Monday, August 10, 2009

Drama King!


Dah lama aku tak buat entry ala-ala drama. Makin serius. Ahhh... mungkin sebab aku makin tua? (ye aku sedar, takyah ingatkan lagi!)

Aku mahu bikin drama, semula, dalam blog ini. Boleh? Some drama ada maksud. Some, kosong. Some ada ada special audience. Some ada double meaning... Well... kalau bukan drama king, aku tak bikin itu cerita semua. Right?

Kita mula dengan yg ini...

..............................................

~Please sayang...~

Dia berbaring di atas katil... Memerhatikan sekeliling. Sunyinya bilik ini. Kipas terus berputar ligat. Satu round, dua round, tiga round. ahhh pening nak kira. Mahu dia muntah nanti. Dia berfikir. Terus berfikir. Mahu menyusun ayat apa yg mahu dikatakan.

Dia mula bersuara... "Do you know... I save that things and hope yg you will find out one day? I know, you will get angry to me. But at least I know... It's not the worst thing as you imagined before." Dia menarik nafasnya panjang.

Kipas masih lagi berpusing ligat.

Dia juga mula bersuara. Dengan mata kecil dan suara yg rendah. "I hate you! But I do need you too". Si isteri memegang tangan suaminya. Mencium sambil mengalirkan air mata yg deras. Titisan air mata jatuh ke atas tangan dia.

"I dont care siapa pun dia. Boleh tak you promise me something. Promise me that you will never leave us. I know, you sayang dia. I know, you suka dia. But, i minta, bukan untuk diri I. Tapi untuk Hakeem. Don't let him raise without a father. Ayah yg sepatutnya menyayanginya. Dia terlalu kecil untuk faham realiti dalam dunia ini." Air mata terus mengalir. Bunyi putaran kipas seakan semakin kuat. Berputar ligat. Tiada bunyi cengkerik yg mahu mengacau kediaman mereka di tingkat 18.

"Sayang... I Love you. But i don't know why. Maybe, ada reason kenapa semua ini terjadi. But I nak you tahu. Tidak ada sesaat pun I terfikir untuk tinggalkan you and Hakeem. Tak pernah! The only thing is, i don't know, kenapa dia ada dalam hati I." Dia mencium tangan isterinya. Sesekali terdengar bunyi nafas Hakeem dari katil kanak-kanak berdekatan.

"I love you, dear"... Kata dia pada isterinya. Mencium dahi isterinya dengan penuh keikhlasan. Membayangkan yg dia mahu melupakan kisah silam. Entah apa yg berlaku.

Dunia penuh misteri. Adakah ianya datang dengan kerelaan, penipuan atau dari sumber yg hitam. Kehitaman yg melanda mereka tidak akan terus hitam. Putaran kipas menjadi saksi akan perjanjian mereka. Dengan harapan tidak ada lagi gangguan elektrik akan berlaku. Hinggakan putaran tadi terhenti.


"Abang... I harap you dapat lupakan Zetty... I don't want you to be Gay. Please....... Dia Zaid kawan abang... Bukannya Zetty"

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...