Wednesday, June 28, 2006

Transkrip Soal Jawab Wartawan bersama TDM (Part 2)

Jeffooi Today, sesiapa yg ada baca NST (atau pinjam macam aku), akan terbaca jawapan Datuk A. Kadir Jasin (AKJ) mengenai dakwaan mungkin tuduhan KaliMullah the - Hindu God Muslim Priest pada paper semalam (Deii thambi duduk Msia bikin susah org melayu, lu balik negeri la). Nak tahu lanjut, gi Rockybru . Dan hari ini juga hari meriah bagi Jeffooi . Dia ada bukti, gambar dan sebagainya untuk buktikan yg media di Malaysia ini TERSANGAT telus . Berita kat Msia sekarang ni macam Chipsmore. Kejap ada, kejap takde... Hebaq mu hebaqq... Kagum mat saleh yg belajar dekat Oxford n Cambridge melihat ketelusan kerajaan sekarang. Iskkk... tergamam aku kejap... Dek kerana ketelusan gomen bawah Pak Lah ni. Bangga... Kembang kempis.. kembang kempis...


Soalan bila nak jawab??? Takkan asik nak jawab. Jangan persoalkan keikhlasan saya. I dont know im not involve. Enoughhh... Cipta la ayat lain. Org Oxpord kan ada .... Hahahaha ... Aku nampak iklan di tepi highway... Bangsa yang bermaruah bermula dengan mu.... Aku kata balik... Berambuss... Ada hati nak kata bermula... Maruah bangsa pun sekarang dijual satu persatu.


Ahh... Sebelum terlupa... Apa dia Islam Hadhari? Aku ni dok ahli UMNO dari dulu pun tak paham2... Setahu aku ISLAM cuma satu. Dari nabi sampai la kiamat. Kalau org bukan islam kata kita tak baik. Yg tak baik bukan ISLAM. Yg tak baik itu orangnya... Letak la Islam Hadhari ke, Parti Islam ke, ape sekalipun... ISLAM tetap ISLAM. Orgnya saja yg berlainan. Aku nak tanya, org islam yg letupkan diri di Palestine utk bunuh org awam tu dikira syahid ke? Ok... Sambungan semalam...


Transkrip Soal Jawab Wartawan bersama TDM (Part 2)

Soalan: Apakah Tun bercadang nak buat comeback?
Dr Mahathir: Tidak. tidak sekali. 22 tahun dah cukup.

Soalan: Kritikan Tun telah mencetuskan keraguan dikalangan orangramai?
Dr Mahathir: Anda kata ada orang yang merasa disturbed dengan apa yang saya kata? tetapi saya tengok semuanya sokong.. bukannya sokong saya.. saya semuanya tak kena. dan saya tak cakap apa-apa... dah keluar dah. sokong..


Soalan: Tentang satu tulisan di kolum (tulisan Datuk Kalimullah Hassan di akhbar NST) mengenai pertemuan Tun dengan Pak Lah di Jepun?
Dr Mahathir: Dia buat laporan pun tak betul. Katanya saya yang minta nak jumpa. bukan saya yang minta. jadi semuanya diurus oleh orang yang sekarang dikenal sebagai spindoctor. macam mana nak spin story supaya dapat sesuatu manafaat.

Orang-orang yang kolot dalam Straits Times (NST) semuanya dah berhenti dah...mereka pilih untuk berhenti?tak boleh kerja. Mereka sedar mereka kolot tak boleh jadi editor. Mereka berhenti?jadi yang ada sekarang (dalam akhbar itu) semuanya pakar-pakar saja.


Soalan: Tun nak apa sekarang?
Dr Mahathir: Supaya dibetulkan benda yang tak betul. janganlah kata saya jangan kritik pasal saya dah bekas, bukan lagi Perdana Menteri. senyap saja sudahlah..

Jadi saya nak tau pasal apa gadai kita punya maruah (batal projek jambatan). Tentu ada sebab. Adakah ini pasal nak jual pasir...kita nak tau .


Soalan: Tun ada kata Pak Lah ada mungkir janjinya kepada Tun. Apakah janji-janji itu?
Dr Mahathir: Dia tahu. saya tahu.


Soalan: Bila?
Dr Mahathir: Sejurus sebelum saya melepaskan jawatan .


Soalan: Adakah janji itu dimungkiri tahun ini ?
Dr Mahathir: Dimungkiri dua minggu setelah saya lepas jawatan. sungguh cepat.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...