Thursday, April 15, 2010

Tangan Ibu


Semalam, aku lunch date ngan Kak Enie... Ada 2 cerita yg aku mahu cerita...

1st... Anak ibu...

Adik kak enie lebih tua dari aku. Tapi belum berkahwin. Anak ibu. Setiap kali bawak awek tunjuk kak enie. Kak enie approved. Tapi lepas tu tak jadi. Katanya ada mende yg masih kurang. Kengkadang dibandingkan dengan mak kak enie. MAk kak enie pandai masak, pandai jaga umah. Even kak enie pun ikut mak nya. Pandai dan kreatif bila memasak...

Well.. aku pun macam tu!

Tapi... aku kata kat kak enie. Tak boleh la macam tu. Yup, betul... Kalau ikutkan... semua 'anak mak' mahu isteri dia masak sebest masakan maknya. sebab itulah masakan yg dier rasa dari kecil sampai dia besar. But aku kata kat kak enie...

Tak fairlah kalau baru kahwin or sebelum kahwin nak bandingkan ngan masakan mak. Sebab, mak dah 'suap' kita dari kecil. Mungkin dah berpuluh tahun kita makan dengan org yg baru je abis sekolah dan nak belajar makan. So accept la apa yg dia org 'ada' tu. Kalau nak sama dengan masakan mak, then aku kata, cari la janda2 yg dah kematian isterinya. Yg dekat sama umurnya dengan mak kita. Sebab pastinya, experience dia org memasak tuh dah berpuluh tahun!

Aku kata, cam aku... aku bukanlah memilih smpi lmbt kahwin. Bukan nak cun gile babeng... It's just aku nak pilih apa yg aku rasa selesa. Perfect wife bukan semestinya sentiasa perfect wife kak...


2nd... Tangan ibu...

Kak Enie cete... Ayahnya dah berapa kali cakap... Sejak kak enie takde maid nih. Anaknya makin happy. Makin gembira. Makin baik. Bawakkan bekal, confirm abis makan kat sekolah. Tak macam ada maid. ASik2 ayah dier ckp camtuh. Katanya, tu la, sblm ni, anaknya cuma makan masakan indon. Masakan kedai. Sekarang, masakan mak. Kalau dulu, yg siapkan baju indon2... sekarang maknya. Kalau dulu, rumah kemas pun, mak rileks. Tapi sekarang, rumah kurang kemas tapi anak tahu mak yg kemaskan. Sama2 kemas...

Itu komen ayah Kak enie...

Aku kata... betul la tu kak...

Kengkadang anak bukan lah nak rumah yg perfect or masakan yg sedap2 (sebab byk masa utk masak cam maid). It's just dia org nak rasa... masakan mak....

So... aku ckp kat kak enie. 1st rule... No maid! Jgn harap rumah aku nak ada maid! 2nd rule... Bini aku mesti belajar masak.

Mcm cerita pertama... Aku bukan nak yg perfect masak. Macam masakan mak. Tapi kene la belajar. Aku bukan bayar mas kahwin free2...  Aku soh dia belajar masak. Kalau ari2 aku makan mamak. Ari2 aku makan kat restaurent. Baik aku tekel awek restaurant tu je... Tak pun ngorat je anak mamak tu. Makan free... SAma je...

Aku kata kat kak enie. Aku boleh accept yg dia tak pandai masak sekarang. Or baru nak masak. Or ckp balik rumah busy. But... kalau betahun2 busy. Berminggu tak masak... Kalau bertahun2 kasik peluang utk belajar tapi taknak belajar... Then... aku takleh accept. And... aku kata kat enie. Dia tak boleh marah aku kalau aku 'merajuk' bab tuh.

Aku ckp, dia ada masa berpuluh tahun utk belajar masak sebelum jadi usia cam mak aku. Kalau berpuluh tahun, tak ambil peluang tu utk belajar. Then aku kata... Maybe ramai lagi yg nak ambik peluang tu. Aku ckp kat kak enie... aku serius...

Aku kata... Sometimes aku suka tgk org cam mak aku. Cam kak enie. Cam org lain... Penat pun, balik umah. Cuma nak masak. Walaupun simple... It's just usaha dia aku suka.

And aku ckp kat enie. Kengkadang aku pelik kat sesetengah bini2 org ni. Dier marah2... Dier tensen2... Dier geram2 kat laki dier bila laki dier cam 'tak bermaya' bila tgk dier. Nak kata laki dier ada perempuan lain... tak gak. It's just laki dier cam layan tak layan.

Aku ckp kat kak enie. Sesetengah org tu, tak patut la salahkan laki dier kalau dier sendiri tak berusaha jadi isteri. Lelaki mmg camtu. Kengkadang dier perlukan masa utk senyap. Dier ada peak, ada down. Biarkan. Takyah bising2. As isteri buat macam isteri. Tapi kalo lelaki senyap, dier merajuk. Bising2. Taknak sediakan makanan. Macam mana lelaki tu tak lagi senyap. Bayangkan, kalo effect kak enie tu bole wat anak gembira. Ada effect tak suami yg makan nasik dari air tangan isteri sendiri? Biarlah tak sesedap restaurant. Tapi at least dier mencuba. Kalau lelaki tak puji, tapi Allah puji... Betul?

Pada aku, suami kena paham la. Zaman sekarang bukan cam dulu. Isteri busy. So teme la yg dier tak bole masak hari2... But isteri kena paham jugak. Busy pun, buatlah apa yg patut... Tak bangga ke perut laki buncit sebab kita masak yg dier kena makan hari2? Tak malu ke kalo perut laki buncit sebab laki kene makan MSG kat kedai mamak hari2?

Seriuslah... kalau aku suruh bini aku belajar masak dah bertahun2, tapi still malas... Banyak alasan... Banyak songeh... Tapi ngadap FB, ngadap internet tak pernah lak penat... Then aku akan lancarkan kempen 'Aku mogok...'. Betul nih...Aku serius! Aku bukan suruh masak sedap, aku suruh masak... Aku bukan nak masak nasik beriani hari2. Dpt nasik, sayur lemak n ikan kering pun dah sedap!


So take note... isteri2... bakal isteri2... bakal nak abis sekolah... Air tangan seorang Ibu tu byk kesannya. Pada anak... pada suami... So... belajar2 la ringankan tangan di dapur... As for me... jgn risau... aku sikit2 aku tahu masak... (jgn aku yg lebih masak dah la!)


Renung2kan...

1 comments:

eazlye said...

sokoNg statemeNt masaK memasaK tuh..
cam aKuh, abg n ayah..dari keciK dah biasa maKan toMyam tuk dinner...tp biLa dah besar [akuh 22tahun] baru maK seboK2 nk masaK...buKan lar aKuh x hargai masaKan mak akuh....tp tekak kaMi mmg dah wajib dinner with tomyam sabri kat simpang umah tuh..

kdg2 cian gak tgok mak akuh masak tp sume makan nk xnk...buT for me..iTs to Late sKit...smpai kdg2 abg akuh merungUt sbb kaLo xmkn nti kene bebeL...

aKuh sgt jeLes 1 masa duLu biLer sumer kwn2 ckp mak masak sedap....but Now..baru dpt merasa...sekaLi sekaLa baLik kg...dpt mkn masakan mak best jugak..cume kami adik beradik suka compare kan ngn kdai punyer masakan..

beruntung kamu kerana mak masak utK kaMu Lebih siHat....

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...