Thursday, August 13, 2009

Kita bukan kuli.... okay?

This gonna be a long entry...

Ok... Hari ini, Khamis, aku agak moody. Hinggakan ada seorang yg perasan yg aku berbeza. Aku ckp aku ni cam ombak. Ada up and down. Banyak perkara yg berlaku dalam satu masa. But this thing make me piss off! About us...

Kerja sebagai seorang... errmmm nak namakan ape?



KULI

Siapa dia dalam dunia ni yg bekerja dan sanggup jadi kuli boss dan hamba syarikat? Kalau ada pun, maybe bilangannya sangat sedikit. Yg rela pun... mungkin ada maksud tersirat.

Ya, seorang staff responsible ke atas kerjanya. Dia perlu buat yg terbaik untuk laksanakan tugasnya. Tapi tak ramai yg mampu untuk buat 100% perfect setiap masa. So, atas dasar 'peri kemanusiaan', sesetengah company menjalankan operasi 'kulikan' staff untuk buat mereka capai matlamat 100% baik setiap masa. By hook or by crook, staff perli buat sebaik mungkin.

Maka lahirnya performance mgmt, SLA, consequence mgmt, industrial relationship, code of ethic, code of conduct, agreement blablabla and so on. Itu yg biasa kita dengar. Ada yg lebih teruk dari itu. Malah ada syarikat yg seakan-akan menghamba-abdikan staff mereka. Maka lahirlah kisah tentang satu syarikat jenama sukan terkenal yg membuli staff mereka di China. Gaji murah kerja teruk. Juga terdengar cerita tentang gergasi hypermart yg mencekik darah staff di Amerika. Kononnya, gaji murah utk turunkan kos supaya harga barang lebih murah. Namun pemilik masih lagi top 10 terkaya di dunia.

Staff bukan hamba... Sesetengah syarikat memahami istilah ini. Google antara syarikat yg mengambil inisiatif untuk kebaikkan staff mereka. Staff bukan saja sayangkan syarikat tadi, malahan mampu bekerja dengan lebih baik. Tanpa mengabaikan personal life.

Budaya sesebuah syarikat juga membezakan antara satu sama lain. Walaupun mereka datang dari jenis perniagaan yg sama, budaya kerja mereka berlainan. Contoh, Ing, adik aku, pernah bekerja di syarikat british. Mereka tidak berapa peduli pasal staff. Sekarang di ada di syarikat dari Amerika. Syarikatnya kini lebih mesra pekerja. Malahan insentifnya lebih baik!



Personal Life

Sudah berapa banyak yg kita dengar tentang masalah personal life yg datang disebabkan kerja? Ada yg gila, ada yg bercerai, ada yg break, ada yg bergaduh, ramai yg sakit, ada kurus, ada yg tak cukup tidur dan ramai juga yg kepala jadi tak centre.

Antara salah satu punca ialah disebabkan syarikat nak berjimat kos. Dan ada juga punca akibat mgmt tak pandai susun struktur organisasi. Kununnya mahu mengikut struktur taraf dunia. Tapi kalau dunia guna teknologi yg lebih canggih. Masakan mereka yg tak ada teknologi canggih ini boleh lawan mereka? Kalau org lain klik-klik dah boleh keluar surat dalam masa 1jam. Kemudian update. Takkanlah nak samakan mereka yg kena buat manual utk dapat masa yg sama. Tak ke bodoh namanya tu mgmt?

Kos... Bila sebut kos boss kata, kita gunakan 10 orang saja. Sedangkan kerja tadi perlukan 15 orang. Jadi dengan 10 orang, mereka perah tenaga staff bawahan untuk buat kerja yg banyak. Mereka penat. Personal life terganggu. Dan bila masa mereka boleh kembangkan ilmu dan kreativiti mereka kalau dah kerjanya 15jam sehari? Otak manusia bukan macam CPU. CPU tak boleh complain. Manusia?

Kengkadang, kita lihat. Yg buat kerja macam sampah ni dimarah dimaki. Kononnya kerja macam siput sedut. Bodoh... Bangang... Kerja simple pun tak boleh buat dengan cepat. Bila di marah, bonus kurang, perluang naik kerja pun susah. Manakala, yg kerja rileks, dipuji sebab kononnya mampu hasilkan kerja yg lebih baik.

Kengkadang tak ke rasa bodoh ke ape? Kalau kerja penat, rasa penat dan rasa ditindas. Macam mana mereka nak lahirkan idea yg baik? Macam mana mereka tak marah? Kalau org penat, org marah, adakah mereka dapat beroperasi 100% baik? Deiii... thambi... Jangan kata kuli... boss kena marah ngan shareholder pun takleh fikir dengan baik tau!

Timbang rasa la sikit. Boss-boss bawahan ni. Fight for staff. Sebab kalau staff lengkap hidupnya... Mereka dapat bekerja dengan lebihbaik. Siapa yg untung? Boss! Staff tak minta boss buat kerja sama. But at least boss kena lah timbang rasa.




Boss yg Emo.

Petang tadi aku duduk dengan kawan2. Dia org cete. Bosan kerja dengan boss perempuan. Boss kena marah, dier kene marah. Boss emo, dia kene marah. Tak silap pun kene marah. Period pain 31hari sebulan!

Pinjam status kawan aku, Aumi di Facebook.... "sekarang anda memang terbukti BOSS PEREMPUAN yang bitchy, bodoh, dan hanya tahu memarahi vendor anda tanpa usul periksa. Anda baru sahaja menepati stigma yang cuba ditepis oleh golongan professional wanita lain - boss perempuan tunjuk power dengan menjengkelkan orang lain disekeliling anda."

Bukan aku kata boss perempuan tak bagus. Mereka bagus. Kalau perempuan tak bagus, tak ada org kata, "perempuan ni kalau dapat buang emosi tak stabil dier dier boleh conquer dunia". Mereka lebih baik dari boss lelaki. But will be better kalau emosi tu sentiasa stabil dan tak menjengkelkan staff setiap masa.

Ada boss, bila dia gaduh ngan laki, staff kene. Sikit punya hal, boleh bising satu unit. Aku kenal boss atas tu. Ada boss, dia tak tahu nak buat ape... Dia buat hal yg menjengkelkan supaya dia nampak lebih berkuasa. Walhal... Taip email je. Ada boss, yg tak tahu buat ape. Tak tahu buat apa tu takpe, ni tak ape-ape. Tak ke payah. Bila tak tahu, bertanya. Tak... Dia marah dulu. Ada boss yg cakap main lepas. Mulut lebih jahat dari mulut boss lelaki yg cakap.. babi, sial, barua bila lepak lunch. And yg jadi masalah. Bila ada boss yg suka bias. Jambu dia kerja senang. Buat semua baik. Tak jambu... Gi mampus.

...Jangan la emosi sangat. Jangan la bias sangat. Kesian la kt staff. Kalau staff mogok... Siapa susah? Kenapa tak kerja sama? Mereka pun ada life. Mereka pun ada perasaan. Mereka pun penat. Kalau boss rasa dia busy, staff lagi busy! Boss busy dan sakit hati. Dia boleh lepas kt staff. Abis staff kuli ni? Nak lepas kt sape? Boss semula? Boleh ke? Berani ke? Nak taknak... lepas kt suami, kat isteri. Kat anak. Bila gaduh... Prestasi menurun. Boss tak fikir ke tu?

Orang kata, kita kena sacrifice kesenangan untuk capai target yg lebih baik. Tapi apa salahnya kalau dapat dua-duanya sekali? Kan baik kalau boss perempuan tiru perangai boss lelaki yg baik dan boss lelaki tiru perangai boss perempuan yg baik? Kan lagi bagus? I've seen, ada boss yg ramai org tak suka... but jauhhhhhh lagi berperikemanusiaan dari segi personal life staff dan hak mereka.



