Tuesday, May 12, 2009

Ibu... Dari Dalam Radio

Dengar satu 'selingan' dalam radio.

Bila pendengar menceritakan dari dalam hatinya. Bagaimana hancurnya perasaan hati ibunya bila ayahnya mahu kawin lain. Kemudian.... Pendengar ini berkata... Ibunya hampir-hampir mengambil keputusan untuk meminum racun. Akibat tekanan yang dirasainya. Tapi setelah berfikir, maka dia membatalkan hasratnya. Kerana anaknya lebih penting...

On d spot aku kata...

"Kalau dia jadik minum racun dan bunuh diri.. Memang bodoh nak mampus la dia..."

Nasib baik dia tak jadi. Tapi... Buat mereka yg dah bunuh diri... Gi mampus la korang...

Seriously... Memang betul, perempuan kalau dapat tahu suaminya kahwin lain, dia akan rasa tertekan. But... Kita org Islam. Kita tahu, membunuh diri atau perbuatan yg boleh mengakibatkan kita mati dengan sengaja ini berdosa besar dan confirm masuk neraka.

So kenapa aku nak hormat orang yg membunuh diri kerana lakinya kahwin dua?

Yup... Dia pressure. Sedih. But membunuh diri kerana cinta or kerana dimadukan or kerana diceraikan. Sangatlah cetek kepala otaknya. Tak berfikir panjang. Kalau dia dah beranak. Suami dah pergi. Then kau bunuh diri. Siapa nak jaga anak tadi? Cuba jawab sikit ngan aku. Siapa nak jaga? Dah mati, lagi mahu susahkan orang!

Banyak... banyak gile cara macam mana nak hilangkan kesedihan tadi. Carilah caranya... Menangis bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Paksa diri untuk lupakan juga bukan jalan yang terbaik. Mungkin, Timah dan Lijah manusia yg berbeza. Tapi, jalannya tetap ada. Kenapa mahu susahkan orang lain?

Aku dah tengok, dah dengar bermacam kes macam ni. Luckily, takde yg melarat sampai mahu bunuh diri. Aku tak tahu macam mana untuk membantu mereka. Sebab aku lelaki. But aku tahu... Kawan adalah salah satu caranya...



Ermm... To be continue dengan cerita sama tapi sudut yg berbeza...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...