Hi...
Someone asked me. "Kenapa kau punya blog nampak lain macam sejak akhir2 nih?" Hmmm... Menarik tuh. Actually aku still sama. Cuma lately, aku punya fikiran melencong kearah lain sat. Tak lagi persona Non Grata atau parapara sakura. So berdasarkan 2-3 post aku yg lepas. Aku sambung pasal Tun Dr Mahathir (TDM) and Pak Lah. And what you should know, I'm a big fan of TDM. He's my real idol. Not Mawi not Siti Nurhaliza. Kau tak suka dia, it’s ok, aku pun tak dapat gaji free pun kalau nak ikut orang yg tak suka TDM. It’s my choice right?
1st nak tanya... MANA YANG LEBIH JAHAT? BUAT JAHAT NIAT BAIK... atau... BUAT BAIK NIAT JAHAT???... Dan yang mana kita lebih MUDAH ditipu. Yg dilihat atau tak terlihat?
So sejak tahun lepas, aku rasa Msia rasa lain macam. Slow... Senyap... Tak ada berita kaboomm. Macam semuanya OKkkk (bunyik Aznil). Semuanya macam perfect. Berita yg menarik saja. Then TDM bising2 pasal AP, aku rasa maca ada suatu yang tak kena dengan Pak Lah. Dengan "elegant silent"nya bak kata Tun Musa. Dan baru2 ni TDM naik angin dan kata Pak Lah bukan pilihannya. Ya, aku tahu, TDM buat salah macam org lain. Dia bukan nabi bukan maksum. Dia juga dibenci ramai orang. Dia pun ada buat kesalahan yg besar. Macam mana menteri lain. Macam mana anwar. Macam Pak Lah, Macam Najib. Tapi sepanjang yang aku kenal TDM, dia lebih menumpukan pada pembangunan orang melayu, ekonomi dan banyak lagi. Ikut acuan dia. Dan aku tak pernah tahu yang dia gunakan agama untuk kepentingan politiknya. He called spade a spade. Direct to the point and menjawab apa yang org lain tanya... Not Elegant Silent!
But lain ceritanya dengan Pak Lah. Bila ditanya soalan yang susah2. Soalan yang boleh memerangkap dirinya... Jawapan default.... "saya tidak tahu...", "saya hairan...", "saya terkejut..." dan "itu tak terlibat... (I’m not involved)...". Aku dah naik bosan dengan jawapan macam ni.... Dulu, rakyat muskil, marah, semua jawapan dapat. Sekarang? Sebagai PM, macam mana dia boleh bagi jawapan macam tu? Macam mana menteri kewangan boleh bagi jawapan macam tu sedangkan masalah berkaitan dengan kementeriannya? Letih!!! Then, suddenly TDM melenting. Dulu pasal AP dan proton, then sekarang Jambatan di JB dibatalkan (aku akan terangkan apa yang aku paham dari sudut aku perkara ni bila aku ada masa). Aku hairan, macam mana Pak Lah boleh berubah pendirian tiba2. Macam mana boleh termasuk penjualan pasir dan pemberian ruang udara dalam perjanjian jambatan baru masa PakLah jadi PM? Dan yang muskil yg menawarkan Msia, bukan Singapork yang mintak!!! TDM minta jawapan. Aku pun nak jawapan. Bukan nak susah2. Jawab dengan ikhlas... Tapi... Pak Lah, macam biasa (lihat paper 14hb termasuk paper yg dlm kawalan gomen), Pak Lah akan soh menteri lain jawab... Bukan dia!!! Dan... lepas tu berduyun2 la manusia memuji dan menyokong Pak Lah. Zaman TDM, dia dipanggil MahaFiraun, takde pulak aku dengar org buat perhimpuan nak sokong macam tu sekali?
Then aku terbaca. Pasal KJ. Atau Khairy Jamaluddin. Ya... dialah ketua MyTeam! Tak ada orang lain... Dia juga menantu Pak Lah. Dia juga org kedua tinggi Pemuda UMNO. Dia juga antara penasihat PM (macam mana PM boleh dpt nasihat daripada menantu? bukan PakLah tau, tapi PM...). Memula aku buat-buat tak dengar ceritanya... Tutor aku ckp, Khairy bila bercakap, manis. Mudah didekati. But bila aku dengar cerita yang berkaitan keburukkannya boleh menyebabkan orang melayu susah. Aku mula cari info. Dapat dimerata tempat. Oh, dah glamer rupanya. Bukan stakat MyTeam. Ini antara yang lengkap pasal KJ. The Khairy's Chronicle. Ceritanya bukan saja di internet, di buku2 pun ada. Org kata, KJ akan jadi PM before umur 40 thn. Jangan percaya 100%. Aku pun tak percaya kata2 politik.
