi untuk beli gula. Siapa tahu? Zaman dah tak ada kebebasan nih. Senyap & Rahsia... Syabas Paklah... Berenti jelah...

**************************************************************************
Update biasa

Aku bosan. Tak tahu nak buat ape. Arghh penat fikir. Nak buat ape? Ermm so dari aku dok melepak. Balik aku buat something. Baca buku. Bukan buku OUM ke buku ilmiah. Tapi buku lain lah. Suddenly aku terpandang camera. Ahhh... ada?

Aku buka beg kamera. Keluarkan lens 50mm. Keluarkan close-up filter. Keluarkan flash. Setting tempat. Keluarkan kertas berwarna yg dah beli setahun. Dulu aku beli nak buat lukisan guna cryon utk bagi org. Nak memujuk. Sekarang aku dah tak tahu nak buat apa lagi. So dari tergulung saja atas rak, aku buat alas untuk projek ini. Aku buat background. Jadilah. Ada 3 warna. Purple, biru dan kuning. Aku tak ada meja lain. So aku buat atas katil. Lagipun lampu atas katil. Kalau siang, kenalah cari dekat tepi tingkap. Baru ada ‘feel ambient’ yg berlainan.

Aku set kamera. Jpeg + RAW. White balance jadi flourocent. Jari kertas besar sikit utk selotape dekat flash. So nanti ada bounce flash la nih (macam jadi aje). Susun bantal. Biar bertingkat so boleh staykan kertas aku. Wokeh siap!

Snap-snap-snap. Dari jam, duit syiling, berus, minyak wangi, buku kecik, deadorant etc... Aku namakan, ‘Project Macro’. Close-up ratio lens ni tak besar. Tapi bolehlah. Nampak la sesikit calar2 kat jam aku tuh. Kalau snap gambar muka, still nampak la lubang hidung walaupun tak nampak terjulur keluar bulu-bulu tu. Tapi, bolehlah... Ok, penat. Siap dah. Kemas balik. Adeih penat, sakit pinggang. Itulah. Buat kejap mencangkung, kejap melutut. Prap-prap.... pinggang aku berbunyik...

Masukkan CF card ke pc dan upload. Waaa banyaknya gambar. Dekat 60 keping. Ada jpeg, ada RAW. Jpeg dah ok. Tapi aku nak buat lain. Jadi aku pun try cari mana gambar yg ok. Edit n adjust gambar tadi. Save sebagai jpeg dan edit di Photoshop. Aku buka majalah lama, buka file yg aku save di office. Tgk advice. Tgk skill. Waaa banyak. Cara macam mana nak buat BnW, effect dan lain lagi. But aku takkan nak cuba semua. Tak semua tips sesuai utk gambar aku. So aku buat sikit.

Hasilnya ada dibawah. Kertas dinding... Bolehlah. Setakat nak belajar dan tahu nak buat. Lagipun, mana sempat nak buat lebih dari tu dalam tempoh 2 jam. So dapat la edit dan buat kerja ‘gila’ dlm tempoh tu. Ada lagi, tapi nantilah. Aku buat yg lain... Yg ini saja-saja je, nak mengisi kekosongan masa tu.

* Next time, aku nak buat yg lebih lain. Sebab ing dah beli close-up filter yg lebih besar. Ing cakap dier tak boleh masuk kedai kamera dah! Sib baik aku belum lagi...



1024*768 - Versi Kertas Dinding
Masa itu emas
Photobucket - Video and Image Hosting


1024*768 Versi Kertas Dinding
Filtered
Photobucket - Video and Image Hosting


Note : Aku ingin mengucapkan welkam-welkam utk ms anis. Saya telah mengupdate link anda ye... :-). Ps... Aku sukakan kucing kat link kau. Oreo boleh buat macam tu tak? Oreo boleh masuk kotak tissue tak?

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...