Friday, April 30, 2010

Wide and Straight


Dlm buku yg aku beli aritu (tgk entry b4 this)


Dia kata... Lelaki, daya penglihatannya tak seluas perempuan. Tapi penglihatan lelaki, lebih jauh berbanding perempuan. While perempuan, ada yg mempunyai daya penglihatan sampai 180°! Kalo lelaki, dia tgk depan, perut tak nampak, perempuan lain. Lelaki kalau tgk depan, kiri dan kanan tak nampak, perempuan nampak ada pakwe hensem kat kanan dia. That's why perempuan boleh keadaan sekeliling tanpa perlu pandang. While lelaki, kene toleh... "ouhhh awek tu ke?"...

While perempuan nampak sekeliling, lelaki lebih jauh pandangannya. Perempuan nampak apa yg berlaku satu bilik. Lelaki tak perasan semua tu. Tapi lelaki boleh perasan perempuan yg buka baju di apartment sebelah. Which, bininya tak perasan langsung...

Itulah cerita yg datang dan berasaskan kajian sains. Dah berevolusi beribu2 tahun. Impaknya dari kelebihan dan kekurangan ini amat dahsyat kalo tak difahami. Ada yg bercerai berai...


Hmmm....

Mesti ramai bini2 n awek yg tensen.. Kenapa la laki aku ni buta? Kunci depan mata tak nmpk. Epal dlm peti sejuk tak nampak, padahal dlm plastik je. Body languages awek kasik tunjuk dia org suka kat lelaki tu... pun tak perasan!

So sekarang ni wahai kaum perempuan... ketahuilah, lelaki tak mempunyai kelebihan menganalisa dlm ruangan yg besar macam perempuan. Jangan kata sebesar bilik atau dining hall, kengkadang depan meja pun dia tak pasan apa yg berlaku. Kita org tgk 'on the spot'... Kat mana yg biasa kita org tgk, situ la kita org pandang dan spotlight kan.

Pandangan lelaki bukan macam lense kamera Ultra-Wide tau. Kita org ni Telephoto tau..

Now, back pada lelaki pulak... Perasan tak... kengkadang, pakwe or laki korang tunjuk something. Yg jauh.. "tgk tuh... nampak tak?"... tapi korang tak nampak. DAh ditunjuk, tapi tak nampak. Kengkadang, perempuan boleh heran, macam mana mende yg jauh tu, lelaki boleh perasan, while mende depan mata tak nampak!

Hah, tu la puan2 sekalian, lelaki memang camtuh. Kita org nampak mende yg kita org focus, walaupun mende tu jauh. Tapi, yg kita org tak focus, mmg tak nampak. Walaupun mende tu dlm kocek baju! And the best part... dia org tak perasan pun yg bini or awek tu pakai baju baru! kan?

So... memana bini2 yg dah slalu gaduh2... marah2... angin2 ngan laki korang tuh. harap la maklum... bukan laki korang tu hopeless kengkadangnya... just memang nature kita org macam tuh.

And one more, sometimes, disebabkan korang punya vision tu tinggi sangat, jgn lak kau terlalu tgk apa yg laki korang buat tu sesuatu yg asyik tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Itu tak betul, ini tak betul... Jgn la smpi marah or bebel tak ingat kat laki kau. Kalau dia tak jumpe kunci depan mata, jgn la bebel setengah jam. Try la gurau sikit dalam marah tuh.


BTW.... Perkahwinan bukan utk memperbetulkan pasangan kita, tapi melengkapkan...




Ps-Apsal entry aku cam berbelit hah??? Korang baca la sendri buku tuh!

1 comments:

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

hahaha... betol2..
kajian tu mmg betol..
one of other fact, lelaki boleh focus one thing je while perempuan multifocus.. contohnya, dalam dia tgh masak, dia boleh tgk anak dia tgh wt pe, bley cuci pinggan, dengar radio, menyanyi at one time.. hehe.. syukur jadi perempuan kerana wanita istimewa =)

btw doctor kita pnah ckp, "wanita ini menyusahkan dan kompleks tetapi tetap dicari lelaki" :P

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...