Wednesday, October 07, 2009

Right Thing, Right Place & Right Time

Since lama dah aku tak cete macam ni. Ni aku sambung. But this one, aku just kasik contohnya saja dulu. Ceritanya... Penerangannya... Nanti aku akan cete...

Idea ni aku ambik dari buku Outliers - Malcolm Gladwell. So... Kita teruskan dengan contoh2nya...

  1. Bill Gates tak jadi manusia terkaya kalau masa kecilnya dia tak berpeluang dapat belajar computer dizaman susah mendapat computer lebih kecil dari 1 bilik rumah kita. Dia tak juga berpeluang kalau dia tidak berlatih menjadi programmer dengan 10000jam latihan (dlm masa 7-8tahun) berbanding orang lain yg mungkin hanya pegang komputer 2-3jam seminggu. Bill Gates takkan jadi kaya kalau dia tak dapat ikat kontrak dengan IBM. Microsoft juga takkan berjaya kalau Bill Gates dan rakannya tidak dilahirkan dan membesar dan mampu menubuhkan syarikat pada zaman komputer sudah mampu dimiliki oleh ramai orang. Apa akan jadi kalau Microsoft lahir selepas Apple berjaya dan Apple tidak mahu ikut cara sekarang sebaliknya menjual Mac OS kepada IBM? Adakah Bill Gates akan jadi orang terkaya dunia?
  2. Misbun dilahirkan dalam keluarga Sidek yg meminati Badminton. Dilatih berjam2 sehari. disokong, dididik, dibantu oleh keluarga tanpa penat. Kemudiannya dia membesar di kawasan yg mudah untuk pergi berlatih Badminton (masih lagi sejam dua dari KL) dan diberi peluang untuk menyertai pertandingan Badminton. Dapat membuat latihan dengan BAM. Dan kemudian dibantu oleh kerajaan untuk menjadi juara. Adakah Misbun akan jadi juara kalau ayahnya tidak meminati Badminton dan menyuruh dirinya berlatih berjam2 sehari? Adakah dia juga akan menjadi juara kalau dia duduk di ceruk kampung di pendalaman Sabah yg sukar untuk pergi menyertai pertandingan badminton walaupun dia mempunyai bakat?
  3. Seorang perempuan dilanggar seorang lelaki. Bertaburan kertas temuduganya. Lalu lelaki tadi meminta maaf sambil mengutip semula file dan dokumen yg berterabur tadi. Perempuan tadi tersenyum dan memaafkannya. dia tak kisah dan dia tak marah. Pada petang esoknya, dia mendapat kerja dengan cara interview yg sangat mudah. Kenapa? Sebab yg menemuduganya adalah orang yg melanggarnya. Adakah dia sanggup teruskan temuduga tadi kalau dia tahu dia telah memaki lelaki tadi? Adakah lelaki tadi yg berasa bersalah lalu memberikannya kerja dengan mudah? Mungkinkah dia dapat kerja dengan mudah dan ditemuduga sambil lewa kalau dia tidak dilanggar oleh penemuduga tadi yg akhirnya merasa bersalah terhadap perempuan tadi?
  4. Seorang lelaki yg duduk ditepi sungai ketika sedang memancing menjadi hero di akhbar apabila dia menyelamatkan seorang lelaki yg terjatuh kedalam sungai. Kejadian tadi dirakamkan oleh jurukamera amatur dan disiarkan diseluruh rangkaian televisyen. Akhirnya, dia diberikan penghargaan oleh menteri. Adakah lelaki ini akan menjadi hero sehebat ini kalau tiada jurukamera yg merakamkannya? Yg kemudiannya muncul di buletin utama dan ditonton oleh menteri yg memberikan anugerah tadi. Adakah dia menjadi hero kalau dia tidak tahu berenang dan tidak tahu berbuat apa2. Dan adakah dia menjadi hero kalau dia ini bukan kaki pancing?
  5. Nik, kawan aku, kenal suaminya, Si Azri di McD Sg Buluh. Pada masa yg sama (pada mereka berkenalan tadi), mereka kelaparan dan disebabkan lapar, mereka memesan makanan di McD. Dan disebabkan di Sg Buluh tak banyak pilihan restoren, McD menjadi pilihan dan bukannya seorang pizza dan seorang lagi Carls Jr. Kerusi di McD tadi penuh selepas mereka mengambil foods. Oleh kerana mereka cuma berseorangan dan ada tempat duduk untuk orang lain. Jadi mereka berdua berkongsi tempat duduk. Duduk bersama, berborak dan bertukar nombor telefon. Adakahkah Deja (anak dia org) akan wujud kalau McD tadi kosong. Mereka tak lapar atau mungkin mahu makan ciken chop di kedai paktam dan mereka tak lakukan apa yg patut (bertukar nombor telefon)?
  6. Seorang lelaki jumpa seorang perempuan. Mereka tertarik antara satu sama lain kerana mempunyai kesukaan yg sama. Persamaan menjadikan mereka baik dan mempunyai perhubungan yg baik. Namun mereka tidak dapat bersama. Ini kerana 'masa'/'time' tidak menyebelahi mereka. Walaupun perbuatan dan tempat telah mempertemukan mereka dan mereka tahu mereka akan sangat gembira kalau dapat bersama. Namun keduanya telah berkahwin. Apakah yg akan terjadi kalau mereka melakukan perkara yg sama di tempat yg sama cuma kali ini mereka tiada siapa yg punya?
  7. Seorang lelaki baik dengan seorang perempuan bila lelaki tadi mempunyai masalah dengan aweknya. Perempuan tadi memberikan nasihat dan kata-kata rangsangannya. Namun awek lelaki tadi meminta break. Lalu mereka berdua menjadi baik. Dan akhirnya bersama. Adakah lelaki tadi dan perempuan tadi akan bersama kalau perempuan tadi tak endahkannya? Adakah mereka akan bersama kalau aweknya balik semula kepadanya sebelum mereka sempat berbaik semula? Adakah mereka akan bersama kalau lelaki tadi tidak menceritakan masalahnya pada orang lain lalu hanya memendam dalam dirinya tentang masalah dirinya dan exnya tadi?

So cukup contoh??? Faham tak faham? Lu fikir la sendiri.... Kita cerita lagi esok.... taking care...

1 comments:

Anonymous said...

best best

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...