Tuesday, June 27, 2006

Transkrip Soal Jawab Wartawan bersama TDM (Part 1)

 
As at 27/06/06 - 9.37am.
 
Maybe ramai yg tak minat cerita politik. Aku cuma mahu korang baca yg ni. Tapi  JANGAN percaya dengan apa yg ada di dalam BH & NST berkenaan cerita Tun Mahathir VS Pak Lah & KJ. Cuma TOLONGLAH  bacalah entry ini sehabisnya... SEBABNYA, AKU CUMA MAHU KAU ORANG TAHU DAN  BERSEDIA . Manalah tahu kalau selepas ini syarikat yg kamu tu pulak menjadi mangsa... Biarlah hanya MV Agusta, ECM Libra, 5% Saham TM, 6000 pekerja Mas, Jutaan Rakyat akibat kenaikkan elektrik dan minyak ATAS ALASAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT JANGAN jadikan DIRI DAN KELUARGA KAU ORANG SEBAGAI MANGSA KERAKUSAN MEREKA YANG SETERUSNYA. SEKURANG2NYA, SELEPAS BACA APA YG TDM KATAKAN... KITA TAK MATI CELIK... Akibat tidak kisah tentang apa yang berlaku sekarang. Aku akan bahagiakan menjadi 2 entry. Selamat membaca... Dan sampaikan pada yang lain... Terima Kasih.
 
**********************************************************
 

Berikut ialah transkrip soal jawab Tun Dr Mahathir Mohamad dengan para wartawan dalam sidang akhbar selepas majlis dialog anjuran Gabungan NGO dan Rakan Media Alternatif di Kelab Century Paradise,Taman Melawati Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur pagi Sabtu (24/06/06).


Soalan: Kenyataan Azlan Hashim (Pengerusi Proton ) beliau sudah bagi penjelasan mengenai penjualan syarikat motosikal MV Agusta?

Dr Mahathir: Itu bukan penjelasan cuma mengulangi apa yang dia katakan sebelum ini terutama mengenai MV Agusta. Siapa Gevi Spa?apakah ia pernah berada dalam perniagaan ini (motosikal).

Bagaimana ia tahu itu perniagaan yang baik. Bagaimana cara penjualan sebenar dibuat. Apakah ada sebarang pengumuman mereka nak jual Agusta. Apakah ada pembida lain?adakah orang lain tahu tentangnya.

Adakah mereka (pengurusan Proton) minta harga yang lebih tinggi dari 1 Euro (RM4).


Soalan: Tentang ucapan tadi (kurang jelas soalan)

Dr Mahathir: Saya tidak puashati dengan sesetengah isu..

Ada beberapa isu lain yang belum saya suarakan... yang juga saya tidak puashati... tetapi saya tidak payah pedulikan pasalnya.


Soalan: Azlan (Pengerusi Proton) kata nak jumpa dengan Tun tapi dia kata Tun tak ada masa nak jumpa?

Dr Mahathir: Pada mulanya dia dilantik dia datang jumpa saya dan dia bincang cara macam mana dia nak urus Proton.

Dia bagi pengakuan kepada saya perlantikannya bukanlah untuk menyingkir Tengku Mahaleel.

Dia bagi pengakuan kepada saya. Lepas tu dia buat apa yang dia kata dia tak akan buat?tak bagitau langsung kat saya?.datang tanya pun tak apa juga.

Jadi nak datang kat saya nak buat apa. Nak bagi laporan? laporan boleh tulislah.

Ni jual Agusta pun tak tanya saya.. Semua buat sendiri. La ni saya tak tau siapa dia CEO kerana nampak pengerusi kepada lembaga pengarah adalah CEO.

Dia buat keputusan semua. Selain dari Tengku Mahaleel beberapa orang dah berhenti dah?orang yang baik.

Tahniahlah boleh lancar kereta Proton yang baru ni... Satria Nie.. tapi sepatutnya dilancar tahun lepas? kenapa lewat?


Soalan: Tapi dia ada minta temujanji dengan Tun?

