Monday, July 31, 2006

Ini semua rancangan saya, bukan rancangan orang lain

Itulah kata-kata dari seorang PM.... Yuppp PM... Rancangan untuk membangunkan bandar besar ala-ala Hong Kong di Johor. Untuk membangunkan bandar sebegitu besar... Pada aku tak ada masalah. Baguslah. Sebagai seorang yg berasal dari Johor, Kulai to be exact, aku bangga kalau Johor boleh membangun dengan pesat. Tapi... Untuk SENGAJA aku memperbesarkan isu ini...

Aku nak tanya... Kenapa... Ini semua rancangan saya, bukan rancangan orang lain – Pak Lah. Kenapa bukan kata KERAJAAN atau mungkin KABINET? Kenapa mesti saya. Walaupun kecil, tapi kalau di nilai dari sudut lain, kenapa dari dulu banyak kedengaran ianya macam agenda peribadi. Contohnya dlm NST bulan 5. "PakLah Score double" bila merasmikan 2 tempat di Cyberjaya. Tak silap Dell dengan.... tak berapa pasti. Kanapa tidak diberikan kredit kepada org lain?

Aku tahu, mungkin Pak Lah nak beritahu yg rancangan untuk membangunkan HONGKONG Johor tadi adalah ideanya dan bukan idea menantunya. Tapi, kan lagi bagus kalau ianya idea kerajaan. Setidak-tidaknya menteri-menteri halfpast six tu dapat la sedikit undi. Tak apelah paklah... saya hanya mempersoalkan sesuatu yg tak penting pun. Cuma kadang-kadang hairan, kenapa dlm masa sekarang ini, banyak kata-kata ucapan yg berunsurkan peribadi contohnya "Saya" dan bukannya PM....

Oh ya...
Perhatikan bila projek di Johor ini berjalan... Yg akan membangunkan projek ini ialah Khazanah. So perhatikan....

1. Adakah ianya bertujuan untuk melarikan perhatian rakyat Johor dari isu Jambatan?
2. Siapakah yg akan mendapat projek di sini. Ini kerana Khazanah sekarang dipegang oleh kroni dan geng2 dari Oxbridge dibawah kepimpinan Kj.
3. Bila ia akan dibangunkan, jangkamasanya dan apa tujuannya yang sebenar.
4. Apa keuntungan kepada rakyat secara umum. Adakah lebih banyak peluang keperjaan akan diberikan kepada rakyat?
5. Ada tak syarikat yg ada kena mengena dengan PM dapat? Contoh Scomi.

Hmmm.... satu lagi entry tak masuk akal dari aku?

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...