Monday, September 14, 2009

Aku kan abang...


Aku dilahirkan sebagai anak pertama dan cucu pertama (sebelah mak). So secara tak rasmi, aku semacam abang bagi mereka-mereka ini.


Bila yg tertulis untuk ku, Adalah yg terbaik untukmu...

Mak pernah cerita. Masa aku kecik, dekat umur 2 tahun aku dapat adik. Ing. Mak kata aku ni tak tak baik ngan adik gak. Mak kata, masa aku kecik, katakan aku tengah main atau mendokong adik aku, Ing. Kalau pada masa yg sama aku dipanggil orang lain. Aku letakkan ing. Tak kiralah kalau masa tu aku di luar rumah, maka aku letak je Ing atas rumput!. Dan terus pergi ke arah org yg panggil. Mungkin itu sifat aku dari kecil.

Secara ikhlas aku bukan abang yg baik. Walaupun aku ramai adik, tak kiralah adik betul, adik sepupu, adik sedara, adik angkat, adik kat opis or apa jenis adik pun. Aku masih tak anggap diri aku sebagai abang yg baik. Aku cuma boleh cuba jadi abang yg baik.

Mereka semua adik. Ada yg happy, ada yg suka, ada yg bangga, ada yg geram, ada yg sakit hati, ada yg marah dan sebagainya. Aku cuma abang biasa. Yg serba kekurangan. Abang yg takde power yg special. Yg mampu selamatkan adiknya bila ditimpa masalah. Aku juga abang yg biasa yg biasa marah bila adiknya membuat salah.

So bila aku tahu, kelemahan yg aku ada pada aku masih kecik, aku cuba perbaiki. Sedikit demi sedikit. Still aku tahu. Aku takkan dapat jadi abang yg baik.


Adik, Ini bukan macam iklan Digi...

Macam iklan 'aku kan abang'. Aku tak selalunya dapat treat mereka dengan baik. Sayang tetap sayang. Tapi aku tak pandai memanjakan adik2 aku.

Pada aku, adik sama seperti orang lain. Perlu tahu jaga diri. Perlu ditegur. Perlu dimarahi. Perlu diingatkan. Perlu itu dan ini. And macam yg org lain tahu, seorang adik biasanya memerlukan perhatian, lebih lagi mereka yg bergelar adik bongsu. And aku, sebagai abang, tak dapat lakukan dengan baik. Tak kiralah adik betul atau adik tak betul. Bukan aku tak boleh jadi dan bertindak sebagai seorang abang, tapi sebab aku tak dpt dalami perasaan seorang adik. Jadi, ada kekurangan dari segi emosi sebagai seorang adik.

Adik aku adalah kawan aku. Baik mereka pada aku. Baik juga aku pada mereka. Adik, kawan aku juga. But, 'jahat' aku pada adik, tak pernah aku biarkan mereka jatuh kan?


Nakal.. Tapi tetap Re5pect!

Sejak aku kecik2. Aku memang dibesarkan dengan diminta untuk hormat orang. Mak, ayah, atok2 dan cikgu, semua soh hormat orang yg lagi tua. Walaupun mereka bukan abang yg betul, kita kena hormat. Kalau mereka hormat juga kita sebagai adik. Tak kiralah akak2, atau abang2... Kalau mereka treat aku sebagai kawan, aku treat mereka sebagai kawan.

And to be frank... Aku bukan juga adik yg baik. Jahat pun boleh. Nakal? Sudah tentu! Tak percaya? Tanya akak2 di sini. Tanya cheyah. Kan? Aku adik yg nakal. Suka kacau orang, suka buli orang. Suka kutuk orang and suka kenakan orang. But... kalau mereka, akak2 dan abang2 perlukan pertolongan aku. Then aku tolong. Mereka kan akak dan abang... Tak mintak lebih. Aku bukan minta gaji untuk tolong mereka.

So... Kalau aku tak bertindak sebagai seorang adik yg baik pada abang atau akak2 aku, then maafkan aku... Aku tak pernah rasa menjadi adik. Kalau aku juga tak hormat mereka sebagai abang atau akak, then maafkan juga aku. Aku tak tahu macam mana mahu bertindak dan hormat mereka yg lebih tua dari aku.


Sayang, sayang, sayang adik...

Aku tak dapat rasa jadi adik. Mendalami perasaan sebenarnya menjadi seorang adik. Aku tak ada akak, tak ada abang. Jadi aku tak dapat nilai dan tahu apa perasaan sebagai seorang adik. Aku tak dimanjakan, aku tak dipuji "adik ni pandailah". Aku tak ditolong atau dibantu. Aku tak ditegur oleh abang atau akak... Aku belajar sendiri dan aku kenal sendiri perasaan tadi. Dari pengalaman atau pemahaman.

