Thursday, April 09, 2009

Curious Case of Bzz




Dah tengok cerita The Curious Case of Benjamin Button?

Ha ini kes aku pulak!

Well... Umur aku... 10/04 ni... Dah bertambah. Meningkat... But... Still.. Menjadi misteri yg sesetengah orang tak dapat tilik. Sebab dia org ingat aku masih muda dari umur sebenar. (Aku dah kata... aku babyface n awet muda!). Bila aku ckp... Dia org tak percaya...

Macam cerita tu. Umur semakin muda. Yaaa... Dia lahir sebagai budak kecil yg tua. Kemudian semakin lanjut usianya, semakin muda rupanya.

Mungkin aku lebih kurang begitu.


"Student sekolah menengah bayar separuh" - Kata tukang jual tiket pada aku yg dah berumur 20 tahun.

"You kasik tunjuk IC before main snooker" - Kata tokeh kedai snooker yg ingat aku masih bawah 18 tahun walaupun aku dah umur 22.

"Aku ingat umur kau baru 22." - Kata akak di atas masa umur aku sudah 26.

"25 tahun?" - Kata seorang kawan kepada kawan bila ditanya berapa umur aku.

"Dia awet muda kot?" - Kata seorang akak bila dikata yg umur aku lebih tua dari adiknya.

Ada lagi beberapa kes yg salah umur. Tapi biar aku tulis yg mana betul...

Well.. Umur aku? Biarlah Rahsia. Siapa yg tahu... Sila bagi hadiah byk2! Tapi perangai aku masih budak2. Masih lagi beli tanah liat untuk main buat2 ular. Masih lagi makan jajan. Masih lagi main dengan budak2.

Tak kisah lah berapa pun umur aku. Tapi aku happy. Tak dinafikan... Kengkadang aku sedih, or marah or whatever. But aku happy. Semakin bertambah hari, semakin aku belajar. Tak jadi pandai. Tapi jadi lebih cekal dan bahagia. Accept apa yg diberikan dan accept apa yg dikurniakan oleh Allah. And aku bersyukur, sebab aku diberikan peluang untuk terus hidup. Mungkin hingga berumur 3 angka!

Biarlah. Macam Benjamin... Umur nampak muda, tapi otak aku dah tua. Lebih baik dari umur nampak tua, tapi pemikiran masih muda, tak sedar diri.


Ok... so disini... Aku nak ucapkan 4 perkataan utk hari ini...




"Dah Tua Siot Aku!!!"




Tq... Utk sesiapa yg wish... Wish you all... semuda macam aku juga... Hehehehe...



Gambar aku masa umur 75 tahun nanti...

2 comments:

faezah said...

Happy Birthday yg ke *21....

*opss...typo error...

bzz said...

Tq...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...