Wednesday, June 24, 2009
Busuknya!
Seorang berkata...
"Eeee busuknya..." sambil tutup hidung.
Manusia memang camtuh. Kita lebih mudah mencium bau orang lain berbanding bau kita yg dah kita lali.
Tak caya? Smokers takkan perasan bajunya berbau rokok (kecuali baru kuar dari kedai snooker) except org yg tak merokok yg dekat dengannya. Kita lebih mudah terbau mmulut orang berbanding bau mulut kita. Walaupun hidung kita hanya di atas mulut! Pecayalah... Sebab kita dah lali.
Macam tu jugak orang. Ahli politik. Kesalahan orang... waaaahhhh kuat saja dia hentam. Itu ini itu ini. Tapi bila bab kesalahan dia... "Ehhh aku ada buat silap ke?" Boleh ditanya lagi. Memang macam tu. Kita mudah cari silap orang dari silap kita. Sama ada kita tak perasan kesilapan kita atau sengaja buat2 tak nampak. Sebab kita yg tanggung setiap hari. Manusia yg taknak cium bau diri sendiri kengkadang mudah tersalah anggap kelemahan dirinya.
Begitu juga wangi. Kenapa bila dah lama pakai myk wangi kita yg dh lama beli, kita lebih mudah tercium bau minyak wangi orang lain yg lebih manarik. Walhal, myk wangi kita lebih mahal! Lepas tu kecewa, "minyak wangi aku tak bess la... tak bau"... Ni pun satu... Ada manusia yg gagal mengesan kelebihan dirinya. Akhirnya, potensi tak dieksploitasi dengan sebih baik.
Cium diri sendiri dulu, sebelum cium orang lain...
Ps - Belated Bday aku harini. Aku nk minyak wangi bole?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



1 comments:
boleh..datang rumah aku..ade sebotol kecik
Post a Comment