Dr Mahathir: Dia ada minta nak jumpa? saya fikir nak buat apa jumpa kalau hanya untuk memberitahu saya apa yang dia dah buat. Itu boleh ditulis.

Dia hantar kepada saya beritahu apa yang dia buat OK lah. J adi apa gunanya datang jumpa saya.

Saya dah jumpa dia... dia bagi pengakuan dia bukan dilantik untuk menyingkir CEO tetapi itulah yang dilakukannya.Jadi bagaimana saya nak percaya orang yang macam tu.


Soalan : Adakan terdapat kemungkinan Tun boleh duduk balik elok-elok sembang dengan Pak Lah?

Dr Mahathir: Duduk bolehlah?sembang tak taulah ?Kita kalau nak buat apa-apa pun jangan buat secara sosial saja.

Secara sosial?dia (Pak Lah ) datang jumpa saya di Jepun?tapi tak ada apa pun. Di Jepun datang tengah saya nak pi meeting ..dapat 10 minit...itu saja.


Soalan : Banyak orang yang tertanya-tanya dah tak boleh buat elok-elok lagi ke supaya benda ni dapat diselesaikan dengan baik?

Dr Mahathir: Tak tau le ..ada orang yang lebih kuat daripada saya?cakap sajalah?balik ..batallah.


Soalan : Tentang dakwaan bekas Pengerusi Ekskutif TNB Tan Sri Ani Arope ( mengenai pemberian sewenang-wenangnya kontrak IPP masa zaman Tun Perdana Menteri ) Tun nak jawab dak?

Dr Mahathir: Saya tak nak jawab? la ni pi cari segala-gala yang berlaku masa saya dulu?nak burukkan nama saya. Pi cungkillah Ani Arope...cungkil Syed Ahmad Aidid?carilah lagi?banyak lagi?saya tau banyak dosa 22 tahun.

Nak tau bebas tak bebas?ni kritik yang ada sekarang ni?boleh kritik ke dak?tapi semua kita tengok?kami sokong?tak payah masuk suratkhabar?kita pakai semua sekali?duduk beratur tu semua menteri-menteri?kami sokong?angkat tangan saja.

Nak tanya seorang-seorang buat apa?buang masa saja.

Soalan: Tun Musa Hitam kata Tun mengalami sindrom selepas berkuasa?

Dr Mahathir: Dia ingat kita macam dia...dia memanglah sakit tu.

Sebab tu saya kena bagi job kat dia. Bila dia berhenti tu? walaupun dia cuba nak menjatuhkan saya ? saya pilih dia hantar pi Bangsa-bangsa Bersatu ?angkat dia bagi jawatan macam-macam.

Saya tak minta jawatan apa-apa pun?melainkan jadi penasihat. Penasihat pun saya tak minta duit?tapi Petronas ni jahat sangat (secara berjenaka) ?bagi duit kat saya. Proton seduit pun tak bagi.


Soalan: (Dalam ucapan tadi) Tun ada sebut ada satu kes rasuah tertentu yang Tun dah minta pendakwaan dijalankan sebelum bersara dulu?

Dr Mahathir: Saya tidak boleh sebut nama.. tapi saya yakin BPR tahu ini. Ada kes yang sudah diputus untuk diambil tindakan?tapi tak diambil tindakan. Tah kenapa saya tak tau lah.


Soalan : Tun tadi dalam ucapan ada bagi gambaran macam ada pihak ketiga mempengaruhi kerajaan?boleh Tun sebut secara terbuka siapa?

Dr Mahathir: Oh? saya tak tahu.. orang cerita saya dengarlah? betul tak betul saya tak tau.

Saya dengar kata di Tingkat Empat? (di Jabatan Perdana Menteri). You pi cari tengok ada kerusi meja ke ?siapa ada...ada ofis boy ke ? dari Oxford?dari Cambridge..


Soalan: Apakah Tun kecewa Datuk Seri Rafidah kata dia sudah bagi semua penjelasan dan tak akan bagi apa-apa penjelasan tambahan?

Dr Mahathir: Dia tidak ada bagi apa-apa penjelasan kat saya.. kenapa dia bagi AP kepada bekas pegawainya (MITI) dalam jumlah yang banyak? dan AP itu dijual? sekarang jelaskan itu.

