Monday, November 30, 2009

Kita Ni Bukan Siapa Pun...

So dalam bercuti. Yg aku tak balik kampung ni. Duduk sengsorang. Sedang memandang monitor, surfing internet. Tetiba, IM aku berkelip. Wahhh... 'Kawan lama' sudah mai... Mari mari!

So kita org borak2. Blablablala... Cete itu ini... Then she told me about one thing. Minta pendapat aku macam dulu. Tentang sesuatu. So, as kawan, aku bagi pendapat aku. Tak la besar mana. Bukan boleh bercerita di Mekdi atau F2F pun. Just IM... Limited...

Ini ceritanya (setelah aku dpt kebenaran utk cerita kat blog ni)

Dia... ada kawan. But lately dia agak kecewa ngan kawan dia. Yg dia anggap kawan baik dia. Bila kawan dier dah tak kisah lagi tentang dia. Tak macam dulu. And lately, kawan dia makin berubah. Tu yg kawan aku nih rasa kecik hati. Sometimes sedih gak. Sometimes geram sebab kawan baik dier tuh sekarang cuma cari dia bila perlukan dia je. Kalau tak, tak lah cari dia. Mungkin busy dengan kawan barunya...

Well... Aku kata something kat dia. Beri pendapat. Bagi nasihat... But... Tak perlulah aku cerita semua apa yg aku cerita kan. Sebab certain part tu agak sensitif. But aku kata, 'kalau kau tak suka, jangan kau buat kat orang lain pulak!'


Itu kawan dia, mari kita cerita kawan kita. Sebab sometimes, kita akan alami masalah yg sama kat sini. So, biar aku cerita kat sini versi aku sendiri. Yg aku janji kat kawan aku, aku akan taip balik dlm blog ni...


Kita Ni Bukan Siapa Pun... Kawan Je

Continue below - Click Read More


Betul what. Most of the time, kita ni kawan je. Tak kisah la kita cakap BFF ke, Best friend ke, sedara mara ke, adik beradik ke... Itu cuma status kita dengan kawan kita... Kita ni bukan siapa pun... Kawan je. So jangan sampai kecik hati sangat. Kita dengan dia masih lain mak lain ayah...

Aku pernah tahu, aku baca dan aku dengar. Ramai yg kecik hati ngan kawan kita. Sampai la ada tahap bergaduh2, berdiam diri, kecik hati, sound direct dan etc. Pada aku, kalau kita nak risau sangat, nak sedih sangat pun... Tak gunalah... Kita dah berusaha jadi kawan yg baik. Kawan yg support kawannya bila dia org susah. Kawan yg respek kawannya bila dia org perlukan privacy, kawan yg nasihat kawannya bila mereka lakukan kesilapan. But... still you should know babe... "Ki ni bukan siapa pun"... KAWAN JE...

Betul kan?? Sometimes, kita hairan. Kenapa org jahat. Mafia, Samseng lebih respek kawannya berbanding org yg kita anggap BFF or whatever nih. Samseng2 ni lagi berani mati utk kawan dan 'saudara' dia org berbanding org yg kita trust. Ada masa, kawan kita tu, tak payah kata mati or sacrifice utk kita. Nak tolong time dia org penat pun susah! Tak payah cerita org. Look at us sudah!

Sebab tu ada istilah.... "Carilah kawan yg boleh kita cari pukul 4 pagi". 

Tu one thing.

Sometimes... Ada kawan. Bila dia rasa kita ni seronok. Dia dekat kita. Tapi bila dah tak seronok. Or maybe, sebab kita buat silap sikit. Dia ignore kita. Then comeback bila dia ada masalah, dia akan datang semula kat kita. So babe, that's the ugly truth about someone yg kita panggil My Friend. Bukan semuanya 100% macam yg kita harapkan.

Jangan ingat, apa istilah pun yg kita panggil dia org ni, akan buat kita kekal jadi kawan baik selamanya. Mengarut la kalau istilah BFF tu bole pakai kat semua org. Certain group ok... But not all.

Sometimes... Lebih rapat kita dan dia, lebih fragile relationship tuh.

So babe... Jgn mandom sangat. Kalau kau, yg rasa diri kau dah banyak sacrifice utk 'kawan' kau tadi rasa kecik hati dengan dia. Fahamlah... Dia pun manusia biasa. Mungkin dia tak perasan apa perasaan kau pada dia. Mungkin dia tak perasan apa yg dah kau lalu (mungkin gak kau tak pernah cete!). Mungkin dia tak sedar, Mungkin dia blur2. Mungkin dia pentingkan diri sendiri. Mungkin dia ada reason lain. Mungkin juga dia memang jenis macam tu. Kita tak tahu...So bagitahu dia apa yg kau rasa...

Kalau kau dok senyap. Layan cam biasa. Treat macam tak ada apa yg berlaku. Then mende yg sama akan berulang. Trust me. Sesetengah manusia memang macam tu. Bala seberang pulau boleh nampak, rezeki depan mata boleh ignore.

But terpulanglah pada kau. Kalau kau still nak salahkan diri kau. Then its up to you. Aku dah cakap apa yg aku nak cakap. And aku dah beri pendapat aku macam mana yg kau nak. Treat kawan baik. Kalau satu kawan tak baik dengan kita macam yg kita harapkan. Dont worry, akan datang nanti 10 kawan yg akan baik dengan kita bila kita perlukannya. Yg penting, niat kita betul. Yg kita ikhlas utk sayang kawan kita. Other than that, biar Allah je yg tentukan.


Lagipun... Kita ni bukan siapa pun... Kita ni kan kawan je... And remember this... (Aku ambik dari Txeet)...
"I dont want a friend who smiles when i smile who weeps when i weep for my shadow in the pool can do better than that"


Ps - Thanks 4 calling me 'your guardian angle'. Aku suka lagu tuh... Aku ni just kawan kau je. So aku buat apa yg termampu...


1 comments:

Anonymous said...

slm..
seyes cite kwn ko tue sebijik cm cite ku..BFF a.k.a kwnbek smpi syurge ku wt kt ku cm tue gk..sume nsht ko bg tue..ku dh pernh wt..wt bdoh..wt pndi g tgur die..wt perli..wt pe lg x..ku rse sume dh kot..tp mlm ngis kot sb sedih..hukhuk..pernh gk slhkn diri ku sb mungkin ku xckup memhmi n sbr..tp bile ku story kt sume org evn yg hti bek giler pun ckp..mungkin kwn ku tue mind die ckp ku ni BFF tp hti die "hmpeh!"..tp seyes ku suke article ko ni..cayalh beb!!!..

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...