Tuesday, July 07, 2009

Hantaran cam beli kete!

Dapat email nih. Ntah cerita berapa lama. Tapi takpe... Nak tanya ini cete Realiti? Maybe... Baca dulu...

Emak kepada Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"

Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer.... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu.... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."

Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"


Gelak?? Terperanjat? I was a witness there. This really happened da.... Sounds funny but if u were there confirm lost kejap.... what happened next was an UGLY scene.... bertikam lidah sampai 3 lelaki bengap datang step hero. Dorang pon kena maki terok2 dgn 'Emak kepada minah' tu.

Read This... Pernikahan dan hantaran - Pandangan seorang ustad

Aku tengok memang ada mak yg macam ni. Kan? Lebih teruk ada yg letak tinggi sebab nak lawan anak adik dier. Letak tinggi, demand tinggi, syarat pelik dan banyak lagi. Apart dari masalah cara org Msia berkahwin. Bukan tak setuju, but kengkadang melampau! Ada tu.. besar memang besar hantarannya. Tapi... kejap je... out....

Yup, anak perempuan dibawa 'lari'. Tapi bukan lari mana. Anak kita dijaga orang. Orang sayang, then that's good! Cukup la sikit2 syarat. Takyah banyak2. Takyah la nak banyak songeh. Yg penting kan anak kita bahagia. Dia yg decide utk diri dia.

Hantaran? Berapa kau boleh kasik? Kasik mana yg termampu. Mampu lebih, bagi lebih. Tak mampu... Bagi yg mampu. Tapi jgn la sampai kau keje kais pagi makan pagi lak. Kena usaha. Usaha tu hantaran kau. Itu aku. And aku tak kisah.

Kalau anak aku kawin sebab duit... Aku swing sedas dua.


Well, aku belum beranak yg dah berkahwin. TApi aku tahu. Syarat aku tak susah. Bukan kaki rempit, kaki ganja, kaki minum, kaki judi or kerja yg salah dari segi undang2... Kerja ape aku tak kisah. Yg penting, jujur, ikhlas, seronok bila dok bersama dan boleh dipercaya.

Lain... Korang pandai handle sendiri.

Apsal aku nak sibuk2? Rite? Apsal bini aku nak sibuk2? Aku tgk ada mak mertua yg... marah2 bila anak tak balik raya. Yg Dtg rumah menantu semua nak komen. Kaler dinding tak bess. Kaler langsir tak ngam. Ada yg cakap masak tak sedap. Kena letak garam. Tak asli macam zaman mak dier masak (yg mana anaknya tka pernah rasa). Then nak itu nak ini, nak itu nak ini.

Bukan aku suruh kurang ajar kat mak. Kat ayah. Tapi sometimes, jadi mak bapak ni jangan la jadi mak yg menjengkelkan. Menyakitkan hati. Do you know, berapa byk kes cerai yg berlaku di Msia disebabkan campur tangan org ke3? Bukan perempuan or lelaki lain. Tak... Family sendiri. Mak yg buat anak bergaduh2. Batu api???

And aku... Kalau aku jadi Mak mat... Aku bayar ikut kebolehannya sebagai isteri. Bukan sijilnya... Sijil master or PHD pun tak berguna dalam rumah... Betul, sijil besar gaji besar. Tapi balik rumah, gaji besar kau nak beli ape? Beli hati suami dan anak kene bayar ke? Kalau kena... Aku ingat nak bukak kedai la kat rumah. Hari2 merajuk. So bini aku yg kaya ni balik rumah asik kene beli aku je... Canggih tak idea aku?


And aku... Dont worry, Nanti.. one day... Hantaran aku tak murah sangat. But tak kan layan kalau 'terlalu mahal'... Ermmm...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...