Thursday, September 03, 2009

Early Edition


Hi

Aku kat 43rd Floor... Right now 3.28am...

Debug still run. Tak tahu  le bile nak abis. Cam taknak abis je dia org nih. Dia org dah balik umah while aku belum balik lagi dari pagi semalam. Ye... kol 845 pagi semalam. Dekat 20 jam yg lepas. So sementara kepala otak aku tengah jalan ni, baik aku taip something sementara aku monitor mende alah nih.

and dalam menunggu tuh... Aku wat something and type something... Random thought aaa...


1. Space
Last week aku ada wat random check. Space kat server. Search *.mp3, *.jpg and etc... So aku find out. Ramai yg menyimpan gambar 'peribadi' dalam server. Macam mana aku tahu? Bukan la aku nak cek sesatu gambo tuh. Takde masa. Just check kat path/folder apa nama. Kot dah tulis... Gambar menaiki kereta lembu sah la bukan gambar opis kan.

Aku tak kisah kalau nak letak gambar. Tapi kalau boleh space kasik kecik. Last week aku manage utk clearkan space server dlm 4 gigs. Still tak cukup utk 2 bulan. So... Aku harap, lepas aku inform semua org nih, space boleh naik jadi 10gigs.

And lagipun... Bahaya letak gambar personal kat server opis nih. Semua org boleh share. tengok and copy. Mana tahu nak wat bomoh ke kan.Hahaha... So sila check balik server tuh. Delete or letak la kat personal pc gambar or file mana yg personal. And pesan sesape... Tq...


2. Ignorance is an asshole
Sape cakap ignorance is a bliss. Kalau ye pun bukan setiap masa. Coz ada gak ignorance yg jadi asshole. Contohnya kalau dah dinasihat utk kebaikkan dier tapi masih berdegil. Ehhh dier je yg betul. Walaupun org yg tegur tu org yg sayang dier. Dia still ignore. Nak wat camne? Tu kire asshole la kan? Bodo sombong.

Bukan la org cakap kene wajib ikut. Or kene ignore semua. Just dengar. Tapi kalau apa yg kita dengar tu kita tak setuju, sebaiknya tanya dulu bebetul. Jangan dengar je terus bangkang. Apatah lagi kalau org yg cakap tu care pasal kita.  While ada org yg terus terus bangkang. Ada gak yg senyum or senyap... Tapi takde ape jadi lepas tu. Ignore je. Sok wat lagi. Sok buat lagi.

Sometimes, walaupun kita tak seronok ngan  apa yg orang kata. Dengar je lah. One day, maybe kita guna walaupun sekarang kita ignore.


3. Lelaki banyak songeh
Lelaki banyak nasihat tu bagus. Lelaki yg baik. Hopefully la. Banyak bercakap pun bagus. Ada komunikasi. Boleh hiburkan pasangan.

But kalau banyak ckp n banyak nasihat. Memang la org ignore. Annoying! Apatah lagi kalau nasihat tadi nampak tak serius! Orang ingat kita ni memain. Kalau nasihat, cakap nasihat. Tak payah nak ada... Hehehehe, kekekeke, hahahaha, wakakakak... Nasihat. Then bila dah ok... Lepas tu nak hilangkan stress, ketawa la. Dlm nasihat banyak ketawa, certain org tak percaya., Maka jadinya item no 2 kat atas...

Tu lelaki..

Manusia pun sama. Pandai bercakap tu bagus. Tapi banyak sangat bercakap tu kengkadang tak bagus. Nanti ntah ape2 yg kita merepek. Dari niat baik jadi tak baik. Dari orang suka jadi benci. So berhenti bercakap bila terlalu banyak bercakap. Sama gak cam ketawa. Berhenti ketawa bila banyak ketawa. Kalau tak.... rahang korang jem nanti!!! Makan tu bess, banyak makan sakit perut!

Ohhh... sometimes perempuan benci kalau lelaki banyak membebel kan? Cakap ok, tapi jgn terlalu banyak. Especially menyampuk! Perempuan sakit hati. Kan? Kalau bukan sekarang, lelama nanti...