So kalau tindakkan aku sebagai abang tu tak kena pada 'adik' aku. Then sorry... Something missing inside me.

Aku ada ramai adik. Adik terangkat, adik angkat, adik tiri, adik opis atau apa jenis adik pun. Aku anggap mereka adik as long as mereka hormat aku sebagai abang. And jadi 'adik' aku, ada kelebihannya. Walaupun tak semuanya best untuk semua orang.

Tapi... aku tahu... Walaupun aku bukan abang yg baik. Aku tetap mahu adik-adik2 aku jadi adik yg berjaya dan jadi adik yg baik. Be a good adik...


Tak betul ni dik...

Nama aku Hafidz (bermaksud penjaga/pelindung)... maka aku rasa, kalau aku tak lakukan sesuatu bila seorang adik memerlukan aku. Aku rasa aku tak berfungsi as seorang abang yg boleh menjaga atau melindungi adiknya.

Lumrah dunia... Bila ada adik. Ada yg nakal. Ada yg bermasalah. Ada yg degil. Ada yg baik. Ada yg gedik dan memacam lagi. And sebagai abang. Certain part dari masalah adik, adalah masalah abangnya. And that part, aku tak boleh lari dari tanggungjawab as seorang abang... Cuba, kene cuba untuk buat mereka lebih baik. Sebab aku kan abang. Tapi aku bukan abang yg baik.


Adik, na na na na... Senyum ye...

Sayang adik. Maybe, orang lain sayang adik, dia katakan sayang. Dia ucap yg baik. Dia beri hadiah yg indah. Dia menaikkan semangat. Dia belai adiknya. Tapi bukan aku.

Bila aku kata aku sayang adik... Bila aku kata aku akan jaga adik aku... Maksudnya, aku akan jadikan dia adik yg baik. Aku akan buat dia gembira. Walaupun aku takkan jadi sebaik dia dan tak sehappy dia. Aku akan tegur, marah, nasihat, beri pendapat dan sebagainya. aku akan buat mereka ketawa, gelak dan tersenyum. Mungkin aku tak dapat jadikan semuanya baik, but sekurang-kurangnya aku tahu... Maksud nama aku di atas tadi, taklah di sia-siakan.

Namun, aku minta maaf, kat adik2... kalau apa yg aku buat tadi tak bersesuaian atau tak kena dengan citarasa mereka. Aku cuma abang. Tapi aku tahu, niat aku tak salah. Aku nak adik aku jadi yg terbaik. Cuma beri aku peluang untuk 'didik' adik aku dengan cara aku.


Long Live Abang

Aku tak tahu sejauh mana lagi aku akan hidup. Mungkin sampai minggu depan, mungkin sampai 100 tahun lagi. Tak ada siapa yg tahu kan?

Aku akan tetap jaga adik2 aku. Cuba untuk jadi abang yg baik. Kalau adik aku jadi jahat, aku akan tetap buat yg sesuai. Sekurang-kurangnya, kalau mereka masih lagi nak jadi jahat, biarlah jahat itu ada tujuan yg baik.

Aku tak dapat sokong semua tindakan mereka, tapi mana yg baik, aku akan tetap sokong. Mana yg tidak, kita still boleh bincang as abang dan adik kan?

And as adik, aku nak mereka tegur aku, marah aku atau cakap apa yg patut kalau aku buat sesuatu yg membuat mereka rasa abang mereka tak patut buat macam itu. Tegur.... Nasihat... Marah atau sebagainya... Kalau kita tak bersetuju, kita masih lagi boleh berbincang kan?

As long as mereka hormat aku, aku akan hormat mereka as adik. Aku tak minta mereka (sama ada adik ori atau adik tak ori) untuk sayang aku. But aku tahu, aku tetap sayang mereka.

Cuma aku mahu mereka faham. Sayang aku bukan semuanya indah setiap masa. Sebab, pada aku, nilai sayang itu kalau ianya membinasakan... Maka itu bukan sayang namanya.

Aku tak mintak banyak, just hormat aku as abang. And aku akan hormat balik. And aku juga tak minta banyak dari adik2 aku yg baik, jahat, nakal, bergedul, tua muda nih... Buatlah apa yg menggembirakan korang semua. Tapi... jangan sampai aku hilang hormat korang as adik. Itu je permintaan aku


Ermm... Walaupun aku tak lengkap pakejnya sebagai seorang abang... Aku kan still abang???


btw - Aku dapat rasa, bini aku pun seorang adik juga (lebih muda dari aku)

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...