Wednesday, October 14, 2009

Transkripsi




Bukan cete pasal SN lah...

Tadi, aku pindahkan personal data dari harddisk lama ke harddisk baru (1 tera beb!). So dlm pindah2, byk mende yg aku jumpe. And yg menarik perhatian aku bila aku jumpa semula log file, transkrip chatting, email outlook. And boleh aku kata, 3/4 dari apa yg aku jumpa tu dah berumur lebih dari 5tahun! Some of them, sangat detail! Sampaikan aku sanggup copy dari Yahoo Mail (yg dulunya cuma beri 2MB) ke dalam notepad utk simpanan aku sebab YM dah penuh.

Keterjumpaan ini mengingatkan aku pada 2 cerita. Or maybe boleh aku kata 2 nasihat kepada aku oleh orang lain...

1... Dari seorang suami orang. Kira2 7 bulan yg lepas... "Beb... Bukan aku nak tipu bini aku. Aku cuma tak bagitahu dia. Kalau aku ada YM log, nanti dia boleh tahulah!"... bila di tanya aku pasal aktiviti sexchatnya...

2... Dari seorang kawan. Bertahun yg dulu. "Takleh beb... Bahaya... Skandal kita jangan letak log beb. Kalau awek aku baca. Mati aku! Yg lain set la log. At least aku ada log. Kalau kantoi pun, dia ingat aku tak set pape!".. Aku tanya semula, dah tu, aku skandal kau ke sampai aku pun takde log kat kau? "Hahaha... kau takleh beb, sbb byk cete kita yg bahaya!"... Tahu takut!

Well... nasihat berguna kan?

For some, macam aku, log amat berguna. Utk aku rujuk, ingat, memori, peringatan, nasihat, limit, batasan atau sebagainya. Bagi yg lain, log or email orang lain adalah senjata yg bakal makan tuan. Pepatah mereka, dah buat... Delete cecepat!


Berani kerana benar..

Dua orang ni... Adakah mereka berani kerana benar? Tanya diri kita, adakah kita berani kerana benar? Aku berani kerana benar dan takut kerana salah. But, kalau dah salah, kenapa nak nyorok lagi. Right? Berani buat, berani tanggung. Kalaupun bukan salah kita (or takkan ada masalah pada kita), kenape kita nak kene tanggung salah orang lain? Adakah sebab sebab orang lain tak jujur, kita juga nak jadi tak jujur macam mereka? Berbaloi? "Kalau awek kau maki aku. Soh aku kasik tahu, aku bgth! Taknak aku kene maki sebab nak cover ko punya hal." jawab aku pada kawan aku tadi...

Log or email lama tadi. Takde la aku tunjuk kat awek or bini aku. Tak mintak pun aku nak tunjuk jugak. Tak la kan... Aku tak sebodoh itu. Tapi kalau dia tahu juga, then tahulah. Itu kisah silam aku kan? Accept me. At least aku tak hide something and akan sentiasa tidak menerima perbuatan aku tadi silap.. So aku bole sentiasa lakukan kesalahan aku. Itu aku pada masa lepas. Mungkin itu aku sehari yg lepas. Maafkan aku...


Sejarah akan berulang

Sometimes, aku perlukan 'history' macam ni. Chat or email. So that aku boleh refer balik. Apa yg aku salah. Macam mana aku nak betulkan. Macam mana aku nak tahu aku salah tapi aku tak perasan. Kenapa ini salah utk org ini tapi bukan pada orang lain.

Sejarah akan berulang. But kalau apa yg berlaku itu semuanya tak penting bagi aku. And just ignore segala kesilapan or kesalahan aku. Then aku takkan nampak sejarah tadi berlaku utk kebaikkan aku pada masa depan. And in the end. MUNGKIN... makin lama aku makin teruk. Hiding something bigger dari yg ada sekarang. Mula2 berbohong... lelama mencuri. Siapa tahu? Right?

