Monday, April 27, 2009

Kapasitor Tiruan





Nampak kapasitor kat atas tu (incase aku salah tu kalau bukan namanya kapasitor, sila betulkan). Kalau org beli setakat tgk yg diluar, mereka dapat yg besar. Dengan kununnya mendapat kebolehupayaan yg lebih tinggi.

Aku tak ingat ape org panggil ukuran uF tu. Tapi yg diluar, ianya 6800uF. So kalau kita beli dengan nilai matawang kocek kita, kita beli '6800uF' dan 50w.

But, tak semua org tahu sama ada kita beli yg betul 6800uF or kita beli yg tiruan. Nampak saja 6800uF, tapi sebenarnya, kita dapat 2200uF. Mungkin yg biasa, dia akan dapat rasa hanya dengan memegang. Beratnya sudah berbeza. Tapi ada yg perlu dibuka.

Berapa besar perbezaannya? Kalau besar perbezaannnya, besar juga harganya. Maknanya kita bayar lebih besar dari apa yg kita dapat. And lebih rugi jugalah apa yg telah kita keluarkan. Dan lebih rugi, kalau kapasitor tadi telah dipasang ke alat elektrik yg mengakibatkan akhirnya kita terpaksa memanggil semula produk kita.


Itu satu... Yg menjadi masalah ialah...

Kita, manusia... Lebih tertarik pada apa yg kita boleh lihat. Tak ramai yg mahu selidik dulu apabila minda kita dah dipercayakan dengan tulisan2. Kita lihat nombor besar. Kita lihat saiz bbesar. Kita lihat jenis baik. Kita lihat ketahanan yg lebih besar.

Tapi... Itu cuma luaran. Dalamannya berbeza. Nampak cantik diluar, tapi bukan di dalam. Sebab kita pilih cantik, maka dalaman tadi kita terlupa. Mungkin ada yg berhati-hati disebabkan pengalaman atau mungkin pemerhatian yg lebih cekap. Tapi ada yg tidak. Ada yg perlu dibuka dulu barulah tahu kandungannya. Tapi, kalau dibuka setelah beribu produk rosak. Masalah besar juga!!!


Berapa ramai yg begitu?

Mungkinkah aku kapasitor begitu? Mungkinkah kau juga kapasitor? Mungkinkah mereka? Berapa lama orang kenal kita sebagai kapasitor tiruan? Berapa lama kita kenal orang lain sebagai kapasitor tiruan?


Kita 'beli sesuatu' dalam pakej. Mahu buat produk dikilang. kita tak beli satu biji kapasitor setiap order. Kita order satu plastik mungkin juga satu lori.

Macam itu hidup. Kalau dapat mahu satu produk, atau hasilkan satu produk, kita dapat dalam pakej yg besar. Tak boleh nak asing-asing. Nak muka hensem, nak kaki seksi, nak kocek besar. Tapi ada juga kesan darinya. Kita tak nampak. Mungkin sebab kita terpedaya, tapi mungkin juga sebab kita ni tidak memeriksa dengan lebih lanjut.

So... kalau ikut QC kilang. Penghantaran sumber utama akan dicheck. Sama ada check semua, atau random. Bukan main hentam. Tak semesti yg buruk tak berkualiti. Tak semesti yg cantik itu bagus. QC peringkat awal, QC peringkat pertengahan, QC peringkat akhir. Barulah produk dikeluarkan. Kalau tak, kita repair semula. Tak mahulah bila dah keluar, radia meletup di telinga semasa memainkan lagu disko 70an.

But, ada masa, QC tak semestinya terlalu rigid. Sebab bila terlalu rigid, produk yg mahu dihasilkan mungkin perlukan kos yg tinggi. Mungkin susah mahu dicarikan. Ataupun... tak ada produk langsung yg keluar. So... Pepandailah QC tadi mencari yg terbaik. Utk membina sesuatu.

Kapasitor tiruan... Tidak diperlukan. Biar kurang baik, tapi tak tiruan. Belilah barangan yg tulen...




Err.. korang paham ke apa yg aku nak sampaikan? Betul punya otak kapasitor 12uF la korang nih...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...