Rasanya, hampir keseluruhan daripada kita tahu lagu bangau oh bangau. Dan tahu apa yang dimaksudkan di dalam lagu tersebut. Org tanya bangau. Dia salahkan orang ikan. Then ikan pulak salahkan rumput. Macam tu la berlaku kitaran tadi sampai la yang last Saling menyalahi orang lain... Atau mungkin tak nak atau tak tahu nak jawab? Last sekali sampai pada Si ular. Ular kata... Nak buat macam mana, dah makanan aku? Ianya hanya lagu, tapi impaknya samalah macam keadaan politik sekarang...
Proton...
Tun Dr Mahathir tanya gomen atau mungkin PakLah. Kenapa jual MV Agusta? Paklah tak tahu nak jawab. Maka gempaklah satu alam. Kami menyokong PakLah. Dei, org suruh jawab soalan, bukan beramai cakap sokong Paklah. Then last week, Pak Lah kata (Baca 2 last entry) kementerian akan jawab soalan TDM. Siapa bangau siapa ikan? Kementerian tak tahu nak jawab (atau mungkin takut nak menjawab yang sebenar) maka proton la yang jawab. So siapa ikan siapa rumput? CEO Proton jawab? 2 Markah utk dia. Markah penuh 20 Markah. So siapa pembelit dalam cerita Proton?For those yg setuju dengan cara proton menjual MV Agusta... Bagusla... Itu cara anda. But ini cara TDM. Dan aku sokong padangan TDM.. Aku sokong bukan sebab itu kata TDM, sbb padangan itu logic.
Ceritanya bermula bila...
Proton ditubuhkan dengan hasrat untuk Msia menghasilkan kereta buatan sendiri. Kerjasama dengan Mitsubishi diusahakan agar org Msia khususnya Org Melayu belajar dari industri dari Jepun. Masa tu dasar pandangn ketimur. Kemudiannya, selain dari penjualan kereta, Proton juga diminta untuk memajukan sekali perusahaan automotif di Malaysia. Berpuluh ribu pekerja diperlukan Proton. Belum termasuk pekerja di syarikat yang membekalkan komponen. Syarikat yg buat spring, bateri, meter, palam pencucuh etcetc... Ada berapa banyak komponen yang ada? Dan berapa ribu rakyat bergantung pendapatan pada Proton? Itu tak kira syarikat yang tak terlibat secara langsung dengan Proton. (Pencuri pun termasuk sekali agaknya.) Itu yang TDM mahukan.Nak cepat sahaja.
Seperti pembelian Lotus, sama juga dengan MV Agusta. MV ada kemampuan untuk cipta enjin kapasiti kecil. Yang murah. Orang kata MV rugi. Then sama jugak dengan Lotus. Dulu orang kata Lotus rugi nak bangkrap, tapi kenapa sampai sekarang tak bangkrap2? Adakah dengan hanya melihat pada angka2 dalam akaun kita boleh tahu MV Agusta PASTI bangkrap? MV Agusta dibeli sebab TDM mahukan Proton boleh gunakan kepakaran dalam MV Agusta. Jangan lihat angka, but lihat prospek masa depan. Berapa banyak masa yang proton jimat dengan beli MV Agusta? Tak semestinya pembuat enjin motor tak boleh buat enjin kereta. Cuba fikir, kenapa Hyundai dan kampeninya boleh buat enjin kapal? boleh buat lif? Pakai enjin kete ka kapal tu?? Dan cuba fikir lagi... Kalau takut rugi, fikirkan kenapa AirAsia yang dibeli dengan RM 1, boleh untung berjuta2 sekarang? Kita mahukan teknologi dan kepakaran. Ok la, for computer nerd yg tak paham... Kenapa Google, Yahoo dan Microsoft beli berpuluh company? Walaupun ada sesetengahnya tak begitu memberangsangkan? Jawapannya, mereka mahukan teknologi. Kerana dengan teknologi, mereka sentiasa kedepan berbanding lawannya... TqBerapa byk yang Proton boleh jimat dengan gunakan kepakaran luar untuk bina enjin baru? Tak jimat? Ok fikirkan macam ni. Nak bina enjin baru, kena setup dept engineer baru. Gaji. Engineer baru, takde pengalaman. Kena di train. Beratus engineer diambil. Semua perlukan pengalaman. Takde pengalaman, perlukan latihan. Kos + masa + latihan meningkat. kaji dan buat percubaan. Gagal, buat lagi. Berpuluh, beratus kali. Tak jadi scrap. Macam biasa, bila dah baru, pastinya lebih byk masalah. So ada MV Agusta, Proton hire engineer Melayu. Hantar ke luar negeri. Mereka panggil SIR. Mereka wajib ajar org melayu. Mereka buat dan bina bersama. Komputer, fasiliti apa saja, guna saja MV Agusta. So org melayu tu balik sini, dah ada pengetahuan. Buat dan bina. Ajar pada yang lain. Kalau MV Agusta kembali untung... Macam serampang dua mata... Dpt duit, dapat ilmu... Dapat enjin baru...
