Tuesday, September 15, 2009

Raya, raya, raya


Ok... Itu baju raya aku... Serius! Tshirt raya aku. Actually I'm waiting kalau2 ada org bagi baju raya ke ape ke. Tapi takde. Sedih... :(... Aku yg bagi baju raya, kasut raya, duit raya ada la... Kat irfan je dah brape abis(aku mana la reti beli baju raya baby nih, tak tahu mahal ke murah baju 2 angka tuh)

Well raya ni nak kata meriah tak, nak kata tak meriah tak. Aku tak celebrate mahu pun cuba nak celebrate. Cam yg aku kasik tahu, yg di atas adalah baju raya. Itu saja yg aku beli masa puasa ni. Selainnya tu, ada la pakaian yg aku beli 1-2 bulan lepas. Masa mega sale. So aku kire tak consider baju raya la kan? Tu pun 1 jeans.. And satu tshirt "Save Energy, play in the dark"... Cukup... raya ni kita pakai short! Ouhhh pinjam baju melayu ayah... (bukan org tahu!)

Entah, tahun ni aku tak berminat sangat nak beraya. malahan, aku berharap, minggu ini dan minggu depan cepat abis. So that aku boleh balik ke opis dengan segera selepas raya. Macam tak menarik pulak raya ni, except aku boleh melayan Irfan walaupun aku takleh tunjuk dia macam mana nak main bunga api!

Well puasa nak abis. Ada yg cukup, ada yg tak... Ada yg skip sehari ada yg skip 7-8 hari. Tapi ada yg skip sebulan penuh! Well, puasa ni penuh dugaan. Tak semua datang dengan baik, tapi tak semuanya yg datang itu cabaran. Tapi aku bersyukur, aku survive sampai ke hari ini.


Syukur...

Tahun ni takde yg menarik di bulan puasa. Except masa aku buka sengsorang last 2 week kat Lowyat. Bila aku nampak seorang pakistan (mungkin la) cuba jual tudung Rm7 kat aku. Kesian ada, tapi nak beli pun aku nak watpe? Aku tak tahu ape yg aku patut beli.

Entahlah, menariknya pada ketika itu sebab aku rasa... Aku patut bersyukur. Walaupun aku rasa aku ni tak happy cam orang lain. Walaupun aku rasa aku ni tak kaya cam orang lain. Tapi... aku masih lagi mampu berbuka dengan baik. Tak perlu berjaja dan cari rezeki ketika orang lain berbuka puasa. Rezeki aku mungkin kurang, tapi aku tak perlu nak berusaha keras untuk cari sesuap nasi. Dan menelan air liur ketika org lain berbuka...

Mungkin belum sampai masanya aku semakin miskin atau semakin kaya. Tapi aku bersyukur dengan apa yg ada. Pengalaman tak sampai 10 saat yg menyedarkan aku. Sesusah kita, yg diduga dengan pelbagai dugaan bekerja sebagai staff bawahan di Maybank, masih lagi kita mampu untuk makan yg sedap2. Berbelanja yg cantik2. Belikan pakaian, kain, perabut utk mak ayah dan juga anak buah. Pakistan tadi... Mampu ke?


Insaf


Every puasa, macam ini yg aku cari. Mungkin malam lailatul Qadaq aku tak mampu lagi sentuh. Tapi, cukup aku dpt sampaikan di sini. Yg kita, ramai pembaca patut bersyukur bila datangnya Syawal. Sebab kita masih lagi mampu membaca blog dan menulis blog. Sedangkan orang lain masih lagi berusaha untuk mencari sesuap nasi untuk dirinya dan keluarganya. Untungkan kita. Syukur kita pada Allah... Insaf yg kita sebenarnya lebih beruntung. Itu baru Di Malaysia. Di negara lain? Muslim di afrika?

So... tak kiralah bagaimana pesiapan kita hari raya ini. Sama ada baju kita ada atau tak. Siap atau tak. Cantik atau tak. Baru atau lama. Sikit atau banyak. Murah atau mahal. Aku tahu, kebanyakkan dari kita... Jauh lebih beruntung dari puluhan juta lagi umat islam di Dunia.

Mana yg termampu nak bantu, bantulah mereka... Bulan yg berkat masih ada beberapa hari. Dermalah selagi mampu. Hulurkan bantuan selagi mampu. Kalau bukan dengan wang ringgit yg berkeping, mungkin buatlah mereka tersenyum buat seketika... Jom... kita jadi bantu orang yg memerlukannya?


so... selamat berpuasa... dan selamat berbuka... Wish raya? Belum lagi!

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...