Friday, July 03, 2009

Macam-macam Abang ko nih...

Tangguh lagi...

HAri ni 3hb. 8hb patut bicara. Yg mintak tak lepas lagi. Sorang dah sakit. Lepas ni sakit tengkuk, sakit pinggang, sakit kepala lutut. Then gi bedah kat jerman. Belum ape2 dah baik dan berdiri dengan segak (cari youtube). Ouhh lupe, arsenik dan cucuk HIV.

Muskil-muskil...

Mungkin peguam ni sakit sebab konspirasi BN kot? Mesti lah tuh. Kalau tak pun, mesti disebabkan mahkamah tak adil (yo la, kalau dier menang adil la...).

Muskil-muskil....

Ouhhh lupe!!! Gile lupe ahh... "Dier kan abang!"

Mahkamah tangguh permohonan Anwar

03/07/2009 11:42am

KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi menangguhkan pendengaran permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan kes liwat bekas pembantunya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah membenarkan penangguhan berikutan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah ingin membuat pemeriksaan doktor kerana kurang sihat.

Tarikh pendengaran akan ditetapkan kemudian oleh mahkamah. - Utusan.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...