4. Halangan
Dulu... masa aku kekecik ayah hilang kereta. Masa hilang tu, memacam halangan datang dalam family aku. Dah la hilang kereta, bini sedara tu boleh tuduh ayah aku curi kereta sendiri (sebab kete tu ada kat dier masa hilang). tak pepasal ayah kene gi interview ngan polis. And nyaris ayah kene lockup! Dugaan memang banyak. Masa hilang kete, mak ngan ayah gi bandar naik motor, kene hujan. And kita org dok umah. Nak setel masalah tuh. Ada lagi masalah yg aku tak perlu cete kat sini... So...

Ada org pesan... Cuba perhatikan apa yg kita miss?  Maybe Allah nak ingatkan itu pada kita.

Ermm... Aku tak pasti. But aku pernah dengar cete. And mungkin ada betulnya. Sometimes kita berzakat, tapi kita lupa, zakat byk jenis. Mungkin Allah tarik harta kita yg lain kalau kita lupa berzakat. Mungkin la... After that, family kita org cuba fillupkan zakat2 yg orang selalu lupa. Zakat emas, harta, pendapatan n lain2. After that, everything balik pada asal. And rezeki melimpah ruah. At least for us... Ada zakat emas tak bayar?

And aku teringat... (nanti aku explain lagi bebila)... Ada sorang abg tabligh. Pernah bercerita kat umah kawan aku. Pasal cobaan...

Katanya... Sometimes, cobaan yg datang disebabkan kita terlupa pada something. Contoh, kita melanggar sumpah kita yg kita kata. Mungkin juga kita disumpah orang yg benci dengan perbuatan kita. Kita langgar janji kita pada seseorang sampaikan terjadi sesuatu dan dia terasa teriniaya. Kita tak ikut apa yg kita minta petunjuk (isktiharah) maka kita dapat yg sebaliknya. Kita buat kejahatan dan langgar perintahnya, kedekut dan beberapa perkara lain... Byk cete abg ni cete. Mana yg aku ingat, nanti aku cete one day nanti... Insya-allah...

Selebihnya... mungkin itu dugaan Allah supaya kita jadi hambanya yg lebih beriman atas setiap halangan dan cubaan yg dia ciptakan pada kita...

 
5. Jeles
Lelaki suka perempuan jeles. Tapi jeles sikit je. Jeles bebanyak....... Lelaki lagi menyampah. Rasa terkongkong. Rasa macam diperhatikan. Tak kiralah sebaik mana pun tujuannya, still, lelaki dan perempuan tetap berbeza istilah jeles tadi. So jangan ingat kalau perempuan rasa itu baik kalau dia jeles, utk lelaki itu tetap baik dan setia tapi yg berlaku sebaliknya. Tak percaya? Kenapa org yg break ngan awek dia walaupun tak ada ape2 yg berlaku... Sebab dia rasa macam terkongkong. dia lelaki... Ingat tu...

Sometimes, ada lelaki yg tak tunjuk yg dia terkongkong. Tapi dia pendam perasaan dijelesinya tadi... sampai dia meletup. Cuba tanya... Kot2 dia bagitahu. Better dari dier meletup. Kan?

Ada lelaki suka awek dia buat dier jeles. So that dier boleh sentiasa rasa nak sayang awek dier. Dia rasa sentiasa kena mencuba. Boleh sentiasa terasa dicabar. Kerana terasa jeles itu adalah cabaran utk buat dia stay.

Ada perempuan rasa, kalau lelaki tak jeles gak lepas dier cuba nak jeleskan tu, maybe lelaki tu tak kisah. Or maybe dier tak sayang. Abis dah wat jeles pun buat tak tahukan.

BUT... even kalau kita nak buat jeles, or tak sengaja buat jeles. Sama ada untuk kebaikkan atau takde niat... Buat jeles tu berpada. Kene ingat kak... Bunga sekarang ni lagi ramai dari kumbang! Kumbang boleh pilih ikut sukahati. Org cakap... amek la tetengah...


6... aku dah ngantuk!!!!!
Ok... dah kol 4.40am... Mak baru lepas call. Tak sahur kat rumah ke? Hah... sahur kat opis mak... Mak sahur la sengsorang (coz ayah takde)... So... secara kesimpulan... Bila aku ngantuk, aku boleh taip ape je. Tapi ayat ntah ape2. Tonggang langgang. Bersepah. Harap korang paham. Cete ada, tapi ntah ape2...

Aku sempat berfikir, tapi tak sempat nak susun. Kreativiti dan masa tak mengizinkan... Harap maklum...

Ok le... harap2 by 6am dah balik. And aku nak tido seharian. Take care... and have a nice day! Cheers!!!

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...