Tuesday, December 21, 2010

untitle

Dalam hidup bersama, kita mesti ada tolak ansur. And ianya tidak terhad pada pasangan kita sahaja. Tapi juga pada keluarga mereka. Kerana tolak ansur itu penting dalam hidup bersama.

Well, kalau cerita begini, kengkadang kita rasa diri kita ni dah sangat bertolak ansur dengan org lain, tapi sebenarnya tidak tercapai hasratnya. Kita selalu nampak diri kita ni berkorban untuk orang lain, sebenarnya tidak. Kita nampak, kita ni dah buat yg terbaik utk org lain, tapi sebenarnya tidak.

Cuba letak diri kita dalam kasutnya...

Itu cuma yg kita rasa. Apa yg orang lain rasa mungkin berbeza. Mungkin jauh berbeza. Sama ada mereka boleh luahkannya atau tidak, tidak diketahui akan kita.

Sometimes, untuk bertolak ansur, kita kena memikirkan perkara yg lain. Si bini mungkin mahu pasal dia mahu 'haknya'. Maka ada si suami yg mengalah, tapi ada juga yg tidak. Ada yg memahami. Ada yg tak paham langsung. Ada yg tak mahu mengalah dan yg terakhir... ada mereka yg paham untuk bertolak ansur. Bukan untuk satu pihak sahaja, tapi untuk semua pihak...

Tapi, hidup kita bukannya berdua. Hidup kita melibatkan ramai manusia. Ada yg paham kita ada yg tidak. Sometimes, org yg menajaga diri kita pun tidak dapat memahami apa yg kita mahukan. Ada juga yg kata, ini yg terbaik utk kita, walhal itu pilihan mereka dan bukan pilihan kita.

Aku lebih suka utk bagi orang pilihan. Aku tunjukkan jalan, tapi yg terbaik itu adalah pilihan mereka. Aku akan katakan apa yg aku suka dan apa yg tidak. Tapi yg menentukan ianya yg terbaik utk diri mereka adalah diri mereka sendiri. Di jalan gelap, aku tunjukkan pintu mana yg ada. Mereka pilihlah pintu mana yg terang utk diri mereka. Cuma medium mana aku aku mahu sampaikannya, tidaklah aku ketahui caranya.

Dalam menuju pintu itu, ada masa kita tersesat jalan. Ada masa kita tak jumpa jalan. Alami perkara yg sukar, gembira, sedih, melesukan, pengalaman etc. Tapi itu semua cabaran sebelum kita sampai ke pintu tadi. Org yg tak berkenaan, tak perlulah sentiasa nak tunjukkan apa yg kononnya baik untuk mereka. Kita tunjukkan cara, merekalah yg hadapinya. Kerana mereka yg pilih, pintu mereka.

Kalau mereka gembira, kita gembira. Kalau tidak, kita cuba seadanya utk buat mereka gembira. And kita... tidak patut terima apa2... selain daripada kita gembira bila kita dapat lihat org yg kita sayangi itu gembira.


sometimes... bertolak ansur adalah salah satu daripadanya... Kalau dulu kita dah dapat apa yg kita punya, biarlah org dapat bahagian mereka tiba waktunya...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...