Tuesday, February 03, 2009

Ohhh guitar, mulut berbunyi...


"Kau beli guitar ni bukan dapat apa.", kata atok.
"Mahalnya...", kata auntie mona...
"Dah minat..."
"Kalau kau buat beli mende lain. Buat simpan kawin ke, kan bagus...", sambung atok.
"Lain orang lain mende yg dier nak..."
...................

Orang bising sebab aku beli guitar mahal. Dengan amp baru and pedal etc. Orang tanya, ape yg aku dapat? Dapat jadik artis ke? Dapat jadik penyanyi ke? Ramai peminat ke? Aku dah buat album? Aku boleh tekel artis barat ke?

Takde kene mengena...

Kengkadang aku hairan. Aku beli guitar elektrik satu set dah ramai bising.

Kenapa tak hairan jugak pada orang lain. Cuba tanya budak2 yg bikin kerete tu. Aku rasa, sportrim 16" dengan tayar baru yg nipis... Dah boleh dpt 2 guitar aku, dengan 1 amp yg lagi baik. Kenapa tak tanya? Tu baru sport-rim. Belum spoiler, sound systems yg beribu watt, airfilter beratus ringgit. Pasang turbo timer. Kenapa tak tanya. Dia org tak jadik racer pun? Dia org tak jadik drifter yg boleh tekel pelakon yg dok kedai mamak pun? Dia org tak jugak dapat sponsor beribu ringgit walaupun pasang stiker separuh kereta.

Kenapa tak tanya? Kenapa tak hairan? Ouhh... mungkin org kata.. Kereta tu satu keperluan. Masalahnya, kalau pakai kereta standard pun, boleh gerak ape. Boleh beli sayur, pergi kerja. Gi dating semua. Sama je.

Tu baru kereta. Cuba tanya org beli handphone. Cuba tanya org yg beli notebook utk dok kat starbuck tekan2, stakat nak berlagak ada notebook. Padahal kat rumah ada je pc. Minum kopi kat rumah, boikot starbuck. Cuba tanya org yg kerjanya asik tukar beg, kasut semua. Kenapa tak pakai je satu? aku boleh pakai kasut tahan dekat 4 tahun. Cuba tanya org yg rempit2. Tebuk block, tukar eksos. Memekakkan jiran sebelah. Banyak lagi...


Aku baca friendster.... Ada sorang ni buat buletin. Katanya... org yg tidur memeluk bantal ni. Org ni berjiwa seni. Menghargai seni. And aku salah sorang darinya. Org yg menghargai seni. Aku tak pandai berseni2... tapi aku hargai. Dengan apa yg aku mampu...

So... macam aku... aku main guitar. Beli guitar. Aku tak jadik artis, tak tulis lagu mahupun gi jamming. Aku just main lagu ikut lagu pc. Atau main guitar main tibai. Ntah ape2. Kalau aku main, aku tanya orang. "Tahu lagu ape nih?" Tak tahu... Kata Ahmed... Aku kata kat dia balik... "I also donno! I just play!"... So takde masalah la kan. Tapi ada org tak puashati. Ntah ape masalahnya ntah. Bukan aku pinjam duit haji atok aku pun...

Pada aku aku beli sbb aku nak berhibur. Selain tu, gitar lektik, salah satu impian aku (walaupun sebenarnya aku nak guitar yg mahal cam Slash). Walaupun aku tak pandai main, tapi aku suka. Aku main guitar, aku tak kaco orang lain. Tak merempit kat jalan. Aku tak kena servis kete tetiap minggu. Tak perlu menunjuk kat orang lain, "You tgk I punya handbeg baru, blingbling you!". And aku tak mintak orang topupkan hp mahal aku sbb duit ptptn tak masuk lagi. Kalau aku tensen ngan tom, aku main laku kuat2. Lompat2 macam billie joe... "Cilaka cilaka kau cilaka...." grengrengreng... "lagu baru!"

Sometimes org tak paham. Aku tak kisah... Cuma kengkadang aku terasa pelik. Org boleh rasa pelik pada apa yg mereka rasa ketidakperluan orang lain. Sedangkan dia tak rasa pelik pada ketidakpeluan yg dia beli sendiri atau orang lain yg jauh lebih memelikkan. Tak pelik?


Nak je aku tanya atok... "Org perempuan beli tudung 50-60. Beli smpi berhelai2. Beli tudung yg 10-20 ringgit pun boleh pakai jugak. Kenapa?

1 comments:

acikzz said...

uisk.. entry makan dalam nih.. huhu...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...