Tapi... yang membuat aku lebih berbulu dan percaya apa yg KJ buat bila dengar cerita dari Ayah aku. Dia kata, CEO Felda yang baru ni macam celaka. Buat perkara yang tak fikirkan orang lain. Nak batal itu ini. Jual itu ini. Untuk dapat duit. Yg gerenti jadi mangsa, sama ada pekerja Felda atau peneroka. Semua GM kecik hati dan boikot CEO baru. Dan ayah aku dengar, CEO ni org KJ. Bukan sorang dua, malah bos besar pun kata! Ayah aku tak tahu sapa KJ. Saper Khairy? Bila aku cerita siapa KJ. "Celaka punya Manusia!". And mengikut apa yang aku tahu, KJ dan kuncunya yang terlibat/turut terlibat dalam skandal ECM-LIBRA, penjualan saham 5% TM kepada Temasek (dengan imbuhan), penjualan pasir dan ruang udara Msia ke Singapore untuk jambatan, kesenyapan media massa, kedunguan/ atau sikap pekak badak (bak kata Husam Musa-PAS) Pak Lah dan banyak lagi. Nak tahu lagi. BACA link di atas. Kalau tanak baca di internet, aku boleh bagi file yang sama dalam words. Fikirkanlah... MUNGKIN Pak Lah yang kita kenal sekarang bukan Pak Lah yang kenal dulu. Maybe oneday, dia lebih teruk daripada Dr Mahathir yang kita kenal! Allah lebih mengetahui. Kalau TDM Mahafiraun, PakLah ape?
Aku bukan mengajak orang lain berpolitik. Ramai yang tak suka politik. Aku tahu. But, tak semestinya kita tak suka kita boleh lepas pandang. Apa lagi yang ada pada melayu? DEB Bumi (bukan Melayu) tak sampai 30%. Yg melayu kerja bawah cina. Org cina lebih mampu beli rumah yang lebih baik. Orang cina yang lebih cepat berniaga. Senang cerita Melayu kuli, cina bos. Malaysia kuli, Singapore bos... Bole ke macam tu sampai kiamat? Apa lagi yang melayu ada? Sekarang kita ada politik. Itu saja yg kukuh. Tapi, kalaulah politik pun kerjanya awal2 dah nak menipu. Kita orang melayu nak jadik apa? Kerja Maybank, TM, programmer, webdesign, lecturer dapat pencen? Yg si penipu boleh hidup senang lenang. Dapat project RMK9. berbillion. Apa lagi nak? Kita? Makan pasir? Pasir pun nak dijual. Dah la si PM sign FTA dengan Jepun sesenyap (kabinet pun tak tahu!). Msia akan jual sayur/pertanian kat jepun tanpa cukai. Kereta jepun masuk Msia tanpa cukai. Dia org makan sayur sgt ke? Ikan ye la. Lagi satu. Sayur kat Msia pun import, inikan pulak nak export. Adui... Sebab tu aku ckp... Jgn ikut bulat2. Waraq belum tentu masuk syurga! Dlm aku idolkan TDM, ada yg aku tak suka. Dlm aku kutuk Nik Aziz, ada yg aku rasa dia betul. So pilihlah. Kalau bukan untuk kita, maybe untuk anak2, cucu2 kita. Kalau dah semua mereka sebat masuk kocek sendri... Yg ada dijual. Anak2 dan cucu2 kita nak makan apa? Pasir? Pasir pun nak jual kat Singapore. Putrajaya nak dilelong... Makan ubi kayu balik la anak2 kita nanti!
Aku aku kata... Dulu, Kini dan Selamanya... Ya itu aku katakan semasa TDM pegang UMNO. Tapi, bila dah jadi macam ni. Aku makin goyah. Oh... jgn suruh aku sokong PAS (sorry). Tak mungkin. Dan lagi la takkan sama sekali untuk aku sokong PKR dan DAP. So... Kalau la katakan sampai ke tahun depan Pak Lah masih sama. Kisah buruknya sendiri ada... Not Mr soo Clean. Kalau macam ni la sampai pilihanraya akan dtg... Jgn mimpi aku nak pangkah BN (walaupun BN sentiasa dlm hati aku). Aku akan lukis muka Paklah dan si KJ kat kertas undi aku. Tu janji aku! Dan kalau la dia ni terbukti suatu hari nanti yg dia mengkhianati rakyat Msia dan org Melayu secara terang-terangan. Walaupun baru 3-4 tahun jadi PM... Menyusahkan anak cucu aku. Aku berjanji... 600 keturunan aku sumpah korang sekeluarga... Sekian...
Link – Baca boleh... Percaya? Sukati kamu... Aku tak tanggung kalau kamu tukar parti!!!
KJ at Wiki
KJ Chronicle
Kalau TDM tu jahat, bayangkan yang ini jika betul?... Apa akan terjadi?
Forum ahli UMNO lama yg kutuk PM sekarang
Blog (antaranya... banyak lagi...) Blog kutuk TDM sure lagi byk, but for 22 years of service. KJ? Tak service pun dah byk! Hebaqq mu hebaqqq...
http://aisehman.org/
http://www.akadirjasin.com/
http://din.dinasti.net/blog/
http://officialcar.blogspot.com/
Dan beratus link yg lain. Taip saja namanya atau KJ + UMNO + skandal yg aku cakap tadi (ECM, jambatan, TM, ape jadah lagi)... Nahh beratus kuar! SO TO BE CONTINUE.......
Aku*** "Fiz... u bila marah buka tak cantik. Tak hensem..." "Kalau dah marah nak buat muka hensem2 apehalnya.. baik gelak camtu. Saya marah, saya tak kira. Walaupun itu u!"
Thursday, June 15, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment