Tuesday, March 31, 2009

Wanna Have Sex 2

Ok...

Now kau baca artikel nih. (baca dari link utk full artikel). Komen aku in blue.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk seks

Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak melanda istana roboh berderai. Sebolehnya jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan tetap utuh dan teguh. ---- Pada aku, jadikan perhubungan yg sekukuh istana konkrit bukanlah jaminan 100% perhubungan tu akan kekal. Macam sesetengah bahan. Ianya sangat kuat. Teguh. Tapi, bila terkena sesuatu elemen lain, ia menjadi lemah selemahnya. Contohnya besi, besi terkena air, ianya karat dan patah. Pada aku, perhubungan haruslah fleksibel. Boleh teguh, boleh longgar. Ini kerana, perhubungan pada zaman sekarang amat berbeza berbanding 50tahun lepas. Perempuan lebih pandai dari lelaki. Kalau lelaki masih 'teguh' utk mengongkong perempuan, then, ianya lebih mudah retak. Tak percaya?

Namun kekukuhan dalam perkahwinan itu memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial. ---- Tolak ansur, jujur, hormat, memahami....

Bagaimanapun, apabila melayari sebuah bahtera perkahwinan ramai yang menyatakan bahawa kebahagiaan dalam rumah tangga sebenarnya hanya bergantung kepada seks semata-mata. ---Tak ramai hingga beratus org dikalangan kawan kita, but masih lagi boleh dikira dengan jari2 di tangan kalau kita kira satu persatu. Perhubungan disebabkan kecantikkan "I love you body. So nice"... Mungkin salah satu tandanya.

Memang tidak dinafikan bahawa seks amat penting di dalam perkahwinan dan juga membawa kepada beberapa akibat buruk jika tidak dipenuhi, namun itu bukanlah syarat utama dalam kemanisan kehidupan sesebuah perkahwinan. ---Selalu kita dengar lelaki tak puas dengan hubungan kelamin bersama isteri. But sekarang sudah ramai isteri yg tak puas dengan suami (next2 entry). And one more thing, ramai lelaki 'merajuk', tapi tak terluah. Bila si isteri sudah mendapat anak(s), mereka berubah menjadi ibu/mak/mama kepada anaknya. Anaknya no 1. Suami no 2. Kena ingat, anak, bila besar, dia tinggalkan kita utk hidup dalam kehidupan mereka. Tapi suami/isteri, bila kita tua, kita masih lagi dengan mereka. Kalau mereka tak 'puashati'... bolehkah kita hidup bersama sampai mati?

Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berpendapat, sesebuah perkahwinan yang bahagia harus mempunyai komponen kasih sayang, saling mempercayai dan menghormati, di samping memenuhi zahir dan batin.

Kehidupan suami isteri perlu seimbang dalam pelbagai aspek. Tidak boleh memberi keutamaan kepada satu aspek sahaja, contohnya hubungan seks semata-mata tetapi sebaliknya harus bersifat sederhana. ---Can I add? sex and romance. Romance dlm maksud aku adalah spark. Yg jiwang, romantik etc. Tell me, 5 nama pasangan, yg mana bila mereka tua, mereka masih lagi jiwang. Aku akan gerenti, belum tentu ada 2 org kawan aku boleh namakannya. Some, minta romantik melampau2 dari pasangan yg tak pandai romantik. Bukan takleh minta. Mintalah. But, kene juga faham, sometimes, kalau dia tak romantik, tapi kelakar. Belum tentu kita boleh jadi kelakar macam dia kalau dia minta. Right? Respect pasangan kita punya kelebihan dan kekurangan. Ermm... serius... Katakan suami pandai buat kelakar. Buat kita ketawa masa kita bersedih. Bukankah bila kita ketawa ianya sama penat sepertimana kita penat selepas 'bersama'. Isn't that romantic? Maybe...

Bersederhana dalam erti kata cukup dalam memaniskan dan mengekalkan keutuhan rumah tangga itu. Misalnya dalam mencari kemewahan, janganlah sehingga mengabaikan keluarga sehingga keadaan porak peranda. ---Zaman sekarang. Semuanya mahu duit. Duit duit. Lagi tinggi duit kita dapat, lagi tak cukup kita rasa. Some okay. Some tak. Ada yg memang pentingkan career. Balik lewat malam. Kununnya utk isteri dan anak2. Tapi apa gunanya, kalau duit byk, career besar tapi anak membersar pun tak perasaan, bini membersar pun tak perasan jugak. Bukanlah tak boleh bercita-cita tinggi. Tapi... Biarlah ada had dan limitnya.

Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memain peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak. ---tak baik ajak isteri beromen kalau isteri tengah penat. Tapi tak baik gak kalau isteri menjadikan alasan penat utk tak beromen. Karang laki penat dengan orang lain. Macam mana?

"Ini kerana dari segi psikologi, lelaki dan wanita berbeza kehendak seksualnya. Organ-organ jantinanya berbeza. Lelaki dan wanita perlu sedikit pengetahuan mengenai seksualiti, barulah kepuasannya itu dirasai oleh kedua-dua pihak. ---Pernah, Tun Siti Hasmah mencadangkan diajarkan matapelajaran seks di sekolah. Pembangkang menghentam cukup-cukup Tun. Kononnya, Tun Hasmah ni suka perkara yg lucah. Seks bukan semestinya tentang romen, stim atau cum. Seks byk maksudnya. Kalau kita boleh belajar, macam mana emosi seseorang itu berubah bila datang bulan. Kenapa kita tak boleh belajar. Bila emosi berubah. Kita faham apa yg berlaku. Kita tahu bila cyclenya. Kita tahu apa nak buat. Kita tahu, certain org lain caranya. Tapi.... Berapa ramai dari suami yg tahu tentang itu.

"Selain itu, rata-rata wanita Asia seorang yang pemalu, tidak bersifat terbuka mengenai isu berkaitan dengan seks, lebih memendam rasa dan tidak suka berterus terang dengan suami. Ada juga isteri hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang untuk mencapai kepuasan. ---Aku akan komen yg ini pada entry akan datang. Just utk ini saja.

"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami-isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,'' katanya ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. ---Sihat tubuh badan dan minda adalah salah satu key untuk ayat diatas. Bukannya pil.

Menurut Dr. Saedah, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang dianugerahkan Allah dengan tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat anak Adam dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

Di samping itu, ia juga antara kaedah dala menguruskan tekanan atau stres serta menjalin hubungan mesra dan menyemai kasih sayang serta cinta antara suami isteri.

"Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan, ia hanya bentuk aktiviti yang bertanggungjawab serta halal. Oleh itu, suami tidak harus memberi keutamaan dalam hal ini sedangkan banyak lagi komponen yang penting dalam melayari bahtera tersebut.

"Bahkan, tanggungjawab suami juga cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumah tangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumah tangga,'' tambahnya. ---tapi ramai perempuan kata... "Ahhh awak tu duduk rumah tahu tidur je. Sayang yg banyak bertanggungjawab dalam rumah ni." Pernah aku katakan pada seorang isteri orang yg aku kenal. "Kau, kalau kau ikut cakap suami, jaga family, hormat mak bapak dan ikut apa yg wajib. Kau senang masuk syurga. Tapi kenapa ramai yg taknak hormat suami walaupun suami betul. Kau taknak masuk syurga yg sebernya perempuan lagi senang masuk compare ngan lelaki?

Katanya yang berpengalaman dalam bidang kaunseling hampir 20 tahun, dalam membina sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan untuk sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami, sentiasa berbincang dan bermusyawarah. Sifat ini amat perlu sama ada dalam menghadapi permasalahan kecil atau pun besar. ---Mana dah kawin. Aku cadangkan. Apa kata korang 'borak-borak', 'cerita-cerita' atau bincang semasa di atas katil sebelum tidur. Luahkan apa yg nak dikatakan sebelum tidur. Rasanya lebih berkesan. Tiada gangguan. And hati ke hati.

"Tanggungjawab suami sebagai pemimpin dalam sebuah rumah tangga merupakan satu amanah Allah yang wajib ditunaikan. Ini bermakna menjadi tanggungjawab kepada suami untuk menanggung perbelanjaan keluarga mengikut kemampuannya.

"Kewajipan ini termasuk juga sama ada isteri mempunyai harta atau pendapatan sendiri. Bagaimanapun isteri boleh menyumbang untuk perbelanjaan keluarga dan dikategorikan sebagai satu sedekah. ---See bangkrap mana pun suami, dia kene cari nafkah utk isteri. Walaupun isternya kaya gila. Tak dpt bagi. Neraka.

"Oleh itu, sebagai suami , mestilah sedaya upaya berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab menyediakan perbelanjaan keluarga seperti tempat tinggal, pakaian, makan, minum dan sebagainya. Cuai memberi nafkah zahir adalah merupakan satu dosa,'' tegasnya.

Secara kesimpulan, peranan seks dalam perkahwinan perlulah bersifat sederhana, janganlah ia dijadikan tunjang utama sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain. Suami isteri perlu memahami peranan masing-masing dalam perkahwinan, jika mahu melihat ia terus utuh.

Nantilah aku komen lagi... Ngantuk nih...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...