Tuesday, August 18, 2009

CEKAL

Aku bercakap untuk mereka yg tak mampu bercakap. Aku berkata untuk mereka yg tak mampu berkata. Aku meluahkan bagi mereka yg tak mampu meluahkan. Aku berfikir... Untuk mereka dan juga diri aku.

Seperti yg kita tahu. Memasuki alam pekerjaan tidak seindah yg kita impikan. Setiap impian akan ada timbal balasnya. Setiap harapan akan ada perngorbanannya. Ada orang sedikit, ada orang banyak. Ada yg ikut jalan depan, ada yg ikut jalan belakang.

Kita bekerja, tidak semudah yg kita rasa. Mungkin dulu okay, sekarang tidak. Kalau dulu sibuk, mungkin kini bosan. Kalau dulu penat, sekarang mungkin lagi penat.

Tapi... Tidak ada yg lebih penat kalau kita bekerja ditempat yg terlalu banyak berpolitik. Tidak ada yg lebih penat kalau terlalu banyak birokrasi. Tidak ada yg lebih penat kalau ramai kaki ampu. Tidak ada yg lebih penat kalau banyak pilih kasih. Tidak ada yg lebih penat kalau budaya tai-chi menjadi amalan tempat kita bekerja.

Tak semua mengharapkan sesuatu yg miracle. Tak semua mahu jadi seperti bintang. Bukan semua. Tapi terlalu ramai yg mahu dihargai dan mahu diambil-kisah. Mereka tidak mahu miracle, mereka cuma mahu keadilan.

Namun, dengan adanya perkara di atas. Golongan yg mengikut jalan yg betul pasti akan menjadi mangsa. Mangsa keadaan. Mangsa penindasan. Mangsa tidak di sayangi. Mangsa kemarahan. Mangsa kepada mereka yg tidak pandai memahami perasaan orang lain. Mungkin mereka hanya mementingkan diri mereka.


Kita yg menjadi mangsa.

Ramai yg terasa kita adalah mangsa. Mangsa seperti yg aku katakan. Kita penat, kita sedih, kita marah, kita geram dan pelbagai lagi. Kita tak diperlakukan seperti apa yg sepatutnya kita perolehi. Kita tak dinilai seperti apa yg patut kita dinilai. Kita tak dilayan seperti 'orang dalam'.

Ada masa kita terasa seperti kuli, seperti hamba, seperti mangsa belasahan. Bila ini yg kita rasa. Sukar untuk kita bertindak dengan lebih bijak. Pemikiran kita kadang-kala menjangkau dari fikiran normal kita. Tekanan yg kita rasakan tadi tidak menjadikan kita semakin baik. Ia akan jadi sebaliknya. Tekanan yg kita rasakan tadi tidak menjadikan kita semakin tabah, sebaliknya menjadikan kita lebih lemah. Kalau ianya tidak kita tidak mengambil pedoman yg baik.

Tidak semua orang mampu mampu belajar dari kesedihan dalam masa yg sangat menekan diri kita. Termasuk juga aku.


Kuat

Hidup memang seperti itu. But... Life must goes on. Tapi, jangan sesekali kita menyalahkan nasib kita. Anggaplah itu ujian. Yang buat diri kita berjaya pada masa akan datang. Dan ingat, susah-susah kita, kalau kita memilih untuk jalan yg baik, Allah akan sentiasa bersama dengan kita. Ujian ini mungkin hanya sementara.

Ingat pesan aku ini... Kalau kita mampu harunginya dengan tabah, suatu hari nanti. Kita akan hidup dengan lebih cekal dan berjaya. Yang kuat, belum tentu akan terus kuat. Yg lemah takkan selamanya lemah. Yg suka ikut jalan belakang, belum tentu sentiasa menemui jalannya. Yg mengampu, belum tentu mulutnya akan tetap manis. Yg senyap, belum tentu tidak mampu bersuara. Yg sedih, mungkin esok tetap akan ada gembiranya...

Hidup mesti cekal... Tanpa kecekalan... Kita akan tetap sama. Tak kiralah dimana jua kita berada... Ingat pesan aku ini... Okay?


Aku dedicate lagu ini untuk semua...

CEKAL - XPDC

hayati ini aku bentang kan satu cerita
kisah manusia insan sejagat punya alkisah
pelbagai ragam kerana hidup pura-pura
bagaikan tiada ketulusan kejarkan kemajuan

siapalah antara kita sanggup membela
perbalahan penipuan atas kebenaran
memohon simpati tagih janji buka kan mata hati
pada wajah-wajah seiringan haluan perjalanan ini

oh…oh…sukarnya aku mengerti
hidup penuh ranjau duri
pilu rasa dihati

oh…oh…bilakah datang menjelma
penawar kedamaian ini
pasti ia muncul kembali

usah disangsi jalan yang bakal engkau lalui
mungkin ada benarnya di sebalik kesilapan

walau ada saki baki yang kurang senang hati
harus diteruskan dengan semangat cekal dihati

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...