Cut Cost

Dah la kerja macam nak mampus. Company cut cost. Ot dan meal allowance tak bagi. Sebab bajet tak cukup. Tapi disuruh kerja sampai malam. Apa ingat staff ni lahir dari satu lubang? Mereka pun ada mak lain2.

Bila dia org kerja. Bagi la imbuhan yg sesuai. Tak yah la nak cut cost sangat. Apa salahnya approve je memende alah tu? Bayangkan, mereka kerja lebih 4-5 jam sehari. Sanggup balik rumah malam. Tak jumpa anak, tak gi dating, tak jumpe isteri, tak tengok tv. Semata-mata kejar target. At least appreciate la something. Kalau ada sedikit imbuhan. Dapat jugak kerja lebih masa tu bagi duit tambahan. Belikan toys utk anak. Belikan baju utk wife. Sakit hati dia org sebab ayah dan suami balik lambat terubat gak. Ni dah la tak dapat jumpe. Takde ape2 lak tuh! "Abang ni ada perempuan lain ke kat opis? Balik lambat, tapi duit tak gak bertambah???"

Itu ok... Ada boss. Dah la allowance tak approve. Cuti macam nak mampus baru dapat. MC pun banyak songeh. Nak bawak bincang pun kena marah... Tapi dia... bill minum belanja staff pun claim. Yg ada... Gaji berpuluh ribu. Tapi claim duit duit service kereta. Kononnya memang eligible. Abis... staff gaji seciput yg tak dpt claim pape yg dia dah kerja macam nak mampus ni, still kene bayar service kete sendiri? Ada tu, boss claim millage. Tapi staff yg gaji seciput, tak berkira pun utk company. Apa punya nasib daa... Macam barua dikerjakan syarikat.




FIGHT FOR YOUR RIGHT

Boss patutnya fight la utk staff. Kengkadang dah ada kemudahan. Dah ada peruntukkan utk staff. Tapi boss buat tak tahu. Buat-buat busy. Cost la ape la. Tapi... kalau cost pun... Kenapa ada yg performance staff pun tak buat? Ouhhh, bila time bonus boss... Berkira. Staff wat keje lambat, dia maki2. Sebab nanti bonus effect. Tapi bila staff punya performance, punya bonus... Dia wat tak tahu je. Busy... Busy ape?

Fight la utk staff. Kalau boss hormat staff. Bila company hormat staff. Staff hormat boss and company balik. Takkan la nak mereka hormat dan sayang disebabkan nak mengipas je. Tak jujur. Kena ingat, org yg tak jujur nih... Tak lama. Yg dipuji dan di sanjung orang tak jujur pun senang rebah. Nak ke boss dan syarikat jatuh sebab yg kawal syarikat tu org yg tak jujur dan tak sayang syarikat? Yg pentingkan diri mereka?




Sometimes

Sometimes... staff bukanlah minta banyak. Mereka nak dihargai. Mereka nak juga ada masa utk diri mereka. Mereka nak dicelebrate. Mereka nak disayangi. Ada dari mereka dah korbankan hidup mereka utk company. Takkan sikit pun syarikat dan boss takleh respect mereka. Takkanlah 400 sebulan pun tak boleh bagi mereka duit tambahan? Gaji mereka tak seberapa, jadi bagilah sikit. Mereka bukan mencuri. Mereka cuma selesaikan tanggungjawab mereka.

Kalau mereka gembira.... Siapa yg dapat benefit????


LU FIKIR LA SENDIRI!!!


Ps - Masalah besar ke boss approve OT org yg balik kerja kol 11 kalau kerja dia memang banyak? Bukan duit boss pun kan? Kalau staff report kat union sebab dia tak dpt allowance camne? siapa yg kena? LU FIKIR LA SENDIRI!!! Kengkadang kita terlupa. Nak jimat something, kita kena bayar lebih. Tak service kereta sebab berjimat, tapi kene overhaul yg beribu!

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...