Friday, August 07, 2009

Jangan Makan Rasuah



I said to my lil-sis kat sini... Tentang abg pistolnya yg baru mula bekerja...

"Cakap kat ****... kerja bebaik. JANGAN MAKAN RASUAH!.. Kalau dia terima rasuah, abang la org pertama yg akan report dulu".... And itu bukan nasihat tapi AMARAN! Ingat tu! Aku harap abg pistolnya takkan terlibat dan tak terpikat ngan duit dan harta mende lain. Itu tanggung jawab dan amanah dia pada rakyat dan negara. Jadi Abg Pistol bukan tempat nak jadi kaya. And aku nasihat ni sebab Aku ni kan abang!

Yup... Aku anti rasuah. Bebetul punya anti. Bukan setakat mengutuk polis ckp polis makan rasuah. Mengutuk BN sebab ahli politik BN kononnya semua makan rasuah. Tak.. Aku bebetul anti rasuah. Tak kisah la sesiapa pun...


Bila sebut rasuah. Polis. Polis. Ahli politik. Kastam.

Rasuah ada di mana-mana. Sektor swasta pun ada. Rasuah still tetap akan ada kalau kita masih support rasuah. Jangan salahkan org lain kononnya kita ini anti rasuah, kalau kita still buat. Tak kisah la rasuah duit, perempuan, barangan atau apa saja. Tak payah la nak bagi something utk dapatkan sesuatu. Dah dapat, baru kita bagi penghargaan, mungkin boleh terima lagi.

Ingat dalam kepala, kalau kita buat silap, tanggung. Berani buat, berani tanggung. Takyah nak cilok jalan mudah untuk lari dari hukuman. Sok... Hukuman dunia kene 2 kali, akhirat pun kene juga. Dah tuh, melibatkan org lain lak tuh! Kalau kita nak sesuatu... Tak payah la nak ikut jalan belakang. Nak rasuah. Tak bagus. Tak berkat. Kalau kita baik, lelama kita akan dapat juga apa yg kita idam.

Anti rasuah tu patut ada dalam diri memasing. YY, bekas boss aku. Jgn kata terima rasuah. Hamper raya cina pun dia tak terima! Dia kata kat aku. "I takut kalau I ambil hamper tu, nanti decision I disebabkan oleh hamper tadi". Itu org yg bukan beragama Islam. So, kalau kita, yg beragama Islam ni masih tak dapat nak kalahkan mereka... Tak payah lah... Gi la sana makan babi.

Makan rasuah itu berdosa. Bagi isteri dan anak makan duit hasil rasuah itu haram. Tak berkat. Anak jadi setan. Bini pun merewang. Hidup senang tapi tak berkat. Buat ape? Hidup bergaya tapi hasil rasuah. Bila akan ditarik balik? Biarlah hidup biasa-biasa. Tapi kita tahu kita gunakan duit yg halal. Kita tak alim, tapi duit kita halal, insya-allah lelama kita akan berubah jadi lebih baik. Tapi kalau kita alim, dalam masa yg sama kita makan duit haram... Lelama jangan kata diri kita, orang lain pun akan jadi setan juga.

Hidup perlu ada ending yg baik. Tapi kalau endingnya tak baik?

Jangan salahkan SPRM ke, polis ke, kerajaan ke kalau korang kena tangkap dek salah guna kuasa, rasuah atau sebagainya. Buat kerja bebaik, bertanggungjawab. Insya-allah one day, kita akan bahagia juga. Kalau bukan di dunia... Mungkin di akhirat nanti...


Sekian. Khutbah jumaat aku arinih. Ingat pesan aku.. Jangan terima rasuah. Jangan beri rasuah. Tuhan tak suka!

To abg pistol... "sikit-sikit lelama jadi bukit. Kalau bukit dibina dari tanah yg tak kukuh, lelama runtuh. Yg mati orang sekeliling kita. But i know, you are a good pistolman"... Hahahahaha...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...