
* CSI-NY malam tadi. Kisah seorang isteri yg terlalu inginkan anak dan jadi ibu. Tapi tak dapat akibat ada penyakit. Dia mandom. Sedih. Pressure. Dan tertekan akibat masalahnya. Akhirnya mengambil jalan 'silap' akibat kepressurean dirinya. Akhirnya kene tangkap dek CSI.
* Aku baca... Pressure dan tekanan dalaman juga boleh mengakibatkan seseorang sukar utk mendapatkan anak.
* Aku tonton... Marley and Me... Bila dia orang tak mencuba untuk tak dapat anak, dia org dapat anak. Ramai pulak tu. Walaupun pada awalnya mereka pressure sebab cuba sebaik mungkin dapat anak. Tapi bila tak cuba... Dapat pulak. Sampai tak terkawal. Kenapa?
Keyword - Pressure/Tekanan
No... aku bukan nak cerita tentang dapat anak. Tapi semua... Life
Kalau kita 'contoh' kat atas boleh dikaitkan. Maka. kita boleh tahu, tekanan perasaan boleh mengganggu sistem dalam badan kita. Mungkin dengan sebab tertekan, isteri nak 'main' pun tak berselera. Then aku tahu/kenal yg ada org yg selalu pressure2 dan tertekan dengan pelbagai masalah, kitaran haidnya juga terganggu. Bila terganggu, diri marah2 sebab period pain lama sangat. Bila marah2, suami pulak nak buat projek pulak takde selera. Sebab yg kecik pun kene marah. And bila tertekan (suami/isteri), muka dah tak berseri. Macam mana mahu 'selesaikannya' dengan baik?
Tu kalau nak beranak. Lain?
Semua orang ada masalah. But ada orang yg sengaja atau bagi alasan untuk buat sentiasa pressure. Tak tahulah apa alasannya. Mungkin juga mahu perhatian orang lain. Tapi pressure2 diri ni bukanlah satu benda yg membawa kebaikkan. Takde baiknya. Darah naik. Marah orang dapat dosa. Kene penyakit.
Bila pressure/tertekan... Atas apa pun alasan. Muka kita tak senyum. Tak ceria. Tak berseri. Hilang semua keunikkan dalam raut wajah kita. Bila itu hilang. Maka banyak yg berkurangan. Kalau isteri... suaminya mungkin menjauhkan diri. Mungkin... Kalau single, awek pun taknak dekat. Sape nak rapat dengan lelaki saiko lagi menggerunkan? And muka pun lekas jadi tua! (muka masam dan marah lebih byk gunakan otot compare dengan muka yg tersenyum).
Kalau mereka yg pressure untuk carik pasangan tapi tak dapat. Maka mereka pressure. Bila kita pressure2 sebab takde pasangan. Kita tak senyum. Kurang ceria. Then berfikiran negatif. Sebab takde duitlah, pangkat tak tinggilah, tak cantiklah, tak montoklah, tak comel lah... Itulah ini lah... Banyak alasan diberi. So dari sedikit pressure, makin banyak pressure. Kerja tak siap, pasangan tak dapat. Sebabnya?? Kita yg tambah sendiri. In the end... Org tengok kita pun tak berselera. Masalah awal tak selesai, tapi kita sengaja tambah masalah sendiri. Siapa nak berpasangan dengan 'singa'?
Tertekan... Masalah
Semua orang ada masalah. Bila ada masalah kita tertekan. Ada yg boleh selesai sekejap. Ada yg lama. Yg jadi msalah lebih teruk ialah bila kita sengaja membiarkan diri kita sentiasa tertekan. Lelaki dan perempuan berbeza. Bila lelaki buat biasa dan tak ambil kisah tentang masalah perempuan yg kecil. Perempuan mungkin lagi pressure. "Awak tak kisah pasal saya lagi". Then makin pressure. Lelaki mungkin berbeza tahapnya. But hey... Men are from Mars, Women are from Venus.
So... pada aku. Bila ada masalah. Tak kiralah pasal anak, pasal laki, pasal pakwe/makwe. Kita patutnya relaks. Hilangkan tekanan dalam diri dulu. Selesaikan masalah one by one. Duduk, tenangkan diri dan cari solutions. Takyah pressure2 ni. Bila tertekan, otak tak boleh berfikir dengan baik. Tak caya? Tanya Dr Fadhilah Kamsah.
Jangan blame orang lain. Jangan marah. Jangan jerit. Jangan tarik muka. Then bila dah tenang, dah settle masalah. Barulah boleh hidup dengan aman. Ada orang suka selesaikan masalah kecil dulu then besar. Ada org yg terbalik. So gunakan ikut cara sendiri. Lain orang, lain cara. Bila dah aman, kebaikkan senang datang dalam diri kita. Orang senang rapat dengan kita. Muka berseri... Tak kira siapa pun diri kita.
Kalau Allah janjikan yg semua penyakit itu ada ubatnya. Maka tak salah kalau aku kata, semua masalah ada cara penyelesaiannya. Yg jadi masalah... Kalau kita sengaja tambah masalah! Be cool... Allah susun apa yg akan berlaku dalam hidup kita. Kita yg tentukan jalan macam mana utk hadapi segala pemberian dan cobaan tadi. Kita boleh pilih yg cara baik bila datang buruk atau pilih yg cara buruk bila datang buruk....
Mungkin kita tak dapat apa yg kita mahukan... But... kalau kita tak dapat pun, still kita happy kan kalau kita tak tertekan selalu. Right? Allah pun taknak bagi kurniaan kat orang yg tak happy and banyak complain dan tak bersyukur (ye, org yg tertekan dan tak beryukur ni kengkadang byk complain).
Khidmat Pesanan ini dibawak oleh bank... "Saya misti pilih!"



0 comments:
Post a Comment