28 July 2006 - KLCC
Utusan Malaysia... Menceritakan mengenai bantahan hampir 10 ribu penunjuk perasaan yg berhimpun di klcc convention centre. Ingin menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha negara US. Beras (C. Rice) mengenai masalah Palestine dan Lubenan. Dan ketua... Khairy Jamaluddin aka Kj aka Naib ketua pemuda UMNO Msia aka Menantu emas.
Antara petikan kata-katanya... "Turun bawah sini atau kami akan masuk melalui pintu ini." (Macam Hang Tuah, macam Bujang Lapuk)... Menjerit di depan pintu masuk. Macam org gila terjerit2. WAlaupun ramai penyokong disekeliling, tapi... Lagaknya... Wahh sudah hebat benar... Dengan tangan berbalut biru. Kuda tak mahu dia tunggang la katakan.
"Kami berharap untuk mncapaunya secepat mungkin bagi menamatkan keganasan ini. Itu yg kami harapkan"... Ya... Semua mahukan bumi palestine dan lubenan menjadi aman kembali. Tiada siapa yg terbunuh.... Tapi bagi aku dan org yg bersependapat dengan aku... Rasanya... lebih baik kata-kata tadi di tujukan kepada diri Kj sendiri.
"Allahuakbar dan Jahanam Israel, Jahanam Amerika". Wa hebat mu Kj dan penyokong ditepi... Memang betul... Tapi bagaimana dengan keadaan di Malaysia ni yg semakin jahanam? Bagaimana dengan keadaan PakLah? Bukankah kita pun sama dalam menuju kejahanaman?
"Apa guna jadi ahli PBB kalau majoriti ahli PBB tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa veto dimiliki negara-negara besar". Dah bertahun Tun Dr Mahathir katakan perkara ini. Bukan secara berdemonstrasi membakar bendera ala-ala zaman Anuar Ibrahim. Bukan jerit terpekik terlolong, diketawakan oleh Si beras. Tak, tun berkata dipentas dunia. Bercakap terus kepada pembesar negara lain. Tapi... Tiada yg berubah. Tak mungkin berubah dalam jangkasa masa yg kita rasa kita akan hidup ini. Kalau Tun pun tak boleh buat, siapa yg boleh buat? Kau Kj? Waaa... kalau kau boleh buat, ini bermakna, kau bukan saja mampu mempengaruhi PM dan kabinet, malahan PBB....
Apalah gunanya kita mempunyai kuasa yg diberikan oleh NAM dan OIC kalau kita masih lagi duduk. Tak berkata. Setakat menyerahkan bantahan. Tanpa apa tindakan. OIC pun akan dipanggil mesyuarat Ogos nanti. Tapi, rasanya sudah terlambat. Kenapalah Pengerusi OIC dan NAM ini terlalu perlahan. Tidak tahu apa yg nak dibuat. Sekurang-kurangnya, ambillah sesuatu tidakkan.. Yg menampakkan tujuan tun menjadikan Malaysia sebagai ketua NAM dan OIC ini menjadi kenyataan dan membimbing negara yg lebih lemah. Kalau bukan kita, siapa lagi? Janganlah sampaikan yg di dalam tak terurus, yg diluar pun sama juga. Ianya masih tanggungjawab PM dan kabinetnya untuk membuat keputusan. Buatlah sesuatu keputusan.
Kota Bharu - 280706
Tun Dr Mahathir dengan secara terbuka menghentak Kj, PakLah, Brendan, Kali dan orang yg dirasainya boleh melemahkan UMNO dan Malaysia. Nama disebut secara terangan. Lebih pedas dan direct. Lebih pedih dari semburan yg di alami oleh Tun awal paginya. Bukti, bukan saja tun ada bukti. Malahan ramai rakyat telah membaca bukti tersebut.
Menteri kewangan (PakLah) memberi kontrak kerajaan kepada Scomi (anaknya), membiarkan ECM Libra (Kj antara pemegang saham yg besar) mengambil Avenue (milik kerajaan). Membenarkan syarikat Msia di ambil alih orang asing. Membenarkan maruah kita tercalar. Menteri besar pula terpaksa meminta kebenaran dari Kj. Ap pula dijual dan diserahkan kepada orang yg tak berniaga. Adik beradik mendapat kontrak, mendapat hotel. Buktinya di depan mata. Malah, makcik di kampung pun adakalanya boleh tahu.
Sudahlah... Kalau tak mahu jawab... Tak mahu mengaku... berhenti saja. Sebelum kekalahan lebih teruk. Dengar kata Ogos akan ada bom yg lebih besar akan dilepaskan. Apa dianya? Tapi yg pasti. Tun dan penyokongnya akan terus berjuang untuk menghentikan penipuan oleh Kj, Kali, Brendan and the geng. Kami juga berharap... Biarlah PakLah menjadi PM untuk kita semua bukan untuk keluarga...
Perjuangan Tun Mahathir adalah utk agama, bangsa dan masa hadapan kita... Amin... Semoga Tun dipanjangkan umur, diberikan kesihatan, keselamatan, kecerdasan dan ilham untuk membawa kembali Malaysia, org melayu dan org Islam ke landasan yg lebih baik....
Saturday, July 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment