Tuesday, November 03, 2009

Bersih, Kemas dan Ceria

“Saya tahu satu kes itu pasangan berkenaan bercerai hanya kerana salah seorang daripadanya mempunyai bau badan seperti keropok ikan,” katanya.


For some, criteria dia nak cari isteri adalah cantik, comel, my taste, berharta, ada kerjaya, pandai simpan duit, alim dan etc. Sama ada pilihan dia atau pilihan keluar.

Well this is mine. Bersih, kemas dan ceria.

Aku tak kisah kalau dia tak berapa cantik (tapi takde le cam kambing), tak kisah kalau dia tak berapa alim, tak pandai simpan duit sangat, tak berharta sangat or apa saja. Yg penting... 3 elemen kat atas tu ada...

Tapi tak adalah aku mahu yg pembersih sampai tahap menyusahkan aku. Kemas sampai tak ada silap salahnya. Or ceria sampai terlupa dunia.

Dalam 3 perkara kat atas tu. Aku takde le perfect kat situ. But aku titik beratkannya.

Pembersih... Aku takde le bersih mana. But aku tak suka mende yg kotor. Jiran aku dah kene sound sebab pengotor. Aku pernah sound org sebab campak sampah depan aku. Even aku tak suka pergi camping or hiking sebab nanti aku bawak baju yg byk. Sebab tak selesa pakai baju sampai 1-2hari yg sama. Biarlah bersih. Nampak kotor, dibersihkan. Tak perlu berkilat. Tapi bersih. Bersih tu kan baik. Nampak perkara yg kotor, kalau itu dalam lingkungan kuasa kita, bersihkan.

BTW... aku slalu tgk awek yg jalan. Kengkadang kecewa... Muka cantik. Gaya ada... Tapi kuku kaki panjang tak potong... Pengotor... Yup... sampai tahap tu aku boleh tgk awek tu pembersih ke tak...


Kemas... Aku bukan pengemas. kalau tengok meja aku. Berterabur gak. Bilik aku pun takde le cam bilik anak dara. Bilik bujang. But aku tak suka kalau tempat yg org lain boleh tengok, boleh nilai kita itu tak berkemas. Pada aku bilik adalah privacy aku. Tapi, ruang tamu utk tetamu. Utk org melepak. Utk org lain. So make ruang tamu as ruang utk tetamu. Tersusun. Walaupun tak cantik, tapi biar la kemas. Walaupun tak canggih, tapi mata tak penat tengok. Kalau dah tonggang langgang... sakit kepala!

Dulu aku dok umah bujang. Aku je yg dok bilik. Yg lenlain nk tido depan tv. Aku tahu bilik aku gelap dan rasa sesak. But... aku taknak, sebab aku tido luar, aku jadi tak pengemas. Aku marah la housemate yg buat camtu. Sbb aku tahu... sah2 kalo ada tetamu datang, rumah nampak gile tak berkemas. Yup, betul aku kata, byk kali parents yg dtg... memasing kibut nak kemas. Tilam, bantal, surat khabar, majalah semua bersepah. Confirm parent tu kata... "Anak aku duduk dengan org yg pengotor..." WAlaupun anak dia pembersih...


Ceria... Org tu mesti ceria. Taknak mandom. Taknak sedih or cerita masalah je. Kalau tak ketawa, at least tersenyum. Bila ada masalah, boleh berfikir dengan waras. Boleh berbincang. Bukan nak maki hamun semua orang. Bukan nak nangis 24jam. Bukan nak tu semua. Dia kene ceria. Tapi taklah sampai mende yg patut sedih pun dia nak gembira gak. Pepandai la.

Org yg ceria ni menyenangkan kepala. Meringankan masalah. Mengembalikan semangat. Dan mungkin buat kita ceria juga!


Ermmm... aku sambung lagi pasal ni nanti... Baca artikel tu sepenuhnya di bawah...

KUALA TERENGGANU: Memang sukar untuk dipercayai tetapi kini percayalah - bau badan (body odour), adegan seks dan baju tidur yang membosankan (boring pyjamas) telah dikenalpasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri ini.

Untuk itu, Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka satu cara inovasi untuk memperbaiki hubungan kelamin di antara suami-isteri khususnya di kalangan mereka yang baru berkahwin.

Paling utama dalam senarai inisiatif baru ini ialah untuk menjemput syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan bau-bauan yang eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah.

Malah kerajaan negeri juga ingin mencadangkan supaya pasangan suami-isteri lebih kerap bermandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan jalinan mesra mereka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Muhammad Ramli Nuh percaya, langkah ini akan mampu mengurangkan kadar perceraian di kalangan masyarakat Islam di negeri ini khususnya di kalangan pasangan muda.

Bercakap kepada akhbar The Star semalam, beliau mendedahkan bahawa apa yang membimbangkan sekarang ialah setiap tiga dari 10 perkahwinan di negeri ini berakhir dengan perceraian.

Beliau menambah, perpisahan kini menjadi satu trend yang sangat ketara di kalangan pasangan yang berusia di antara 25 hingga 30 tahun.

Muhammad Ramli berkata, apa yang mengejutkannya ialah apabila beliau mendapati, pasangan yang telah berkahwin di bawah lima tahun dan kini berada diambang perceraian menyatakan bahawa perlakuan seks yang rutin dan bau badan yang keterlaluan adalah punca utama mengapa mereka hendak bercerai.

Malah beliau juga terkejut apabila dimaklumkan oleh para kaunselor nikah kahwin, yang terdapat juga suami-isteri yang mengadu mereka jemu melihat cara pasangan mereka mengenakan baju tidur yang tidak memberansangkan malah pada kebanyakan masa hanya mengenakan kain sarung dan kemeja t sehingga menjemukan sehingga membawa kepada hilangnya keghairahan untuk mengadakan hubungan kelamin.

“Saya tahu satu kes itu pasangan berkenaan bercerai hanya kerana salah seorang daripadanya mempunyai bau badan seperti keropok ikan,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga Pembangunan Keluarga Negeri akan meminta bantuan syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan pewangi khas untuk pasangan-pasangan yang bermasalah ini dengan harapan ini akan membantu mengekalkan perkahwinan mereka.

“Saya juga ingin menggalakkan pasangan yang baru bernikah ini supaya mengamalkan mandi bersama kerana saya pernah bertemu dengan satu pasangan dari Kelantan yang masih lagi mandi bersama walaupun mereka telah menjadi datuk dan nenek dan perkahwinan mereka kekal bahagia sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Mungkin, katanya, semua pengalaman ini patut dijadikan satu daripada kurikulum yang perlu diperkenalkan kepada pasangan yang akan menghadiri kursus perkahwinan di Negeri Terengganu.

Muhammad Ramli turut menambah bahawa pihaknya juga sedang mencari konsultan yang dapat memberi tunjuk ajar kepada pasangan yang telah berkahwin mahupun yang akan berkahwin bagaimana hendak menghias diri agar kelihatan menarik dan segar mata memandang.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...