Apakah itu selaras dengan dasar kerajaan.. dia belum lagi bagi penjelasan.. dia cuma kata ya betul saya beri? jangan tanya lagi soalan.

Kata telus?terbuka?jelaskanlah.Kenapa dua orang ini masih menerima dan masih impot kereta.?saya tau model apa mereka impot.

Sepatutnya pemberian AP kepada mereka harus dibatalkan.


Soalan: Sejauh mana Tun akan bertindak sekiranya penjelasan yang diberikan oleh kerajaan tidak memuaskan hati?

Dr Mahathir: Seperti kata mereka?sampai lubang cacing lah. Ia bukan soal penjelasan saja? juga kena dibetulkan apa yang tidak dibetul.

Jambatan?misalnya? kenapa kita tak boleh bina jambatan di Malaysia?. saya nak tahu. Jika kata tak boleh? saya hendak mempertikaikannya.


Soalan : Bila kata begitu (sampai ke lubang cacing) apakah sampai ke peringkat bergabung tenaga dengan parti pembangkang?

Dr Mahathir: Tidak? saya tak terlibat dengan pihak pembangkang . Saya sendirian saja.


Soalan: Tun dah kritik kerajaan?. ada orang kata terdapat ura-ura nak pecat Tun dari UMNO?

Dr Mahathir: Dia nak pecat..pecatlah. Orang yang ada kuasa boleh pecat?pecatlah.Apa salahnya?saya (pernah) kena pecat dulu.

Ada juga yang kata masa saya kena pecat dulu?saya naik atas pentas PAS..sedangkan orang yang sekarang ni tak pernah masuk parti lawan?cuba juga nak bagi saya jatuh?itupun saya tak marah... saya ambil balik.

Berapa orang yang lawan dengan saya dulu?sayalah yang bawa dia orang balik?bagi pangkat sampai ke puncak.

Saya bukan nak ungkit?tak ada terima kasih pun tak apa.


Soalan: Kelihatan macam di Malaysia ni bila ada sesuatu isu?benda tu cepat sejuk. Bila ada satu isu keluar orangramai tak nak kaji...terus diam begitu saja. Apa pandangan Tun lepas suarakan ini semua?seminggu dua lagi orang sudah lupa bila timbul isu lain pula?

Dr Mahathir: (Secara berjenaka) Bergantung kepada anda ( wartawan) untuk buat ia terus panas...sekarang ni walaupun dikatakan suratkhabar ni bebas tetapi mereka padam ?sebaliknya pi cungkil tentang kekotoran saya?banyak lagi?ada..saya buat projek mega?Ani Arope marah kat saya?


Soalan: (Dalam ucapan tadi) Tun ada kata ada syarikat yang nak jual pasir ( kepada Singapura sebelum projek jambatan dibatalkan). Apakah Tun ada bukti?

Dr Mahathir: Saya tak adalah dokumen? tapi saya taulah nak jual pasir tentulah ada orang yang akan dapat duit ..siapa dia saya tak taulah .


Soalan: Lagi Tun mempersoalkan penjualan MV Agusta kepada Gevi Spa?

Dr Mahathir: Kita dapat maklumat melalui saluran asing?bahawa Gevi ni dia sebuah syarikat yang tak terkenal sama sekali. Kita tak tau apa latar belakang dia.

Siapa pemegang saham..apa perniagaan dia?kenapa daripada banyak syarikat dalam dunia ni pi pilih dia. yang ini kita hairan.

Bagitaulah supaya saya tak hairan lagilah.


Soalan: Tun ada sebut tadi ( dalam ucapan) tentang penglibatan menantu Pak Lah?

Dr Mahathir: (dengan wajah sinis ) eh..eh ..saya tak sebut ?saya bercakap tentang orang yang dapat kelulusan tinggi.


Soalan: Tun ada sebut pasal berhinguslah?

Dr Mahathir: Yang tu berhingus?banyak orang yang berhingus..


