Kenapa ada manusia melayu di Penang mahu Chin Peng dibawa balik. Kununnya atas dasar kemanusiaan. Sejak bila komunis seperti Chin Peng tahu berperikemanusiaan semasa zamannya?
Aku tak pernah dengar lagi komunis yg buat jalan, bagi makan, ajar bahasa inggeris, bagi makanan walaupun beras catu (cam zaman jepun di Batu Pahat). Pernah dengar?
Apa kata dengar cerita ini
'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'
BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.
"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."
Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tu belum cerita lain lagi tu...
Orang macam ni kita nak bawa balik Malaysia? Apa faedahnya? No way aku nak terima!
0 comments:
Post a Comment