Wednesday, February 25, 2009

Belated V Series - Extra Creamy Soup?




Ahhh siol... Dah kol 4 pagi. Aku takleh nak tido. Serius. Dengan hujan yg sejuk dan dengan kaki kene simpul biawak. Tahu simpul biawak? Aku tak tahu la, maybe certain org je yg kena. Simpul biawak ni panggil mak aku. Cara kena? Bila kau tengah tidur, tetiba terbangun. Then urat kat kaki kau tetiba terasa macam nak tersimpul. Macam kena tendang dengan kuat. Sakit giler! Confirm guling2 atas katil. Ye la, sedap2 tido, tetiba sakit. Gile ape?

Disebabkan kaki aku sengal dan takleh tidur, maka aku bukak pc kejap dan taip ini. Aku post schedule esok sbb at least ada masa aku nak ubah.


Siang tadi, ada sorang ni tegur aku

"Ko taip la panjang sikit pasal Valentine tu. Aku suka baca cete jiwang karat kau. Asik2 politik je. ape main?"

"Huh???? Haaa ok ok... Nanti taip panjang. Panjang mana tak tahu la, tapi lagi panjang. Versi panas ko taknak ke?"

"Yg panas tu la yg aku nak dengar tu! hihihihihi"

So memandangkan ada org suka and aku pun dah lama tak taip series or taip cete pepanjang ni. Maka aku nak taip panjang2. Bukan sekarang, sebab sekarang ni aku setakat menunggu kaki aku ni baik balik. Karang, kalau main jamming kol 4 pagi, mak aku hempuk pulak kepala aku. Aku taip je okay...

Aku fikir semalam... Apa 'lainnya' yg aku nak cerita? Ouhhhh... ada... Ada nak cerita. Banyak! Cerita pasal diri, pasal org lain, pengalaman, buku, movie and etc... But aku pecahkan ikut tajuk la kot. Better. Karang aku taip panjang2 semua tuh, mau mabuk budak yg mintak tadi nak baca. Bukan korang tak tahu, kalau aku tekan ENTER kekuat tu maknanya dah beratus huruf la aku taip tuh!

So apa aku nak cete? Why not kalau ini tajuknya? Tapi tak finalize la kan. Saper nak carik idea kol 4 pagi.

  • You and Me (Bukan lagu Lifehouse tu)
  • EI - Emosi Intelektual
  • Royal Loyal
  • Sex Drive ???? (What the??? Tapi aku tau, ramai yg suka nih. Mau kaunter aku naik sebab search kat google byk!)
  • Now What?

Cukup la 5 kan. Nak berapa byk lagi. Aritu dah 2, so total 7. 7 tu mewakili 7 Sins!


Hmm... but b4 that entries. Aku nak cakap, kali ni takde maap. Sape kene, dier kene. Aku kene, padan muka aku sendiri. Makan cili pedas. Aku just cakap ape yg aku nak cakap. So see ya... Aku harap takde org baling aku dengan duster whiteboard bila baca nih.



Dah lebih setengah jam kaki aku kene simpul biawak. Dah ok sikit. Hopefully boleh tidur. Lena... Tak payah fikir ape lagi... Sweetdream, gud nite (morning), Bye.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...