Soalan: Tun dulu suka mengadakan pelapis.Apa pandangan Tun tentang orang lebih tertarik kepada orang muda semata-mata. Apakah wajar letak orang-orang muda pada jawatan penting?

Dr Mahathir : Mereka sungguh bijak pandai( very brilliant ) ?.anda tak boleh tolak dia punya nasihat.

Orang bijak pandai? anda boleh nampak terang cerah.. kita boleh tengok dalam surakhabar pun tulisan-tulisan dia tu ? luarbiasa? saya tak pernah tengok tulisan-tulisan macam tu.


Soalan: Tentang kritikan Tun tidakkah ia akan mengugat kestabilan negara?

Dr Mahathir: Saya percaya kepada rakyat Malaysia.. mereka berfikiran waras tetapi masa saya jadi Perdana menteri ada orang yang cabar saya.. sampai saya hampir kalah? tapi sekarang ini tak boleh langsung pasal nak jaga stabiliti .... jangan kata apa langsung.

Sampai buat yang salah pun?jual maruah negara pun saya tak boleh tegur?pasai nak stabiliti.

Ini semua tidak akan berlaku begini jika ia dijawab dengan cara betul ?ini asyik bagitahu orangramai tak boleh kritik.

Manusia ni selalu dia banyak dosa?kita kenalah tegur kadang-kadang. Tak boleh tegur langsung tak baiklah.

 


Soalan: Pada waktu Tun jadi Perdana menteri dulu?Tun Ghafar jadi timbalan?ada seorang pegawai yang mendapat vetting daripada Special Branch (SB)... dia ni sikit sebanyak dikatakan jadi ajen pada satu kuasa asing.Mengapa orang ni tak diambil tindakan ISA pada waktu itu masa Tun berkuasa dulu?

(CATATAN: DIPERCAYAI SOALAN ITU MERUJUK KEPADA SESEORANG YANG KINI DIKATAKAN BERPENGARUH DI SEBUAH AKHBAR TEMPATAN.)

Dr Mahathir: Kita bukan ambil tindakan ISA dengan begitu mudah hanya kerana dia berminat dengan sebuah negara lain? itu tidak menjadi kesalahan.

Tapi kalau kita ambil dia jadi ' pemerintah' .. itu salahlah..itu orang yang tak ada kesetiaan kepada negara kita? kita bagi dia jadi ' pemerintah' tu salah. Sebab tu kita tak bagi dia pegang jawatan itu.

Tapi tentang diri dia nak syok dengan siapa..itu dia punya hal lah.


Soalan: Ramai juga yang hadir majlis hari ini terdiri dari penentang utama Tun dulu?

Dr Mahathir: Saya dah bercakap dengan penentang utama saya banyak kali. Sebab tu masa saya go around ada banyak soalan? ada yang tak friendly questions .

Di satu pertemuan ada yang bertanya saya kenapa saya tidak letak jawatan (tak dijelaskan letak jawatan apa). Saya tidak saja bercakap kepada kawan tetapi saya juga bercakap kepada orang yang tak suka saya juga.

Saya bercakap untuk diri saya?saya tak suruh menteri-menteri saya bercakap untuk diri saya.

 


Soalan: Masa Tun Perdana Menteri ada ke tidak pegawai-pegawai yang tidak diberi gaji oleh kerajaan tetapi oleh pihak swasta untuk 'berkerja' di kementerian?

Dr Mahathir: Saya tak ada?tapi timbalan saya ada (pegawai) ..gaji yang dibayar oleh orang lain tapi berkerja untuk dia?itu timbalan saya bukan saya.

Soalan: Sekarang ni Tun dengar ada?

Dr Mahathir: Saya dengar adalah?tapi itu khabar angin?kita tak boleh percaya khabar angin.


Soalan: Apa komen Tun mengenai penjualan syarikat Airod kepada Singapura?apakah pandangan Tun mengenai penjualan saham kepada Singapura?

Dr Mahathir: Kita bebas nak jual kepada sesiapun sekarang ni... boleh jual negeri ini pun kepada Singapura? maruah kita pun kita boleh jual... apa sangat nak jual Airod.

 
 
 

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...