Monday, July 27, 2009

Geram... aku punya geram...


Arinih... ada org geram, marah kat opis aku...

Tapi aku bukan nak cete pasal org nih. Aku nak cete pasal geram aku...


Tempat - Sky Bridge Times Square-Lowyat
Yg Terlibat - 5 org remaja. 2 orang lelaki. Seorang lelaki lembut berambut kaler2. Seorang beranting2. 3 orang budak perempuan tak abis sekolah berayah yg kaya tapi otak udang.
Waktu - 830mlm


Ceritanya

Aku tengah turun di tangga di BTS (Times Square). Tangga tu berhampiran dengan Bread Story.

Tetiba, bahu aku dicuit 3 kali oleh seseorang. Kedengaran 'Hi'... Bukan suara perempuan. Tapi suara lelaki lembut. Kemudian ada ketawa2 kecil. Aku pandang belakang. Apehal. Nampak kumpulan budak-budak. Ye budak2 dlm baru abis SPM... Ketawa... Ketawa satu sama lain.

Aku dapat rasa... Kununnya, bila dia mencuit aku. Kemudian bila aku pusing nanti, aku akan ingat yg mencuit aku tu adalah kawan perempuannya. Tak tahulah sama ada dia boleh ingat aku ni macam tergoda atau dia mahu buat kawan dia malu. So, bila aku pandang belakang. Si budak perempuan kenit ni cakap pada kawannya. "Babi... sial kau"...

Kemudian si lelaki, ni dan perempuan2 lain tu berlari2. Memotong aku. Kemudian berhenti di depan couple yg berjalan didepan aku. Mengusik2 antara satu sama lain. Dengan kata-kata... Yg tak menunjukkan mereka beradap sopan. Menghalang perjalanan orang lain. Kononnya mereka sangat gembira dan tak menghiraukan orang lain. Malah... Mungkin mereka juga fikir.... "Kamilah remaja yg paling gangster dalam BTS ni. Kami buat apa yg kami suka!"

Ok... org belakang dah berjalan slow. Sebab gelagat sial budak2 ni. Sampailah turun tanggi sky bridge tu. (Kalau naik, kita guna eskelator, kalau turun, tangga biasa je)

Dengan tanpa rasa bersalah. Bebudak setan ni berhenti ditengah tangga. Untuk berborak, dan bergurau. Couple depan aku dah tak boleh jalan. Bayangkan, 5 orang berdiri di tangga. Mana ada ruang utk jalan! Org didapan aku nyaris terjatuh sebab couple didepan aku tu berhenti mengejut. Yg belakang stuck. Adalah kira dlm 10-20 saat gitu.

Aku dah angin... Angin dengan budak setan...

"Woiii... Budak sial... Jalan la bodoh... Menyusahkan orang betul......." Then the rest, marahan aku tadi aku tak ingat apa... But aku tahu, ada something lagi.

Jeritan kemarahan aku tadi. Aku kira cukup kuat. Sangat kuat. Jangan kata ditangga. Yg duduk di bas stand, nak naik eskelator turut sama memandang aku. Turut pandang budak setan tadi. Aku tak pedulik. Kalau aku marah... Aku marah. And couple dan lelaki didepan aku dan belakang aku rasa lega. Sebab perjalanan mereka tak diganggu. Awek depan aku tersengih...

Lepas kene marah... Bammm... budak tadi kibut turun tangga. Sambil mencari siapa yg marah dia org. And org tahu, dia org yg kene marah. Kemudian mereka melintas jalan di hadapan secret recipe. 4 orang duduk di balik pokok. Mencari siapa. Tapi budak lelaki yg lembut dan berambut berwarna tadi melilau mencari siapa.

Aku pergi ke depan dia. Dengan muka tegas dan garang. Aku tanya dia sambil renung dalam mata yg serius... "Apsal kau tak puashati ngan aku? Apa kau ingat kau dah gangster sangat? Hah?"... Dia pandang aku. Tanpa sebarang kata... Dia terus pergi ke kumpulan kawannya di balik rimbunan pokok. Aku terus pandang. Terus pandang kumpulan tadi. Bila aku dah puas, dan org lain semua dan puas tengok aku dan kumpulan budak setan tadi... Aku blah ke Lowyat...


Serius...

Secara serius... Aku sangat tak puashati dan aku menggelegak secara tiba-tiba. Marah aku datang bila tengok budak melayu, yg baru abis sekolah berlagak gangster dan membuat orang lain susah. Tanpa fikirkan apa yg org lain akan kata, tanpa fikirkan apa kesannya pada orang lain. So aku marah. Aku marah bersebab. Bukan suka-suka hati aku nak marah...

Budak macam ni, kalau tak ditegur memang tak sedar. Kalau tak dimarah, memang jadi macam setan. So biar aku yg marah. Tak kisah la siapa pun mereka. Coz aku nak, kalau one day, anak aku jadi kurang ajar, menyusahkan orang. Akan ada orang lain yg tegur, marah atau sebagainya. Biar anak aku sedar. Dunia ini bukan besar. Kalau perlu lempang, lempangkan je...


Sorang tanya aku... Tak takut? Kalau bebudak tu nak gaduh, aku nak buat ape? Meh la gaduh. Aku nak tgk jugak, budak lembut dengan rambut kaler2 dan kawannya yg senyap tapi beranting2 tadi tu kuat ke tak. Tengok... Bolah tak 2 org budak lawan seorang yg dah tua tak cukup tenaga. Kenapa aku nak takut? Right? Kita tahu kita yg betul... Jgn takut...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...