One of the email lama... yg sangat panjang... 'Dia', Fila nasihatkan aku... Betul, aku tak suka dipuji. Sebab aku takut kalau pujian tu melalaikan aku. Sampai aku lupe apa yg patut aku lakukan. But... Tak semestinya sebab aku ni tak suka di puji, aku tak boleh puji orang lain. Perempuan suka dipuji. Minta dipuji. Minta disukakan hatinya... Nasihat dia dan permintaan dia yg aku cuba perbaikki step by step. Tq Fila...

What if, kalau aku padam saja email tadi. Boleh aku perbaiki semula nasihatnya yg aku dah lupe 10tahun akan datang? Aku tak rasa akan jadi macam tu. Aku tak kisah dari siapa email tu. Tapi kalau ianya baik, then why not utk aku ikut semula? Kalau buruk utk aku, then itu batasan utk aku.

So, walaupun aku rasa aku penat baca. Some of them, menyakitkan hati or menyeronokkan. But, ada sebahagiannya yg aku boleh guna. Tak semua yg pahit itu tetap pahit kan. Ada yg manis dan mampu memadam kebencian.


Hak... Dan Jujur...

Log, data, chat, email etc... adalah hak sendiri. But kita boleh tahu siapa diri kita dengan tindakkan kita.

Cete No 2... Kawan aku boleh kata... "Aku mana ada apa dengan dia". But... kenapa dia nak takut nak buat log YM utk sorang ni kalau dia kata takde apa-apa? Right? Takut awek dia tahu? Takut pakwe budak tu tahu? Kalau kita tak buat salah, kenapa nak takut kantoi? Kalau takut nak kene belasah ngan pakwe dia, kenape kau nak buat lagi keje bodoh tuh?

Orang yg rasa dia salah, buat salah and takut di persalahkan je yg takut bila RAHSIAnya diketahui orang lain. Org yg tahu dia masih lagi bertindak betul. Dia tak takut. Tak kisahlah pada apa yg bakal menimpa...

And... one more thing... Jujur... No 1... Do you think suami orang ni jujur? Nope... Memang dia tak tipu sebab bini dia tak tahu and dia tak beritahu. Tapi tindakkannya jelas yg dia ni sememangnya suami yg tak jujur. Apatah lagi nk dikira suami yg mithali. Adakah kita boleh anggap lelaki ni suami yg baik? Or maybe isteri yg baik? Walaupun facebook dan friendsternya penuh dengan gambar anak dan isterinya so that kawan opis tahu dia ni sayang isteri. Berlakun je tuh... Aku lagi respek org yg tak sayang bini 100% tapi tak berlakun compare ngan orang yg 25jam berlakun sayang bini walhal perangai lagi setan dari istilah 'papa jahat'.


Remember this... Takut kerana salah, berani kerana benar. Look at us... siapa diri kita bila kita hadapi keadaan di atas...



Note :
..........Well... last week... Ira kata kat Siti... "Takpe siti... nanti abang apis cete sendiri. Ko tak payah tanya la'. Betul, tak lama lepas tu aku yg cerita. Siapa ex aku no 2!

Hahahaha... Itu salah satu sebab kenapa aku masih simpan semua log or email walaupun ianya 'berbahaya'!. Sebab... aku senang terlepas cakap pasal diri aku or rahsia aku. And in the end, aku yg kena. Kalau aku cuba hide... Delete sms, delete email or ape saja pasal kejahatan or kenakalan or ketakbessan aku. In the end, org akan tahu juga. Apatah lagi, org tahu yg aku nak nyorokkan cerita tadi. Tak ke makin teruk aku kena?? "Ouhhh buat salah, then pura-pura jadi alim!".

Yelah, yelah, aku tak baik... But at least aku bukan macam cete laki orang tadi kan? Betul? Infact, thousand times better dari dia walaupun aku tak kaya, takde tunjuk gambar bini, awek etc dlm blog, friendster or FB. Kengkunun gile babi punya bapak mitali yg disukai ramai oleh kaum perempuan. Kan???

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...