Persoalannya... (Yg tak terjawab)
Proton (pengurusan sekarang) jual MV Agusta sebab ditakuti Proton akan rugi lebih banyak. Kalau dah berniaga, mesti ada untung ada rugi. Dakwa CEO proton, “Kita telah mendapatkan nasihat daripada perunding bebas dan bank pelaburan - MV Agusta berkemungkinan jatuh bankrap". Aku nak tanya mamat CEO nih... Kenapa jual harga 1 Euro? Kenapa bukan 5 Euro ke, 10 Euro ke??? Meh aku beli dengan harga 2 Euro, boleh? Then, siapa penasihatnya yang menasihatkan untuk jual dengan harga sebegitu? (Tuan penasihat tak bagi ka? Ke dia mintak 20 persen???). Bank mana pula menjadi penasihat? Ada tak orang tengah dalam cerita ini? Dan satu lagi... Kenapa tak buat open bidding? Kenapa tak buat tender? Buat la bidding... Kalau dah tak tahu camne nak wat tender yang susah2 tuh, jual je kat eBay. Berjuta lagi nak beli. Stakat bermilion tu orang nak punya. Tak pun, jual kat Lelong.com.my tu hah. Oh ya, Lowyat.net pun ada juga Forum jual beli ni. Huk alohai... Makcik tepi jalan jual karipap berisikan telur pun tahu nak jual karipap bertelur lebih mahal dari karipap kosong. Kan?Errmm... Jangan jadi budus...
So apa kata macam ni. Buat bangau, ikan, rumput atau apa saja... Lain kali kalau ada apa2 syarikat besar or milik syarikat besar yang rugi dan hampir bangkrap... Jual kat aku. Aku jamin aku akan beli dengan nilai yang lebih baik. (Macam iklan sabun basuh!). Aku tengok MAS tu rugi saja, tanak jual? AirAsia Rm1, ermm apa kata jual kat aku Rm 1000? Aku akan pastikan MAS akan lebih baik dari sekarang dan takkan ada orang melayu yang terlibat dengan MSS. Ada cete pasal nak jual kalu, call aku ok?Ending...
Kalau orang cina kata Proton tak bagus, biarkanlah. Yg kerja dikilang Proton tu rata2 orang melayu. Kalau kita tak suka, biarkan orang lain yg suka pakai. Tak perlu nak buruk2kan Proton. Tak payah kutuk2. Dengan sebab proton la ramai org kita hidup senang. Jangan salahkan Proton sbb kereta luar mahal. Kalau dimurahkan 20% pun, bukan semua orang mampu beli kereta luar. Betul cakap aku? Sokonglah barangan buatan Msia. Kalau Proton bangkrap, mungkin mereka yg berkerja di Proton yang berpengalaman inilah yang bakal ambil kerja adik2 kita yang baru nak mula hidup. Bolehkah begitu? Ps... PakLah, nak bangunkan modal insan kene ada kerja. Insan yang ada pengetahuan tapi tak ada kerja akan lari kenegara lain. Rugilah Msia yang kuar modal!Untuk Pemimpin ku...
Lagu bangau ni aku boleh la aku tujukan buat Pemimpin terchenta... Dan orang yang disekelilingnya. Hopefully, yang terchenta takkan jadi bangau. Jawablah soalan tu... Tak susah... Lebih ramai rakyat yang (marah pasal harga minyak, lektrik, blr, guna etc) akan hormat padamu... PercayaLAH.... Semoga ular di dalam lagu ini bukannya orang yang berniat jahat terhadap negara kita... Amin...BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
Katak panggil aku.
Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.
Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.
Memang makanan aku......
2 comments:
encik bdoublez
apsal entry kau panjang-panjang sangat? penat lah nak baca
*baca kah?
Cik Ahsuez...
Kalau nak baca penat, inikan pulak yg nak 'belajar' mencari maklumat. Apehal pun, point taken...
Insya-Allah, aku cuba buat semakin pendek dan pedas...
Post a Comment