Transformer 2 suck!
Serius... tak best!
Not good enough to make me watch it for 5 times. Tapi... Kalau ada babe yg nak belanja tengok lagi... ***Tak kisahlah kalau saya tengok 2 kali!!!
Sebelum aku komen... Apa kata kita dengar sinopsis yg aku dpt dari kawan aku, Atan Pemburu dari kumpulan Misi yg tak masuk akal. (Ethan Hunt - Mission Imposibble)
Sambungan... Transformer 3?
Takpelah... Bagi mereka yg mahukan cerita yg lebih menarik... Nanti "Transformer 2 3/4 (tiga suku) - Dendam mereka yg jatuh" aku vote pengarah malaysia, Yasmin Ahmad yg arahkan.
Ceritanya mengisahkan...
Sam witwicky jatuh cinta pada budak sekolahnya yg duduk dihujung kampung. Ini berlaku setelah Makaela terkantoi wat projek online dengan duda anak 1 dalam Meebo. Pada mulanya Sam nak bagi peluang kedua pada Makaela setelah Makaela nyanyi lagu 'Janji Ku - Sofaz" depan gate rumahnya. Tapi lepas fikir balik, campakkan cincin yg dipakainya lalu berkata... "I hate you!"... Lalu menangis guling-guling di dalam di dalam bilik lalu datanglah jejaka buncit memakai kain pelikat lalu memujuknya... "Relax la dude... Bunga bukan sekuntum"... Sam dalam tangisannya berkata... "Masalahnya papa, bunga yg ni power baba! Megan Fox tuhhh!!!"
Lepas tu Bumblebee sebagai Guardian Angle Sam, nasihatkan Sam supanya berhati-hati dalam perhubungan. Cinta tak semestinya berakhir dalam kegembiraan walaupun hinggakan robot yg menjadi botol kicap pun tahu cinta mereka. Bumblebee mahu Sam kuatkan semangat kerana peperangan antara robot jahat dan baik bakal menggegarkan dunia. Dan Optimus memerlukan Sam kerana Sam memahami bahasa Jawa, Urdu, Banjar dan Tamil. Ini sangat2 diperlukan untuk membaca transkripsi asal peperangan mereka.
Sementara itu. Major Lennox pula dalam krisis kerana perkakasan dapur dan rumahnya telah menjadi robot yg jahat. Dan bininya bising2 sebab dia tak ada blander untuk membuat sambal belacan. "Abang, abang bukan tak tahu, saya kalau takde sambal belacan macam mana nak makan nasik?"...Semasa operasi mencari blander. Datang pula seorang orang suruhan Obama mengarahkan Major Lennox berhenti menghambat blander yg sudah pandai menembak orang tadi. "Korang berenti sekarang. Berenti sekarang!!! Aku suruh kau main guitar lagu 'Pergi' tolol. Kan kawan kau baru je mati kat Iraq sebab siplis!". Tapi Major Lennox tak mempedulikan utusan tadi. Lalu dia menyuruh utusan tadi membaca sajak dan menjadi zombie di kampung pisang. Disitu juga Tan Hong Ming datang memberikan kata2 nasihat tanpa niat rasis untuk mereka berbaik semula.
Manakala Optimus pula terkena sakit jantung lalu pergi ke spital. Kepala lututnya telah diketuk oleh Dr House. House mengatakan Optimus boleh boleh cepat sembuh kalau dia menggunakan minyak Ron97 dan bukannya minyak mesra alam, bio diesel. Pembuluh darah robot tak sesuai dengan minyak berlemak. Ini kerana cell badan robot tidak sampai dengan motor Ex5 Dr House.
Dan klimaknya pula berlaku bila penjahat planet hitam mahu membalas dendam akibat Si Twin yg mendapat harta kurniaan mak bapak mereka yg baru mati juga disokong oleh Optimus Prime. (Ala-ala cerita Malaysia yg bila di dalam cerita kereta power, tapi di luar cuma pakai C70).Penjahat ini mahu menggunakan ruang angkasa syaitan dan membawa Optimus prime ke sana dengan meminjam Meja Nobita ke ruang masa yg berlainan. Akhirnya Optimus menang setelah jantung yg telah menggunakan minyak Ron97 tadi bertukar menjadi merah berkelip lalu mengangkat tangan ala-ala Ultraman Taro. Lalu dia pun memijak kepala si penjahat lalu berkata... "Who's your daddy now, biatch??"... Tapi si Prime tua ini menjawab... "Beb... You've got punked!". Optimus prime malu kemaluan lalu menyembunyikan kepalanya di dalam pasir.
Ceritanya berakhir dengan seribu persoalan bagaimanakah sambungan cerita ini pada masa akan datang. Ini berlaku bila watak sinchan keluar mencelah sambil berkata "Mama, robot jahat masuk neraka tak mama?"
Sekian...
Ni komen yg real!
Well... Aku tengok beberapa hari lepas pembukaan. Selepas orang komen, selepas aku baca komen kat comingsoon.net. Selepas diceritakan oleh orang lain. Ramai kata puashati. Ramai juga yg kata... Transformer 2 suck!
But watpe aku nak kisah pasal orang lain? Right? Tengok je lah...
Lepas kuar beramai2 abis cete tu. Ada sorang cina depan aku ni mengomel kat member dier. "This movie suck man. Hype! Storyline is not as i expected......." Ada lagi... Tak logiklah, tak klimak la, straight puya jalan ceritalah... Mengomel kat kawan dier. Sib baik la dah abis cete. Kalau dlm wayang dier bising macam ni. Memang aku curah ngan manggo tanpa ais aku! (aku anti kalau org bercakap dlm wayang)
Apa yg cina ni harap? Cete transformer ada tangkap cinta. Bumblebee joget hiphop? Lepas tu si twin bergaduh baling2 teddy bear sambil jerit "i hate you, i hate you bitch!". Lepas tu Sam gi kat perempuan tiruan si robot tu sambil kata, "I love your boobies. Can i have one please?" dan perempuan tiruan tadi menjawab... "Im coming2 oh my god!!!"...
Pelik aku bila dia kata cete ni tak macam real... Uhhh... transformer tu real ek???
Aku baca satu komen dalam satu blog mat saleh ni. Katanya si pengomen ni, jalan ceritanya tak sehebat macam cerita terakhir dia tengok... Which is... Angle & Demon... Aku macam... What the fuck??? Ni nak compare apple ngan durian? "No climax" katanya... Kalau aku jadi mamat nih. Nak tengok cerita yg ada climax., Gi tengok porno. Berbelas kali klimaks! Rite?
Transformer... Action movie... That's it! Takyah ni fikir jalan cete real ke, klimaks ke, story mengasyikkan ke... Ape ke...
Aku bukan la minat sangat transformer. But aku tak salahkan kalau ceritanya mendatar ke, menegak ke, terbalik ke ape ke. Sebab aku nak tengok cerita action. Effect power, lawak ada. Ada awek seksi. blablabla...
aku kasik 3.7 bintang. Sape nak tengok cete letup2... effect power. Nak ketawa. Nak layan hilangkan stress ngan cete action. Lepas tu nak tengok megan fox sexy. Then gi tengok. Tapi kalau nak tengok cete yg storyline dier menakjubkan dan penuh dengan kerealisasian yg lebih bersifat manusia dan kasih sayang lalu klimaks di atas seat... Ohh my gooodddd! Then jgn tengok ROTF... Takleh la gi kedai sushi mintak steak. Tak kena!




0 comments:
Post a Comment